blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Jamboree Lasak 360@Kota Warisan Mencabar





Tittle : MH Jamboree Lasak 360@Kota Warisan

Place : Kota Warisan, Selangor.

Distance : 40KM

Date : 10 March 2013

Time: 0800 am


Salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman. Sudah hampir 2 minggu atau 14 hari saya tidak dapat menulis sebarang artikel dalam blog ini akibat terlalu sibuk dengan tugasan harian. Ditambah pula apabila kebelakangan ini saya banyak menghabiskan hari-hari tersebut dalam kenderaan apabila berulang alik ke beberapa lokasi di Johor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Perak. 

Namunbegitu, ia tidak menghalang jiwa kental saya mengayuh basikal MTB walaupun saya terpaksa bawa bersama basikal dalam kereta. Saya akan menggunakan masa yang ada untuk berkayuh di lokasi tertentu. Hanya menjelang Jamboree Lasak 360 @ Kota Warisan pada 10 Mac 2013 yang lalu sahaja saya mempunyai sedikit masa untuk mempersiapkan diri untuk jamboree tersebut 7 hari sebelumnya.

KAYUHAN DI 360 / Kota Warisan 4 Hari Sebelum Jamboree.
Selain kayuhan di jalanraya bersama teman-teman beberapa kali minggu sebelum jamboree benar-benar membantu meningkatkan kekutan kaki dan persediaan fisiologi badan saya. Apabila Shaari (rakan kayuhan) yang tinggal berdekatan dengan rumah saya di LEP, Seri Kembangan mempelawa saya untuk menyertai beliau berkayuh ke 360 Kota Warisan pada hari Rabu 6 Mac 2013 tidak saya lepaskan. Kami memulakan kayuhan di PCP, Putrajaya dan mengambil masa 2 jam lebih untuk menghabiskan 40KM melalui jalan raya dan 'off road'.
Shaari teman kayuhan saya di kejiranan LEP, Seri Kembangan.

Saya telah dengan sedaya keupayaan saya mengikut rentak 'pace' yang ditetapkan oleh Shaari. Beliau merupakan seorang yang agak berpengalaman dalam sukan Mountain Bike (MTB) ini sejak beberapa tahun lalu. Justeru, saya minta beliau agar membantu dan memperbaiki cara dan teknik kayuhan saya terutama semasa 'offroad'. Kami memulakan kayuhan agak lewat sekitar hampir jam 9.00 pagi dan menamatkan kayuhan sekitar jam 11.00 pagi. 

PERSIAPAN KE JAMBOREE LASAK 360 @ KOTA WARISAN
Saya memulakan pagi itu agak awal berbanding peserta lain. Saya terpaksa bangun jam 3.45 pagi untuk bersiap sebelum memulakan perjalanan daripada Batu Pahat ke Seri Kembangan. Saya pulang agak lewat malam sebelumnya. Jam 1.30 pagi. Tidur sekitar jam 2.00 pagi. Semasa bersiap, dalam hati saya memang ada kekesalan pada mulanya kerana mendaftarkan diri untuk menyertai jamboree tersebut. Namun, hati kental seorang 'rider' tidak mudah patah. Saya kuatkan semangat. Sambil membancuh Herbalife Tea Mix (klik untuk mengetahui lebih lanjut) untuk diminum dalam kereta ketika memandu nanti. Saya campurkan ke dalam bekas air 2 liter dengan 1 sudu 'tea mix' tersebut. 

Saya memulakan perjalanan dari Batu Pahat tepat jam 4 pagi dan berharap perjalanan memakan masa 2.30 jam itu dalam keadaan selamat. Alhamdulillah setibanya di Seri Kembangan lebih kurang jam 6.30 pagi saya terus masuk ke rumah dahuu untuk menunaikan solat Suboh sambil meminta isteri menyediakan segala kelengkapan berbasikal saya. Barangan di kemas masuk ke dalam bonet kereta.

Selepas solat saya terus ke dapur untuk menyediakan sarapan bernutrisi tinggi untuk menjamin tenaga berkekalan sepanjang jamboree nanti. Pagi itu saya memilih Herbalife F1, Herbalife F3 dan penyedap tambahan. Herbalife F1 (klik untuk mengetahui lebih lanjut) adalah sejenis makanan bernutrisi tinggi menggabungkan lebih 50 jenis nutrien yang diperlukan badan termasuk atlit dan ahli sukan. Di U.S. misalnya Herbalife F1 ini menjadi pilihan utama pelumba-pelumba basikal, pelari marathon dan atlet-atlet jarak jauh.
Herbalife F1 membekal 50 jenis nutrisi dalam 1 cawan sesuai untuk nutrisi sebelum jamboree.

Herbalife F3 (klik untuk mengetahui lebih lanjut) pula merupakan sejenis serbuk protein tinggi yang dikisar dengan ramuan untuk membantu membekalkan protein ke otot. Ia digunakan kebanyakan pengguna untuk membantu mereka mendapat bentuk badan menarik. Manakala, pengguna seperti saya adalah untuk memastikan protein ini terus ke simpan ke dalam otot untuk digunakan semasa waktu-waktu terakhir jamboree nanti. Cara lain untuk mendapatkan protein jenis begini adalah dengan menghadam daging putih seperti ikan sebanyak 4 ekor. Yang menjadi masalah adalah jamboree akan mula sekitar jam 8 pagi. Bagaimana ikan tersebut mampu dihadam sebelum kayuh mula. Sedangkan kita semua tahun protein memerlukan seawal 2 jam untuk dihadam. Oleh itu, dengan mengambil Herbalife F3 bisa bantu saya memudahkan kehidupan ini.
Herbalife F3 adalah protein semulajadi dan mudah dihadam berbanding ikan.

Pagi itu saya mencampurkan 3 sudu Herbalife F1 perisa Cokelat dan 1 sudu Herbalife F3 serta campuran penyedap seperti 2 sudu 'Coco Crunch' dan 2 sudu 'Nestume'. Kemudian, campuran tersebut dilarutkan dalam air 400ml. Saya sendiri masukkan dalam pengisar (blender) kesemuanya dan mengisarkan ramuan tersebut sehingga sebati selama tidak kurang 2 minit. Bagi saya saya sukakan sesuatu yang sedap adalah tidak boleh kalau pagi itu tidak ddicampurkan dengan ais. Maka siap sahaja ibarat seperti ice blended cokelat yang menyegarkan. Kemudian saya tabur sedikit dengan kacang badam yang dikisar isteri tidak lama dahulu untuk masak kuehnya. Pagi itu, saya begitu bersemangat menghabiskan SARAPAN NUTRISI selengkap itu. Kadar kalorinya sekitar 250 kcal. Ia sangat cukup untuk kayuhan jamboree 360 ini. 

Herbalife memberi tenaga luar biasa untuk saya.

Selepas itu, saya memulakan perjalanan daripada Seri Kembangan ke Kota Warisan. Jam baru pukul 6.55 pagi. Justeru, apabila melihat jam di tangan masih awal. Saya mengambil keputusan untuk mengisi kereta yang dipandu sejak awal pagi tadi daripada negeri Johor Darul Takzim merentasi 3 negeri masih tidak diisi minyak lagi. Jadi, keputusan tersebut benar-benar mengubah pagi Ahad yang agak tenang menjadi agak huru-hara. Ia bermula apabila selepas mingisi minyak kereta saya tidak boleh 'start'. Nyata bateri dah 'kong'.

Ketika itu saya melihat jam sudah 7.15pagi. Saya mulai kaget. Mujur ada abang teksi hulurkan bantuan. Beliau pinjamkan 'jumper wire' untuk di'start jump' daripada keretanya. Dan enjin kereta saya mula berdesing. Yeah...kereta saya dah bole guna. Saya gembira. Dengan penuh kesyukuran dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Abang Teksi. Namanya Abang Azmi. Selepas mengucapkan terima kasih Abang Azmi pon berlalu dengan teksinya. Lantas saya ke arah 'kokpit' pemandu. Saya cuba menekan minyak. Terus enjin mati semula. Saya terus keluar dan cuba menjerit kearah teksi Abang Azmi. Beliau berlalu laju. Jam sudah pukul 7.30pagi. Saya genting. Kemudian cuba menelefon isteri. Berulang kali tak jawab. Akhirnya beliau telefon semula dan saya minta beliau datang bersama keretanya.

Beliau tiba jam 7.45pagi. 'Jumper wire' yang ada dalam kereta saya rupa-rupanya tak cukup kuat untuk mengecas bateri Alphad saya. Justeru sesudah hampir 5 minit Alphad masih tidak boleh 'start'. Saya ambil keputusan untuk keluarkan segala barangan keperluan dan pindahkan ke kereta isteri. Jam sudah 7.55pagi. Saya memecut terus ke Kota Warisan. Saya berdebar kalau tak sempat untuk ketemu sahabat bernama Hafiz Splinter Cell yang memegang no plat jamboree basikal saya. Saya khuatir kalau-kalau terlepas kerana jadualnya dalam fikiran saya mula lepas jam 8.00 pagi. Mujur ketika tiba di perkarangan Kota Warisan, ramai lagi peserta yang sedang bersiap di kereta masing-masing. Saya lega kerana saya bukan orang terakhir.

Setibanya di Kota Warisan, saya menukar pakaian dan bersiap. Basikal dikeluarkan. Kasut dipakai. Hari ini saya pakai baju baru yang dibeli semasa ke kedai basikal Pedal Sports, Seri Petaling beberapa hari lalu.

Selepas bersiap, saya menyediakan air minuman dicampur dengan Herbalife NRG yang merupakan sejenis campuran teh dengan biji Guarana. Biji Guarana memang sangat dikenali untuk membantu meningkatkan tenaga yang telah digunakan oleh puak Indian Amazon sejak berzaman dahulu. Puak Indian Amazon dipercayai mampu berlari sepanjang hari dalam hutan tanpa rasa penat. Sekiranya anda ke Brazil, biji Guarana ini digunakan sebagai bahan pracampuran dengan pelbagai jenis minuman ringan. Tetapi, kegunaan NRG Tea ini saya manfaatkan untuk jamboree kerana ia dipercayai mampu memberikan tenaga tambahan untuk saya. Sebenarnya, jamboree ini adalah kali pertama saya akan cuba dengan produk NRG ini. Bisanya saya juga seperti teman-teman peminat basikal yang lain taksub dengan pemakanan sukan popular di pasaran seperti Power Bar, NFS ataupun Hammer. 
NRG saya campur dengan air dan ais supaya membekalkan tenaga luar biasa buat saya hari ini.


JAMBOREE LASAK 360@KOTA WARISAN BERMULA
Selepas bertemu Hafez untuk mendapatkan no plat, saya terus mengambil kedudukan. Ketika itu, sudah hampir 1000 lebih peserta telah berkumpul di tapak pelepasan. Menurut penganjur, peserta berdaftar sudah mencecah hampir 1359 orang. Dan mereka menyatakan masih ada lagi yang belum berdaftar di kaunter walaupun mereka sudah membuat pembayaran. Saya percaya menjelang beberapa ketika lagi sudah tentu peserta yang akan dilepaskan menjangkau 1400 orang dan lebih. Sebagaimana di Jamboree Lasak di UPSI pada bulan Disember lalu saya mendapat tempat ke 641 daripada sejumlah 1400 lebih orang yang hadir. Hari ini saya berharap dapat berada diantara tempat ke 300-400.

Seramai hampir 1400 orang dilepaskan semasa Jamboree Lasak 360@Kota Warisan

Pagi itu, selepas pelepasan peserta saya berasa amat bertenaga. Dan pada mulanya saya mengikuti kumpulan di hadapan. Saya mencabar diri saya untuk mengekori kumpulan dihapapan.Di jalanraya sebelum masuk 'offroad' saya terkejut bila bacaan meter basikal saya menunjukkan kelajuan diantara 40-50km/h. Dan saya masih bersama kumpulan top 100 dihadapan. Saya tidak mengalah. Berkayuh pada kelajuan itu dengan keadaan ramai peserta di depan, belakang, kiri dan kanan mesti juga jaga keselamatan. Adalah sedikit kesilapan boleh menyebabkan jatuh dan cedera. Jangan sampai seorang yang jatuh ditengah-tengah peserta ini pasti akan melibatkan ramai pelumba.

Selepas mula masuk 'offroad', tahap adrenalin saya bertambah. Saya jadi ghairah. Saya terus-terus berkayuh. Sebelum bukit pertama kayuhan saya diantara 30-35km/h. Bukit pertama betul-betul buat ramai peserta terpaksa turun dan menolak basikal kerana licin termasuk saya. Walaupun ada kekuatan untuk mendaki bukit tersebut. Namunbegitu, mungkin akibat kesesuaian tayar tidak membenarkan kebanyakan daripada kami berkayuh selain mendaki bukit sambil menolak basikal.

BASIKAL BERMASALAH
Selepas itu, perlumbaan menjadi semakin menarik. Saya melepasi Check Point (CP) yang 1-3 dengan penuh jaya. Namun selepas basikal saya mengalami sedikit masalah ketika menuruni 1 bukit kerana menurut Abang Boi mungkin tayar gelong kerana 'spoke' atau lidi basikal saiz 29er ini bengkok. Apatah lagi saya masih menggunakan rim 'standard'. Kayuhan menuruni bukit atau 'downhill' yang menjadi keseronokan bagi peminat-peminat MTB menjadi igauan buat saya seketika itu. Sebab ketika melalui 'downhill' tayar depan basikal saya bergerak ke kiri dan kanan 'fork'. Saya khuatir kalau-kalau ikatan diantara bahagian rim dan fork tidak kuat. Saya berhentikan basikal dan mengetatkannya. Saya kayuh kemudian sama juga. Perasaan risau menganggu sedikit konsentrasi saya sehingga saya dihambat Abang Boi dan Azrul yang tiba-tiba memanggil nama saya dari belakang. Dan memaklumkan pada mereka. Dan Abang Boi yang merupakan seorang otai MTB dan disegani ramai kawan-kawan memaklumkan kepada saya mungkin tayar gelong disebabkan 'spoke' atau lidi basikal sudah bengkok. Dan beliau beritahu lagi, ia tak menjejaskan keselamatan terutama ketika 'downhill'. Cuma, ambil perhatian sekiranya ada pergerakan luar biasa.

Ketika menghampiri CP4 saya mengalami masalah kekejangan otot ataupun 'cramp' dibahagian otot betis atau dikenali sebagai Gastrocnemius. Sepanjang saya berkayuh basikal sejak tahun lalu. Ini adalah kali pertama saya berhadapan dengan masalah 'cramp'. Apakah puncanya? Mungkin sahaja sebab kurang rehat sebab malam itu saya hanya tidur 2 jam lebih sebelum memulakan perjalanan dari Johor ke Seri Kembangan. Maknanya, nasihat buat teman-teman semua agar memastikan tidur dan rehat anda cukup supaya otot ada masa berehat. Jika tidak, anda berhadapan dengan masalah seperti saya.

KEKEJANGAN OTOT/ CRAMP
Kemudian, setibanya di CP4 saya terus mendapatkan pisang yang kaya dengan potassium mampu mengelakkan saya cramp lagi. Saya diberi rawatan di CP4 dengan minyak panas 'Yoko-yoko' dan ia membantu. Selain itu, kesempatan yang ada di CP 4 telah saya gunakan untuk membuat satu lagi set Air dengan serbuk NRG yang saya bawa. Alhamdulillah selepas minum sebotol air NRG saya rasa sangat segar dan bertenaga. Kemudian sebelum memulakan kembali kayuhan, saya telah melakukan regangan terutama dibahagian betis supaya 'acid lactic' yang berkumpul di otot tersebut dipecahkan. Antara punca 'cramp' adalah pengumpulan 'acid lactic' di sesuatu kawasan otot. Dan regangan mampu memecahkan pengumpulan 'acid lactic' selain beberapa rawatan lain.

Selepas itu saya meneruskan kayuhan saya dengan penuh tenaga dan gagah. Alhamdulillah trail 'offroad' sudah hampir ke penamat. Kayuhan sudah mula di jalanraya sambil Adang RELA yang jaga di persimpangan jalan beri tahu kami bahawa garisan penamat semakin hampir. Dan saya mengambil keputusan untuk berkayuh laju sedikit daripada sebelum itu. Akhirnya, saya berjaya menamatkan jamboree ini dengan pencapaian yang amat membanggakan iaitu di tempat ke 157 daripada 1400 peserta yang ada. Alhamdulillah. Saya hampir tidak percaya. 


Dan dengan kejayaan ini saya ingin mencabar diri saya untuk memperbaiki kedudukan di jamboree atau perlumbaan akan datang. Insyaallah saya bersama Sdr Saiful dan Hj Shamsudin akan mewakili Splinter Cell di Jamboree Aviation anjuran TUDM di Kluang, Johor pada bulan April 2013.

PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Lasak Event Managment dari Nilai bersama teman-teman dari KLIA yang menyediakan trail 'offroad' yang mencabar dan sangat menarik. Selain itu, pujian juga harus diberikan kepada penganjur kerana menyediakan 'water point' di lokasi-lokasi yang betul dan tepat. Ini kerana 'water point' ada disaat-saat kita memerlukan air. Justeru, penganjur-penganjur jamboree lain dimasa akan datang bolehlah mendapatkan nasihat daripada penganjur 360 ini. Cuma, saya dengar tentang khabar yang mengatakan ada juga 'water point' yang kurang air. Justeru, penganjuran akan datang harus tidak boleh ada masalah ini!

JAMBOREE MTB BANTU ANAK YATIM
Selain itu, bagi saya susun atur acara sangat baik dan menarik. Ada acara sampingan untuk anak-anak. Menjemput anak-anak yatim untuk acara basuh basikal juga sesuatu yang baru dalam aturcara jamboree. Selain daripada dapat membantu menambahkan duit tabung sekolah anak-anak yatim, ia juga dapat mengeratkan hubungan dan silaturahim diantara peserta dengan kumpulan anak-anak yatim. Dan saya berharap penganjur-penganjur jamboree lain di masa akan datang boleh jadikan acara ini sebahagian daripada segmen wajib bagi setiap jamboree. Atau dalam erti kata lain, setiap jamboree mesti ada kaunter basuh basikal oleh anak-anak yatim.

Syabas juga saya ucapkan buat semua peserta atau 'rider' yang berjaya menamatkan kayuhan dengan jayanya. Kepada mereka yang terpaksa mendapatkan 'stiker ayam', semoga jamboree akan datang anda mampu menghabiskannya.

KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
Sekiranya anda mahu mengetahui bagaimana anda mampu meningkatkan prestasi kecergasan dan cara pemakanan yang mampu meningkatkan prestasi anda, atau sekiranya anda menghadapi masalah berat badan walaupun telah berkayuh basikal beberapa bulan atau tahun sila hubungi / sms saya di talian 018 24 234 74 atau email saya di zackfisio@gmail.com.

Wassalam,


Zack Zaihan
Perunding Nutrisi, Kesihatan & Kecergasan
www.mynutrifitclub.com 




2 comments:

  1. Salam Zack,
    Sebagai penganjur MH Jamboree Lasak 360, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyertai dan memberi sokong terhadap jamboree kami ini.
    Memang group kami plan dan plan dari tahun lepas lagi untuk membuat jamboree yang terbaik. Menggunakan penggalaman kami menyertai jamboree dan buat event kecil-kecilan berjaya jugak kami hasilkan jamboree ini.
    Bukan senang dan banyak sacrifice dari tungak-tungak kuat dalam jamboree ini... tapi penat lelah kami habis dan lega bila mendegar comment2 dan hujah2 rakan yang enjoy masa jamboree kami ini.
    Thanks Bro...
    Wasalam
    Taslim - Malaysia Airlines Cycling Club/pujMAC/HuruHara Cycling Club.

    ReplyDelete

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019