blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar






السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  & salam sejahtera kepada pembaca.

Pertama sekali saya mengucapkan selamat datang ke laman blog saya ini. Laman ini adalah hadiah kepada semua terutama 'client' saya yang tidak jemu meng'HASUT' saya agar menukilkan segala pengalaman berkaitan nutrisi, kesihatan dan kecergasan dalam satu ruang blog yang mereka bole akses pada bila-bila masa. Sejak awal tahun 2012 lagi mereka sudah mula minta saya menggunakan blog peribadi untuk menyatakan pelbagai pandangan mengenai subjek yang mempunyai ramai peminat ini.

Dan akhirnya saya mengambil inisiatif awal untuk menulis segala pengalaman dalam blog ini.

Saya akan menulis mengenai nutrisikesihatan dan kecergasan. Selain itu saya juga akan memuatkan acara-acara terkini yang melibatkan diri saya.

Saya mengucapkan selamat membaca.


Gambar: Saya bersama Safee Sali, bintang bolasepak negara kini bermain untuk Johor Darul Takzim semasa program bersama dengan saya pada awal tahun 2007 dulu.


Program besar pertama saya tahun 2013 adalah seperti berikut:

(click untuk nyatakan kehadiran)
Program ini dianjurkan oleh ADMIN FB Kakitangan Awam Kerajaan (KAK) demi mempromsikan kesihatan dan cara hidup yang sihat. Ia mendapat kerjasama daripada zackzaihan.com. Dengan kerjasama ini membolehkan semua kakitangan awam mendaftarkan diri untuk mendapatkan 'Health Screening' dan 'Physical Assesment' disamping mendapat khidmat nasihat profesional secara PERCUMA daripada seorang PAKAR PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KECERGASAN.
Beliau tidak lain tidak bukan adalah En Zack Zaihan.

En Zack Zaihan merupakan Konsultan Pemakanan, Kecergasan dan Kesihatan. Beliau merupakan graduan Dip. Kesihatan & Kecergasan, kemudian melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains yang berkaitan. Juga memiliki Sarjana dan sedang menyiapkan thesis untuk program phD langsung tidak menghalang beliau untuk terus membantu merealisasikan program ini.

Menurut En Zack Zaihan, selain sering memberi khidmat nasihat berkaitan pemakanan dan kecegasan melalui seminar, forum dan sebagainya sebagai medium mempromosikan cara hidup sihat, beliau juga aktif menggunakan medium media baru (social network) untuk menyampaikan pandangan mengenai PROMOSI KESIHATAN (Health Promotion).

Beliau adalah Bekas Ketua Unit Rehabilitasi, Kecergasan dan Kesihatan, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), juga pernah berkhidmat dengan PKNS FC sebagai Jurulatih Kecergasan. Selain itu pengalaman di Fitness First sebagai Assistant Manager juga membantu beliau menjadi pengurus client yang berjaya.

Pengalaman semasa di Majlis Sukan Negara dibawah selian seorang Pakar daripada Jerman bernama Jorg Taichmen di Jabatan Terapi Senaman benar-benar memberikannya pengalaman luar biasa dalam mengendalikan atlet-atlet peringkat dunia seperti Dato Lee Chong Wei, Azlan Iskandar (pemain squasy negara), skuad hoki dan lain-lain nama besar lagi.

Menurutnya lagi, sepanjang 10 tahun (2003-2013), beliau telah melalui pelbagai pengalaman dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah teruma dikalangan mereka yang mahu menurunkan berat badan (terutama mereka yang mahu menurunkan berat diantara 20-50kg)

Melihat mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dan menjadi lebih sehat menjadikan En Zack Zaihan semakin bermotivasi untuk membantu siapa sahaja yang mempunyai keinginan yg tinggi untuk menurunkan berat badan. Sebab itu tahun 2013 ini beliau mensasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 1000 orang untuk menurunkan berat badan dengan khidmat nasihat dan tunjuk ajar melalui pengalaman dan pendidikannya.

Selain itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput En Zack Zaihan untuk memberikan ceramah atau seminar berkaitan pemakanan, kesihatan dan kecergasan di jabatan masing-masing bolehlah terus menghubungi beliau melaui PM FB Zack Fisio (http://www.facebook.com/zack.fisio?fref=ts) atau terus hubungi/sms 014 7331103. atau email zackfisio@gmail.com


Jika anda memerlukan khidmat nasihat sila jangan malu untuk menghubungi /sms/ whatsApp saya 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.

Anda juga boleh mendapatkan PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan
1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
3. Muscle Mass (jisim otot)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)

Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019