blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Memanaskan Badan (WARM UP)


Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog zackzaihan.blogspot.com yang budiman serta tidak pernah kurang semangatnya untuk terus melihat pasukan kebangsaan terus meningkat prestasinya. Saya ucapkan tahniah buat anda kerana semangat anda lebih jitu daripada penguasa segala kuasa permainan bolasepak yang sangat dicintai ini. Amatlah tidak bijak akan beberapa tindakan yang telah diputuskan oleh badan berkuasa itu seperti yang diketahui umum. Suatu ketika dahulu FAM pernah menidakkan penggunaan pemain import dalam liga tempatan.

Disaat-saat Negara-negara jiran membenarkan pasukan-pasukan professional dan separa-pro menggunakan pemain import dengan satu tujuan iaitu meningkatkan prestasi pasukan. Memang tidak dinafikan bahawa pasukan yang mempunyai ramai pemain import akan menjadi lebih baik prestasi mereka jika dibndingkan dengan pasukan yang tidak mempunyai pemain import atau kurang. Sebab itu setiap kali perlawanan Piala AFC diantara pasukan kelab daripada Malaysia melawan pasukan kelab Negara luar seperti daripada Indonesia yang membenarkan setiap pasukan mendaftar 8 orang pemain import dimana pasukan hanya dibenarkan menurunkan 5 orang pemain dalam satu-satu perlawanan. Ini membolehkan pemain-pemain tempatan pasukan tersebut beradaptasi dengan gaya permainan pemain import ini.
Memanaskan badan atau 'warm up' sangat penting sebelum melakukan sesuatu aktiviti fizikal terutama sebelum memulakan permainan bolasepak.

Selain itu, banyak keputusan yang saya kira tidak masuk akal lain adalah menidakkan hak jurulatih satu pasukan kelab bersuara mengkritik badan induk tersebut. Jurulatih itu hanya mengeluarkan kenyataan yang mungkin pada hematnya perlu dibaiki oleh badan induk bolasepak tetapi dianggap menderhaka kepada persatuan kebangsaan tersebut.disebabkan kenyataannya itu telah menyebabkan beliau di tegah daripada terlibat dengan permainan bolasepak secara profesional selama 2 tahun. Antara jurulatih yang pernah dikenakan tindakan ialah B.Sathianathan serta Reduan Abdullah. Justeru, saya sangat sedih kerana Negara yang mengamalkan prinsip demokrasi ini rupa-rupanya tidak demokrasi dalam sukan no 1 dunia ini yang menjadi minat ramai rakyat Malaysia. Mungkin sebab itu pasukan bolasepak negara masih berada diantara sukan-sukan yang tercorot.



Pada keluaran yang lalu saya telah menghidangkan sekalian pembaca tentang komponen-komponen kecergasan yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
1. Kecergasan berkaitan kesihatan (Health Related Fitness)
2. Kecergasan berkatian biomotor atau skil (Biomotor/ skill Related Fitness)

Pada keluaran ini pula, saya akan membincangkan tentang cara memanaskan badan. Seperti yang diketahui pembaca aktiviti memanaskan badan atau ‘warming up’ adalah sangat penting sebelum melakukan aktiviti berkaitan fizikal. Sedangkan penyanyi pun memerlukan aktiviti ‘warming up’ vocal sebelum mengadakan persembahan apatah lagi pembaca sekelian yang bermain permainan yang dikategorikan oleh Majlis Sukan Negara sebagai sukan yang berkaitan dengan fizikal.


DEFINISI MEMANASKAN BADAN
Memanas badan adalah satu aktiviti dimana ianya dilakukan untuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan nadi. Program pemanas badan adalah bertujuan untuk menyediakan fizikal pemain sebelum memulakan sebarang acara samada latihan ataupun perlawanan. Menurut Bompa, T.O., dalam bukunya Periodization Training for Sports merujuk pemanas badan sebagai sangat penting sebelum seseorang atlit memulakan acara. Hal ini kerana aktiviti tersebut akan meningkatkan suhu badan selain menyediakan otot secara fisiologinya. Pada kebiasaannya, aktiviti memanaskan badan akan diikuti dengan acara regangan.

KENAPA SAYA PERLU MEMANASKAN BADAN

Menurut Wilmore, J.H. dan Costill, D.L., menerusi buku teks ‘Physiology of Sport and Exercise’ menetapkan beberapa kepentingan memanaskan badan seperti berikut:



1. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan.

2. Menjadikan sebagai medan persediaan yang efisyen untuk jantung, pembuluh darah, paru-paru dan otot.

3. Melakukan aktiviti memanas badan akan mengurangkan kadar ketegangan serta kelesuan otot-otot tertentu.
4. Aktiviti memanas badan akan mengurangkan risiko mendapat kecederaan.


MASA UNTUK MEMANASKAN BADAN

Kebanyakan saintis serta ahli sains sukan memberi cadangan masa yang sesuai untuk memanaskan badan adalah diantara 15 minit ke 30 minit. Namun begitu, saya menyokong beberapa pendapat yang bersikap tidak populis iaitu durasi memanaskan badan bergantung kepada individu tertentu. Setiap individu mempunyai tahap ‘hemostatiknya’ tersendiri. Pendapat ini dibekalkan dengan hujah ‘Prinsip Latihan Individualistik’ yang menyatakan bahawa setiap individu adalah berbeza biologikal, pengalaman, kapasiti prestasi serta status latihan dan kesihtan mereka (Bompa, T.O., 1995). Hal ini kerana pemain muda akan memerlukan masa yang lebih untuk memanaskan badan kerana system fisiologi mereka masih kuat berbanding pemain yang lebih berumur. Kebanyakan pemain-pemain di Eropah memerlukan masa diantara 45-60 minit untuk memanaskan badan. Itu mungkin disebabkan keadaan persekitaran mereka ataupun faktor semulajadi cuaca di tempat mereka.


Justeru, bagi saya setiap pemain lebih mengetahui tahap atau durasi yang sesuai untuk mereka memanaskan badan. Dan saya sangat menyokong cara Jose Maurinho yang mengarahkan pemain-pemain Chelsea ketika beliau mengendalikan kelab tersohor tersebut untuk melakukan aktiviti memanaskan badan secara sendiri. Mereka diberi masa diantara 30-45 minit untuk aktiviti tersebut sebelum mereka dipanggil untuk menjalani latihan seperti biasa.


Walaupun begitu, sekiranya saya dikehendaki untuk menetapkan tempoh dan masa saya akan menjawab diantara 20-45 minit lengkap dengan regangan.


Menurut Prof. Dr. Anuar Suun, MSN, acara memanas badan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu memanas badan am general warm up’ dan memanas badan spesifik ‘specific warm up’. Beliau berpendapat setiap atlit atau sesiapa sahaja yang ingin melakukan aktiviti sukan harus membahagikan masa untuk memanaskan badan secra am dan spesifik.



General warm up (15-20 minit)

Memanaskan badan secara am ini memerlukan pemain untuk melakukan aktiviti seperti berlari perlahan (jogging) atau berbasikal atau menaiki tangga dengan kadar perlahan ke sederhana laju. Ia bertujuan untuk meningkatkan suhu badan serta perjalanan darah. Kebiasaannya menerusi program kecergasan dibawah kendalian saya akan mengarahkan pemain untuk ‘slow jogging’ dengan kadar intensity diantara 40-50% daripada kemampuan masing-masing.



Specific warm up (5-10 minit)
Setelah melalui proses ‘general warm up’, pemain-pemain harus melakukan proses memanas badan yang spesifik pula. Proses ini adalah transisi jangka pendek fizikal pemain sebelum melakukan aktiviti utama. Dalam sukan bolasepak ‘specific warm up’ memerlukan setiap pemain untuk melakukan beberapa ulangan aktiviti tertentu seperti menyepak bola dengan teknik sahaja tanpa bola, melompat dan menanduk dengan bola, mula berlari secara perlahan kepada laju dan sebagainya.



KADAR NADI UNTUK MEMANASKAN BADAN

Menghitung kadar nadi perlu dilakukan sepanjang latihan untuk memastikan yang setiap pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Kebanyakan pasukan profesional mempunyai sistem bacaan kadar nadi pasukan yang akan memastikan setiap pemain memakai ‘transmiter’ di dada dan kemudian akan dihubungkan dengan komputer untuk bacaan selepas latihan. Antara jenama yang biasa digunakan adalah ‘Polar’. Terdapat juga sistem individu polar dimana pemain akan memakai tranmiter di dada dan jam ditangan yang akan membaca kadar denyutan nadi terus dari transmitter tersebut. Informasi mengenai polar boleh didapati di http://www.polar.fi/my-en


Selain itu, kadar nadi juga boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan mengiranya selama 1 minit.


Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada ditahap yang ‘optimum warm up’ bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute). Atau boleh juga mengira kadar nadi untuk 10 saat dimana denyutan nadi optimum mestilah diantara 20-24 kali denyut.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, memanaskan badan sangat penting dalam memastikan latihan dalam keadaan yang sistematik. Selain itu, sebarang pertanyaan atau mahu tahu lebih lanjut tentang kecergasan boleh terus menghubungi saya.

Anda juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan. Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan juga boleh menghubungi /sms/ whatsApp saya 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.


Selain itu, saya juga menjadi penyelaras kepada beberapa program seperti berikut iaitu diet, how to diet, weight loss, fitness, what is fitness serta i fit dan Cellular Nutrition (Nutrisi Selular). Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai diet, how to diet, weight loss, fitness, what is fitness serta i fit dan Cellular Nutrition (Nutrisi Selular) boleh terus hubungi saya.

Atau anda juga digalakkan menghubungi saya sekiranya mahukan bimbingan serta tunjuk ajar bagaimana boleh menurunkan berat dengan cepat atau rapid wieght loss program (weight loss, how to diet, the diet, fitness, what is fitness, i fit dan Nutrisi Selular (cellualr nutrition)

Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan


1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
3. Muscle Mass (jisim otot)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)
Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019