blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Fat Burner Berkesan?

Salam sejahtera semua pembaca yang budiman. Semoga kalian berada dalam lingkungan keberkatan Allah S.W.T. Pagi waktu saya menulis blog ini saya dialuni lagu-lagu memuji kebesaran-Nya dan zikir. Amat menenangkan. Semoga ia memberikan kesihatan mental buat saya.

Muktahir ini kita dihidangkan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan khusus untuk menguruskan badan. Maknanya, lawan kepada kurus itu adalah gemuk atau kegendutan sudah menjadi satu penyakit. Hal ini kerana kalau kegendutan itu bukan penyakit; maka, ia tidak perlukan ubat!!

Sebenarnya, ramai pembaca yang menghantar email kepada saya samada perlu atau tidak mengambil ubat untuk kurus supaya program turun berat badan lebih berkesan? Ada juga yang bertanya mengenai adakah jenis ubat ini dibenarkan atau tidak? Tidak kurang juga yang minta saya mencadangkan makanan tambahan atau supplement yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Dan banyak lagi soalan berkaitan.

Justeru, saya rasa eloklah kalau pagi dingin ini saya menulis tentang keberkesanan ubat untuk kurus.

Pengalaman Peribadi
Melalui pengalaman peribadi beberapa tahun sudah saya merasakan penggunaan ubat untuk kurus atau menurunkan berat badan seperti Fat Burner dan sebaginya adalah tidak sihat terutama yang berbentuk 'tablet' atau kapsul.

Sebenarnya, semasa saya bertugas di Fitness First sebagai Assistant Manager, ramai ahli kelab mendapatkan nasihat mengenai program kesihatan dan kecergasan daripada saya. Ada juga diantara mereka yang menunjukkan pelbagai jenis ubat kurus yang akhirnya menyebabkan mereka mendapat pelbagai masalah sebelum menjadi ahli Fitness First. Persoalan saya cukup mudah; kenapa mereka menyertai Fitness First kalau ubat kurus berkesan? 

Gambar profile saya ketika di Fitness First, 2003-2005

Ramai diantara mereka mengaku bahawa mereka mula kecewa 'upset' apabila mendapati ubat kurus itu tidak berkesan setelah mengambil berbulan-bulan dengan kos yang tinggi. Ada diantara mereka yang mendakwa mengalami masalah kesihatan lain terutama masalah dehidrasi ataupun masalah kekurangan air dalam badan. Selain itu, ada dikalangan mereka mengaku menghadapi masalah mata, pipi, telinga kering kerana kurang air dalam badan. Kulit menjadi kering dan tidak lembab menyebabkan mudah mendapat penyakit kulit berjangkit. 

Promosi Hebat Pengeluar Ubat Kurus
Kebiasaannya, syarikat pengeluar dengan unit promosi dan pemasaran mereka menggunakan pelbagai kaedah kononnya untuk mengatakan bahawa produk mereka berkesan. Sebagai contoh ada pengeluar mengatakan "bahawa segala lemak akan 'accumulate' dengan mengambil tablet mereka dan dibakar melalui kejaiban tablet tersebut." 



Saya percaya segala masalah kesihatan tersebut berkait rapat dengan tablet yg mereka ambil. Ini kerana ada dikalangan tablet tersebut mengandungi dadah jenis deuratics yang bersifat mengasak dan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh tanpa melakukan aktiviti fizikal. Kebanyak pengeluar mendatakan lemak akan dibakar bersama peluh adalah sesuatu yang mitos. Ramai pengamal perubatan sependapat dengan saya.

Sebenarnya tablet ini langsung tidak bertindak balas dengan lemak. Sebaliknya, deuratics yang menyebabkan buah pinggang bekerja kuat untuk mengeluarkan peluh dari ronngga-rongga yang ada pada kulit pengguna. Sebab itu ada diantara mereka mengalami masalah komplikasi buah pinggang. 

Tetapi Selepas Menggunakan Ubat Kurus Berat Badan Saya Turun?
Ya...Memang betul selepas mengambil tablet ini bila ditimbang berat badan turun. Hal ini kerana kandungan air dalam badan berkurangan. Anda sebenarnya didehidrasi bukan dibakar lemak. Ketahuilah saudara/i 70% berat badan manusia adalah merupakan berbentuk bendalir. Jadi, pengambilan tablet tersebut merangsang badan untuk mengeluarkan sebahagian besar air dalam badan. Jadi, bila air sudah berkurang sudah pasti badan akan lebih ringan.


Kesimpulannya, dapatkanlah preskripsi doktor atau nasihat daripada pakar. Sebagaimana sekiranya anda mempunyai kereta yang dibeli dari Honda, Nissan, ataupun Proton adalah lebih baik mendapatkan nasihat daripada 'foreman' mereka. Kerana sudah pasti mereka mendapat latihan teori dan praktikal yang cukup untuk mengendalikan sebuah kereta. Jadi begitu juga dengan badan anda. Sekiranya memerlukan nasihat mengenai masalah berat badan dapatkanlah daripada mereka yang bertauliah dalam bidang mereka.

Selain itu, anda juga boleh terus menghubungi / sms saya di 018 2523 474 sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang program menurunkan berat badan dengan cara lebih sihat dan berkesan.



Anda juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan. Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan. Hubungi/ sms saya ditalian 018 2523 474 atau watsapp di 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.

Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan1.% Body Fat (lemak dalam badan)2. Body Water (air dalam badan)3. Muscle Mass (jisim otot)4. Metabolic Age (umur metabolik)5. Bone Mass (jisim tulang)6. Visceral Fat (lemak viseral)Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019