Sukan Dalam Islam - Part 2
< baca artikel sukan dalam Islam - part 1
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam penulisan yang lepas tajuk sukan dalam Islam, saya telah memberi beberapa dalil mengenai sukan dalam Islam. Justeru, penulisan kali ini saya akan memfokuskan kepada jenis-jenis sukan yang digalakkan dalam Islam menerusi saranan dan berdasarkan beberapa sejarah mengenai sukan tersebut dan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam penulisan yang lepas tajuk sukan dalam Islam, saya telah memberi beberapa dalil mengenai sukan dalam Islam. Justeru, penulisan kali ini saya akan memfokuskan kepada jenis-jenis sukan yang digalakkan dalam Islam menerusi saranan dan berdasarkan beberapa sejarah mengenai sukan tersebut dan Rasulullah S.A.W.
1. Sukan Memanah
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku
bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Kebaikan Memanah
Melatih
emosi dan fizikal untuk
meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body
balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah
tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi. Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang
sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di
busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini
juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan
mental.
2. Sukan Berkuda
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi
Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang
disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain,
Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Kebaikan Berkuda
Berkuda
amat baik untuk kesihatan
manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari
fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan
belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah
tulang belakang manusia. Semasa pergerakan 'galloping' iaitu cara
rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang
manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan
meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan
pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural
tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka,
otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem
saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah
geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk
menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari
mengalami sakit belakang. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata
sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
‘galloping’ kuda.
3. Sukan Berenang
Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap
sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali
empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk
memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang
dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Kebaikan Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala
otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang
berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain
meningkatkan sistem kardiovaskular. Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Selain
itu, saintis juga menemui bahawa antara cara merawat penyakit asthma
adalah dengan berenang. Dan ia dibuktikan dengan banyak kajian dimana
subjek adalah penghidap asthma melalui 10-20 sesi renang. Selepas itu,
subjek diuji dan sisahkan sudah sembuh daripada asthma.
4. Sukan Gusti
Malah, ada riwayat menyatakan Rasulullah
SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin
Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta
membuktikan mukjizatnya.
Syarat pertandingan itu ialah jika
Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah
SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang
diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk
Islam.
5. Sukan Berlumba Lari
Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW
pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah
ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya
Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.
Oleh sebab itu, sukan lumba lari yang merupakan acara utama dalam sukan terbesar iaitu Sukan Olimpik yang dijalankan 4 tahun sekali juga merupakan acara popular dikebanyakan sekolah-sekolah seluruh dunia.
Oleh sebab itu, sukan lumba lari yang merupakan acara utama dalam sukan terbesar iaitu Sukan Olimpik yang dijalankan 4 tahun sekali juga merupakan acara popular dikebanyakan sekolah-sekolah seluruh dunia.
Kesimpulan
Semua ini membuktikan bahawa tidak ada larangan sukan dalam Islam. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Pepatah
ini dibuktikan melalui kajian seorang saintis dan menjadi lagenda
kepada pelajar-pelajar psikologi dan minda iaitu Sigmund Freud. Beliau
telah memperkenalkan teori 'Minds Body Problem'
yang menyakan bahawa masalah pada psikologi boleh memberi kesan kepada
fizikal dan begitu sebaliknya. Dalam erti kata lain, Sigmund Freud
percaya bahawa sekiranya seseorang mengalami kemurungan (penyakit
mental) akan memberikan kesan kepada fizikal seperti turun berat badan,
tidak ada selera makan dan sebagainya.
Justeru,
setiap umat Islam adalah mesti melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang
digemari selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak mengenai cara dan
amalan sukan-sukan tersebut. Hal ini kerana dengan melakukan aktiviti
sukan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. Sekiranya
umat Islam cergas dan sihat sudah pasti mereka sentiasa bersedia dan
berjaga-jaga dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Selain
daripada memberikan kesempurnaan kesihatan fizikal dan mental, sukan
juga mampu menjadi alat penyatuan umat. Sukan membatasi segala tembok
negara, negeri, agama, bangsa mahupun bahasa. Semua peminat bolasepak
kenal Cristiano Ronaldo dan semua peminat sukan berbasikal tahu mengenai
'crank' walaupun ideologi politik mereka berbeda.
Namunbegitu, selain daripada melakukan aktiviti sukan umat Islam dan anda juga mesti mendapatkan pemakanan yang baik dan sihat.
Anda
juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan.
Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan
ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan. Hubungi/ sms saya ditalian 018 2523 474 atau watsapp di 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.
Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan
1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
3. Muscle Mass (jisim otot)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)
Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.
Post a Comment