KECERGASAN MENTAL
Salam sejahtera kepada
semua pembaca blog zackzaihan.blogspot.com. Sekali lagi saudara bersama saya
dalam Kolum Cergas. Ketika artikel ini ditulis ramai peminat-peminat sukan
bolasepak khususnya sedang tidak putus-putus berbicara soal mengapa pemain
bolasepak Negara Saudara Nazmi Faiz Mansor yang menandatangani kontrak
professional dengan kelab Beira-Mar FC yang berpengkalan di Portugal telah
pulang secara mengejut dan baru-baru ini telahpun menandatangani kontrak
bersama PKNS FC selama 3 tahun.
Pelbagai spekulasi dan
teori domino oleh pelbagai lapisan peminat bolasepak. Dari kedai kopi hingga ke
coffee house hotel 5 bintang, rakyat tidak henti membicarakan persoalan tentang
mengapa Nazmi Faiz meninggalkan bumi Portugal. Polimek tersebut amat sensasi
sehingga melupai seketika tentang misteri tarikh piliharaya umum (PRU 13).
Setelah mendapatkan
pengesahan daripada beberapa teman yang berada di PKNS FC tempat dimana saya
pernah mencurah bakti pada musim 2005/06 dahulu. Mereka baru sahaja memaklumkan
saya bahawa Nazmi Faiz mengambil keputusan pulang ke tanahair atas desakan
hidup apabila kelab yang beliau sertai iaitu Beira-Mar FC menghadapi masalah
kewangan. Dan diceritakan teman saya itu bahawa sepanjang beberapa bulan
berkelana di Portugal beliau hanya menerima EU500 sahaja. Pengorbanan untuk
menunjukkan kemahirannya begitu tinggi sehingga memaksa beliau menumpang rumah
seorang rakan pemain apabila tidak dapat membayar sewa peribadinya. Diberitakan
juga bahawa bapa kepada Nazmi cuba berunding dengan FAM untuk membawa anaknya
pulang ditolak sedangkan Nazmi terpaksa berikat perut di Portugal. Kalaulah
persiapan mental Nazmi tidak kuat, sudah pasti beliau pulang lebih awal lagi.
Ketika artikel ini
ditulis sensasi Nazmi Faiz meninggalkan Portugal ada kaitan rapatnya dengan
tajuk perbincangan kita pada kali ini iaitu KECERGASAN MENTAL. Sekiranya beliau tidak cergas
atau kuat mentalnya sudah pasti berhadapan dengan pelbagai masalah yang
melibatkan kesihatan mental.
Masalah kesihatan
mental ditakrifkan oleh The National Institute of Mental Health (NIMH) sebuah
badan dibawah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Kerajaan US. Antara
masalah itu adalah Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD, ADD), Autism Spectrum Disorders (Pervasive Developmental
Disorders) , Bipolar Disorder (Manic-Depressive Illness) , Borderline Personality Disorder, Depression,Eating Disorders, Generalized Anxiety Disorder, Obsessive-Compulsive Disorder (OCD), Panic Disorder, Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), Schizophrenia dan Social Phobia (Social AnxietyDisorder).
Menurut banyak ahli
psikologi kecergasan mental bermaksud seseorang yang berdaya tahan terhadap
emosi, spiritual, mental separa sedar dan sedar. Dalam ertikata lain,
kecergasan mental ialah seseorang yang cergas mental dan emosi dalam apa sahaja
keadaan gembira, sedih, penah dan sebagainya. Adajuga pemikir mentafsirkan
kecergasan mental maksudnya kebolehan berfikir dan bertindak dengan rasional
dan berhemah. Dan seseorang yang cergas mentalnya mampu menyumbang sesuatu
untuk mereka yang disekelilingnya.
Persatuan Kesihatan
Mental Kanada (CMHA) telah menyediakan 11 tip untuk meningkatkan kecergasan
mental. Dan ianya sangat baik untuk dilakukan oleh pemain samaada sebelum
latihan atau selepas latihan.
1.Daydream –Pejamkan
mata dan fikir atau berimaginasi mengenai lokasi yang indah dan cantik yang
diimpikan. Atau berfikir anda berada di puncak gunung, berehat di tepi pantai,
atau berfikir yang anda sedang berada di dalam sebuah bilik yang paling anda
suka melalui pengalaman saudara sebelumnya.
2.Mengingati detik
lampau- Cara ini membolehkan
seseorang untuk mengingati masa atau saat indah yang telah dilalui seperti
mengingati saat pertama kali memenangi hadiah pemain termain perlawanan akhit
piala FA sebagai contoh.
3. Belajar bagaimana
untuk menangani pemikiran negatif- Pemikiran yang negetif boleh membantutkan seseorang pemain untuk
menjadi cergas mental. Jadi, pengkaji mengalakkan seseorang yang melalui
perasaan negetif ini untuk belajar menyekat pemikiran tersebut. Sebagai contoh
anda asyik memikirkan tentang sepakan penalty yang tidak dapat anda jaringkan
pada perlawanan akhir semalam membuatkan anda terganggu.
4. Buat satu kerja
dalam satu masa- Seseorang harus
focus dalam apa yang dilakukan. Melakukan sebarang kerja yang lebih daripada 1
dalam satu masa bole mengganggu proses pemikiran yang rasional. Justeru, ada
potensi kualiti kerja boleh berkurangan.
5. Bersenam – Seseorang yang bersenam
mampu untuk meredakan depresi and meningkatkan daya psikologi. Selain itu,
bersenam juga boleh mengurangkan keresahan dan sebgainya.
6. Menghargai hobi – Dengan melakukan sesuatu
perkara yang digemari dan mahu dilakukan boleh membuatkan seseorang gembira.
Maka, melakukan hobi adalah sangat digalakkan dan mampu mengimbangi kehidupan
seharian yang menekan saban hari.
7. Menetapkan matlamat
hidup – Matlamat tidak
harus terlalu tinggi. Sebagai contoh mungkin anda tidak perlu untuk menetapkan
pasukan bolasepak Negara akan berjaya memenangi Piala Dunia. Cukup sekadar
menyertai atau layak ke peringkat akhir Piala Dunia.
8. Menulis diari
tentang tekanan yang dihadapi – Meluahkan perasaan selepas seharian bekerja adalah digalakkan.
Antara caranya dengan menulis jurnal atau diari. Selain itu, CMHA juga
menggalakkan agar seseorang yang berhadapan dengan tekanan untuk bercakap
dengan dinding sebagai meluahkan rasa tekanan tersebut.
9. Berkongsi perkara
lucu – CMHA juga
menggalakkan agar masyarakat berkongsi cerita lucu bersama rakan, jiran atau
keluarga. Bergelak ketawa dikatakan mampu untuk menghilangkan tekanan emosi dan
mental.
10. Sukarelawan – dengan menyertai
sukarelawan membolehkan seseorang meluangkan masa lapang untuk berbakti kepada
masyarakat. Oleh yang demikian, menurut CMHA dengan menyertai sukarelawan
menyebabkan masa diisi dengan efektif. Lantaran itu, masa lapang yang membolehkan
seseorang terlalu berfikir mengenai tekanan yang dihadapinya diisi dengan
aktiviti lain.
11. Memanjakan
diri – Sekali sekala
digalakkan seseorang memanjakan dirinya seperti memasak makanan sendiri atau
pergi ke spa merehatkan badan dsb.
Kepada jurulatih atau
pemain meningkatkan kecergasan mental adalah sama penting seperti kecergasan
fizikal. Ini dapat saya buktikan dengan mengajak pembaca kembali ke tahun 1998
sewaktu Sukan Komenwel diadakan di Kuala Lumpur. Ketika itu saya menjadi
sukarelawan dalam melancarkan temasya tersebut. Pencapaian 10 emas, 14 perak,
12 gangsa di belakang juara keseluruhan Australia (80 emas, 61 perak, 58 gangsa)
tidak dapat saya lupakan.
Dan kemenangan pingat
emas oleh peserta lumba jalan kaki G Saravanan yang
memintas peserta Australia pada lebih kurang 200-400 kegarisan
penamat kerana beliau telah pengsan. Sample darah telah diambil untuk
diujikaji. Sebuah universiti di Australiadengan kerjasama badan sukan
Negara tersebut mendapati bahawa peserta ini telah lama kehabisan tenaga.
Sepanjang 800-1000 meter peserta itu hanya menggunakan kekuatan mentalnya untuk
menghabiskan acara tersebut. Namun begitu, fisiologi badan sudah tidak ada
sumber tenaga lain dan beliau pengsan.
Justeru, contoh ini
sebenarnya memberikan gambaran bahawa kekuatan mental mampu mengalahkan kekuatan fizikal. Oleh yang demikian, kepada
pemain-pemain yang akan menghadapi perlawanan untuk segala peringkat PASTIKAN
MENTAL ANDA CERGAS DAN KUAT.
SESI SOAL JAWAB
SOALAN 1
“Saya berumur 19 tahun
dan sebelum ini pernah bermain dengan pasukan Bawah 19 tahun negeri. Sekarang
saya hanya bermain untuk pasukan kelab liga bawahan sahaja. Saya menyedari
bahawa saya mempunyai bakat dan potensi. Tetapi, saya ada masalah bila waktu
perlawanan penting saya hilang focus dan tidak dapat menunjukkan prestasi
sebenar. Jadi, apa yang perlu dilakukan?” (Din, Ipoh)
JAWAPAN
Saudara Din,
sebenarnya bukan saudara seorang sahaja yang menghadapi masalah tersebut.
Malahan ramai atlit mempunyai masalah tersebut. Yang membezakan yang akan
berjaya melauinya atau tidak ialah bagaimana seseorang itu menangani masalah
tersebut.
Saya mencadangkan agar
saudara untuk bersendirian seketika sebelum perlawanan bermula. Kemudian
tenangkan fikiran dan beri focus tentang perlawanan. Selain itu, saudara juga
boleh menggunakan mana-mana 11 tips yang dirasakan sesuai. Sebagai tambahan,
saudara juga boleh berjumpa mana-mana pakar motivasi untuk mendapat rangsangan
yang lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan. Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan juga boleh menghubungi /sms/ whatsApp saya 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.
Selain itu, saya juga menjadi penyelaras kepada beberapa program seperti berikut iaitu diet, how to diet, weight loss, fitness, what is fitness serta i fit dan Cellular Nutrition (Nutrisi Selular). Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai diet, how to diet, weight loss, fitness, what is fitness serta i fit dan Cellular Nutrition (Nutrisi Selular) boleh terus hubungi saya.
Atau anda juga digalakkan menghubungi saya sekiranya mahukan bimbingan serta tunjuk ajar bagaimana boleh menurunkan berat dengan cepat atau rapid wieght loss program (weight loss, how to diet, the diet, fitness, what is fitness, i fit dan Nutrisi Selular (cellualr nutrition)
Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan
1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)
Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.
Post a Comment