blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Sukan Dalam Islam - part 1



Senaman dan sukan bukanlah sesuatu yang asing dalam agama Islam. Banyak hujah-hujah yang menyokong amalan senaman dan sukan dalam Islam oleh para sarjana Islam sejak sekian lama. 

Antara amalan orang Islam adalah SOLAT. Dan solat fardhu adalah wajib. Umat Islam menunaikan solat fardhu sebanyak 5 kali setiap hari. Solat Subuh (2 rakaat), Solat Zohor (4 rakaat), Solat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan Solat Isyak (4 rakaat). Manakala 'rakaat' pula adalah saat pelaku solat berdiri dan bertakbir serta setiap kali berdiri setelah sujud. Dan ramai pengkaji sains bersetuju bahawa pergerakan-pergerakan dalam solat itu juga merupakan senaman. Justeru, sehari sahaja umat Islam melakukan 17 rakaat solat fardhu.

Selain itu, terdapat juga amalan solat sunat. Solat sunat ini adalah amalan sembahyang yang tidak diwajibkan tetapi mendapat pahala sekiranya melakukannya dan tidak mendapat dosa sekiranya meninggalkannya. Ada pelbagai solat sunat. Diantaranya solat sunat sebelum solat fardhu atau solat sunat selepas solat fardhu. Maknanya, mereka boleh melakukan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu sekiranya seorang muslim itu mahu meningkatkan amalan dan pahala yang diperolehi. Namun begitu, bukan setiap solat fardhu dibolehkan solat sunat. Bahkan adalah diharamkan sebarang jenis solat sunat selepas Fardhu Suboh dan Asar. 

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:
1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan  sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk. 

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari. 

Persoalannya mengapa pengharaman solat waktu-waktu tersebut.
Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi SAW antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila  matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah SAW melarang seseorang mengerjakan sembahyang”

Selain itu, saya juga percaya bahawa waktu-waktu selepas Suboh dan Asar adalah waktu yang secara saintifiknya sesuai untuk manusia melakukan sebarang aktiviti berbentuk fizikal atau dipanggil sebagai senaman atau bersukan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini sudah pasti umat Islam akan berada dalam keadaan yang lebih sihat dan senantiasa bersedia sebagaimana takrifan 'kecergasan' oleh WHO. (sila click untuk baca)

Oleh sebab itu juga saya merasakan bahawa sukan dalam Islam digalakkan. Malah, umatnya disuruh untuk melakukan senaman senaman. Bahkan ada juga dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam terlibat dalam sukan sebagaimana Baginda Rasulullah S.A.W. yang menjadikan 3 acara yang mesti dipelajari umat Islam iaitu memanah, berkuda dan berenang. 

Namunbegitu, selain daripada melakukan aktiviti sukan umat Islam dan anda juga mesti mendapatkan pemakanan yang baik dan sihat.
Anda juga boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sukan dalam Islam, program pengurusan berat badan, nutrisi, kesihatan dan kecergasan. Selain itu, sekiranya anda/ organisasi ingin menjemput saya memberikan ceramah atau seminar berkaitan nutrisi, kecergasan dan kesihatan. Hubungi/ sms saya ditalian 018 2523 474 atau watsapp di 0192910304 atau email ke zackfisio@gmail.com.

Dapatkan segera PHYSICAL ASSESMENT PERCUMA yang akan dibuat untuk mendapatkan

1.% Body Fat (lemak dalam badan)
2. Body Water (air dalam badan)
3. Muscle Mass (jisim otot)
4. Metabolic Age (umur metabolik)
5. Bone Mass (jisim tulang)
6. Visceral Fat (lemak viseral)

Dengan cara yang cukup mudah dengan hanya 'click' poster dibawah ini.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019