blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PUASA, FIZIKAL DAN MENTAL


Salam sejahtera kepada sekalian pembaca blog saya. Memandangkan banyak projek yang saya terlibat kebelakangan 3 bulan ini membataskan peluang untuk saya menulis di blog ini. Saya mulakan dengan memohon maaf kerana itu. 

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan banyak manfaat dalam hidup saudara/i.


Selain daripada menunaikan ibadah berpuasa yang wajib (bagi yang berkuasa) dan ibadah sunat tarawikh, bazar ramadhan dan majlis iftar (berbuka puasa) tidak pernah lekang daripada masyarakat muslim Melayu di Malaysia. Juga tidak dapat dinafikan mengenai pakej-pakej "BUFFET IFTAR RAMADHAN" di kebanyakan restoran dan hotel bukan sahaja di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur malah di bandar-bandar seperti Sungai Petani, Kulai, Kuala Terengganu, Gua Musang dan lain-lain. Ia semacam sudah menjadi satu acara wajib bagi umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa ini.

Pada pendapat saya adalah tidak wajar untuk berbelanja berlebihan untuk juadah iftar hanya kerana kita berpuasa. Sedangkan tujuan utama Islam menganjurkan ibadah ini adalah untuk mengerti tentang amalan berpuasa sebagaimana umat terdahulu dan berpuasa itu untuk menambah ketakwaan kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 138

SURAH AL- BAQARAH AYAT 183:
  • ERTINYA : WAHAI ORANG YANG BERIMAN, TELAH DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIWAJIBKAN KE ATAS ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU, MUDAH-MUDAHAN KAMU MENJADI ORANG YANG BERTAQWA.

TUJUAN DAN MATLAMAT BERPUASA:
  1. MENJADI WASILAH ( HUBUNGAN ROHANI ) ANTARA SESEORANG HAMBA DENGAN TUHANNYA.
  2. DAPAT MENGENDALIKAN HAWA NAFSU DARI KEINGINAN YANG TIADA TERBATAS DAN MENYALURKANNYA PADA JALAN YANG DIREDHAI ALLAH.
  3. BERPUASA DAPAT MENGINSAFI DIRI SENDIRI BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH YANG LEMAH.
  4. BOLEH MENDIDIK JIWA UNTUK MENTAATI SEGALA SURUHAN ALLAH DAN RASULNYA.
  5. DAPAT MELATIH DIRI BERSIFAT SABAR, TABAH DALAM MENGHADAPI PENDERITAAN, KESUSAHAN DAN SEGALA CUBAAN DARI ALLAH.
  6. MENDATANGKAN PERASAAN KASIH SAYANG DAN TOLONG MENOLONG SESAMA MANUSIA TERUTAMA KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN.
  7. BOLEH MENDATANGKAN KESIHATAN DAN MELATIH DIRI UNTUK HIDUP LEBIH BERDISPLIN.
Justeru, bagi saya ibadah puasa ini mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental. 

PUASA DAN KESIHATAN FIZIKAL
Puasa mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan fizikal kerana selain menahan lapar, orang yang berpuasa juga dapat mengawal jumlah kalori yang masuk kedalam badan setiap hari. Mengikut perkiraan saya, orang Malaysia mengambil 3600 kalori sehari untuk 5 kali makan termasuk Sarapan Pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam (lihat gambarajah)


Jadi, dengan amalan berpuasa sepatutnya saudara/i dapat mengurangkan pengambilan kalori (makanan). Sedangkan keperluan kalori untuk setiap manusia adalah berdasarkan kepada aktiviti harian mereka. Sebagai anggaran setiap lelaki hanya memerlukan diantara 2000-2500 kalori dan perempuan diantara 1600-2000 kalori setiap hari.

Jika merujuk kepada gambar di atas sahaja telah menjadi bukti mengapa anda sering menambah berat badan saban tahun. Hal ini kerana setiap lebihan kalori tersebut akan ditukar menjadi berat badan melalui beberapa proses dalam badan.

Amalan berpuasa dapat menurunkan berat badan kerana dengan mengurangkan kemasukan kalori dalam badan. Sebab itu, ramai diantara kita yang mendapati diri mereka KURUS selepas sebulan menunaikan ibadah ini. Namunbegitu, sambutan perayaan Aidilfitri telah mengubah gaya hidup sihat 30 hari dalam bulan Ramadhan. 

Selain itu, amalan berpuasa juga dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit diantaranya seperti :
1. Tekanan Darah tinggi
2. Penyakit berasas jantung (Heart related Diseases)
3. Gout
4. Coronary Artery Diseases (C.O.D)
5. Sleep Anea
6. Diabetik
7. Osteoprosis
dan lain-lain

PUASA DAN KESIHATAN MENTAL
Selain daripada memberikan kesejahteraan kepada fizikal, berpuasa juga mampu meningkatkan kesihatan mental. Latihan mengawal nafsu adalah yang paling penting dalam ibadah ini. Amalan berpuasa oleh agama Islam bukan sahaja menahan diri daripada berlapar dan dahaga, sebaliknya amalan berpuasa mestilah dilakukan dengan amalan mengawal nafsu. Sentiasa bersabar dalam melalui apa sahaja rintangan, mengawal kehendak untuk makan dan keperluan fizikal lain sehingga terbatal amalan tersebut.

Sebenarnya, secara tidak langsung amalan berpuasa ini membantu pengamal dalam kesihatan mental dan rohani. 

Oleh yang demikian, saya berharap agar saudara/i pembaca dapat melakukan ibadah berpuasa ini seperti tuntutan-Nya. Jangan terlalu mengikut selera dan nafsu ketika di Bazar Ramadhan mahupun di dewan makan buffet. Makan sekadar perlu. 

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat diet untuk ramadhan daripada perunding kesihatan  atau diet bertauliah anda. Sekiranya anda tidak mempunyai perunding anda bolehlah terus menghubungi / sms saya ditalian 018 2523 474 atau watsapp di 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.

Anda juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan. Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan.

Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan

1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
3. Muscle Mass (jisim otot)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)

Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019