blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Beli Basikal Baru Part 2 : Pilihan Specialized atau TREK?

< artikel part 1

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Semalam saya ada menulis mengenai bagaimana saya melakukan pelbagai rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli basikal saya yang seterusnya.

Saya juga turut berkongsi mengenai beberapa model basikal yang menjadi pilihan saya iaitu sama ada :

1. Specialized Stumpjumper Comp 29er 

2. TREK Superfly AL Elite

Kedua-dua model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, saya berada betul-betul dipersimpangan untuk membuat pilihan. Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan daripada beberapa rakan rapat. 






Sdr Abd Hakam merupakan salah seorang ahli kelab Splinter Cell Cycling yang sudah beberapa tahun berkecimpung dalam sukan MTB ini dan beliau merupakan pemilik Specialized bike Malaysia : Specialized Stumpjumper Comp 29er 2013. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa kepuasan atas pembelian basikal tersebut begitu mengujakan. Pengalaman manis beliau dengan prestasi model ini tidak mampu saya tepis. Sdr Abd Hakam juga menyatakan bahawa beliau sangat optimis bahawa basikal model ini mampu meningkatkan prestasi saya. Menurut sumber rujukan laman web yang membuat 'review' mengenai basikal-basikal terkini iaitu http://www.bikerumor.com/2012/07/16/2013-specialized-mountain-bikes-complete-overview-actual-weights/ berat basikal model ini adalah 24lbs 4oz atau lebih kurang 11.24 kg. Namunbegitu, menurut Sdr Abd Hakam, beliau mengambil keputusan untuk 'upgrade' groupset basikal ini. Hal ini kerana Stumpjumper Comp 29er Hard Tail ini menampilkan groupset campuran atau dipanggil sebagai ROJAK oleh kebanyakan 'riders'. 

Sdr Abd Hakam memberikan 'recommendation' tahap DEWA untuk mendapatkan basikal Specialized bike Malaysia : Specialized Stumpjumper Comp 29er ini. Hanya dengan menukar 'wheelset' atau set tayar dan rim standard kepada rim ZTR Crest dengan tayar Schwalbe model Rocket Ron Evo dan upgrade groupset kepada SRAM XO atau XX sudah pasti saya akan merasakan kepuasan mengayuh nanti.

Sdr Hafiz
Sdr Hafiz merupakan seorang pemilik basikal Trek Superfly AL Elite dan sudah mula menggunakannya sejak akhir Disember 2012. Beliau memberikan pandangan bahawa basikal model ini juga antara basikal yang terbaik yang pernah beliau miliki. memang saya perhatikan prestasi Hafiz meningkat sejak menggukan basikal model ini. Apatah lagi beliau sering 'upgrade' basikalnya saban hari terutama menjelang hari gaji. Kalau tidak basikal di upgrade sudah pasti akan ada aksesori pakaian yang dibelinya seperti glove, kasut dan sebagainya. Sdr Hafiz memberikan pandangan bahawa basikal model ini mesti dibeli kerana geometrinya yang sangat sesuai dengan saya berbanding basikal model lain. Dengan fork Fox sudahpasti memberikan kepuasan ketika menuruni bukit (downhill). Saya merasakan bahawa Hafiz sangat berpuas hati dengan pembelian ini. Selain itu, menurutnya lagi beliau membeli basikal ini daripada kedai BIKEQUEST yang terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen LRT Putra Taman Bahagia, Kelana Jaya. Bikequest merupakan pengedar sah basikal jenama TREK di Malaysia. 2 buah banglo dijadikan ruang pameran untuk pelbagai model basikal TREK sama ada MTB mahupun roadbike. 

KEPUTUSAN BELI BASIKAL
Selepas membuat pelbagai analisis daripada sudut prestasi, pengalaman sahabat-sahabat yang pernah memiliki model-model tersebut, berat, selengara dan sebagainya barulah saya membuat keputusan.

Dan keputusan saya adalah untuk membeli basikal Specialized Stumpjumper Comp 29er. Pada pandangan saya kedua-dua basikal ini boleh dikatakan mempunyai tahap prestasi yang seakan sama. Cuma yang membuat hati saya lebih tertarik adalah kerana Stumpjumper yang boleh didapati daripada Specialized bike Malaysia adalah kerana warna hitam mati atau 'matt black' yang agak ganas dan menggoda!!

Hari Isnin saya akan berkongsi pengalaman bagaimana saya membeli basikal idaman saya ini. Diharap agar sahabat-sahabat setia bersama dengan saya. Tunggu hari Isnin.

Selain itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, menurunkan berat badan atau ingin mengetahui bagaimana kecergasan mampu meningkatkan prestasi kayuhan anda bolehlah menghubungi saya atau watsapp/ sms di talian 0182523474.

Anda juga boleh terus mengisi butiran diri dengan 'click' gambar dibawah ini untuk mendapatkan ebook terkini saya.

                                                                                                                                                                                     baca part 3 >>>>



Tips Beli basikal part 1



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019