blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal (Part 3) : Kenapa Tidak Jadi Specialized?


Salam sejahtera kepada pembaca blog budiman. Beberapa hari lalu saya menceritakan pengalaman bagaimana saya mendapatkan maklumat sebelum membuat keputusan untuk membeli, menganalisis dan membuat pilihan basikal mana yang saya mahu. Dan akhirnya pada artikel part 2 saya telah memaklumkan saudara/i bahawa saya membuat pilihan untuk membeli Specialized Stumjumper Comp 29er.


Justeru, hari ini saya akan menulis bagaimana saya pergi ke Butik Specialized di Kota Damansara dan sepatutnya membawa pulang Stumpjumper Comp 29er. 

Tetapi TIDAK. 

Kenapa?


Pagi itu, 21 Ogos 2013 selepas membuat keputusan saya menghubungi seorang lagi sahabat saya kekanda Jakiko Samito selepas mengetahui bahawa beliau 'offday' pada hari tersebut. Saya minta beliau menjadi teman saya untuk ke butik tersebut. 

Selain daripada tips membeli basikal yang diberikan oleh beliau kepada saya, Jakiko adalah seorang 'rider' tegar sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau begitu aktif dalam sukan berbasikal sejak diperkenalkan oleh sahabatnya dahulu. Kasih dan sayangnya kepada kayuhan terbukti apabila anak-anak beliau dilatih sejak kecil untuk berkayuh sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Aidilina Adilla sekarang merupakan pelumba kebangsaan.


Selepas mengatur temujanji dengan Jakiko, saya mengambil beliau di Stesen LRT di Bukit Jalil. Kemudian, kami ke Petaling Jaya sebab Jakiko ada urusan yang peru diselesaikan sebelum kami ke Damansara.

BUTIK KONSEP SPECIALIZED 
Setiba di Butik Specialized di Kota Damansara, saya sangat teruja. Walaupun hati telah lama bertaut pada Stumpjumper Comp 29er bewarna hitam, saya juga cuba melirik mata kepada beberapa model lain. Ketika kami tiba di butik tersebut, staf butik sedang sibuk melayan pelanggan yang datang awal sebelum kami. Dan menambah girang hati saya bila pelanggan tersebut juga sedang membeli Stumjumper Comp 29er. Pelanggan tersebut datang dengan seorang lagi kawan pejabat beliau barangkali. Mereka berkemeja kemas dengan tali leher serta tali pinggang 'Armani Exchange'. Manakala, saya dan Jakiko hanya santai berseluar jeans dan berbaju kasual.

Setelah hampir 30 minit kami membelek model-model basil yang ada sendirian tanpa diberikan sebarang harapan, saya mula rasa diri saya tidak dihargai. Barangkali, kehadiran saya tanpa P.A. atau tidak berseluar slack atau mungkin kena parkir kereta mewah didepan kedai baru mahu dilayan sebagai 'potential customer'?


Kemudian, saya terpandang sebuah basikal Stumpjumper Comp 29er versi 'carbon' yang diperbuat dengan material carbon yang lebih ringan. Basikal itu diletakkan dibahagian atas rak. Dan memang agak susah untuk menurunkan basikal ini. Akhirnya, saya minta Jakiko tanya staf kalau-kalau kami boleh pegang, belek dan sentuh basikal itu. Lalu Jakiko pun minta perhatian staf yang ada. Salah seorang daripada staf minta kami naik ke Tingkat 2 kedai untuk tengok sendiri basikal itu. 

Kami pun naik tingkat 2 dan menyaksikan model carbon tersebut. Saya membuat beberapa perbandingan Stumpjumper Comp 29er aluminium beharga RM6999.00 dengan diskaun 10%. Manakala Stumpjumper Comp 29er Carbon beharga RM9999.00 juga dengan diskaun 10%. Ketika itu, saya merasakan pembelian basikal 'carbon' agak berbaloi kerana selama saya membuat pencarian basikal saya juga mendapatkan info mengenai basikal jenis 'carbon' juga. Dan purata  harga basikal baru versi 'carbon' adalah diantara RM12,000 ke atas. Dan dengan jenama Specialized saya hanya perlu membayar RM8,999.10 untuk mendapatkan basikal jenis carbon dengan jenama yang menang di Kejohanan Dunia. Ia agak berpatutan!


Waktu itu, hati saya bertambah girang untuk mendapatkan model carbon ini. Seegala tips membeli basikal yang diberikan oleh Bro Jakiko pada hari itu telah saya gunakan. Dan tersangat menginginkan basikal ini.

Namunbegitu, harapan itu akhirnya berubah selepas hampir 30 minit kami di tingkat atas itu langsung tidak diendahkan oleh staf. Saya mula rasa tidak selesa dengan layanan sebegini. Kemudian, saya kata pada Saudara Jakiko untuk beri sedikit masa lagi kepada butik ini sebelum membuat kebarangkalian lain. 

Akhirnya, selepas masa tambahan diberikan saya membuat keputusan untuk keluar. Mungkin kami dilihat sebagai sampah ketika itu dan saya membuat keputusan untuk ke Butik BIKEQUEST yang menjual basikal jenama TREK di Kelana Jaya. Saya kata pada Jakiko mungkin mereka terlalu sibuk waktu itu. Kita tinggalkan mereka dan nanti kita datanglah lagi waktu lain.



BUTIK BIKEQUEST


Bikequest terletak di No 72 & 74, Jalan SS 2/3, Kelana Jaya, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan stesen LRT Putra Taman Bahagia. Terdapat 2 buah banglo bewarna Merah dan Hijau yang dijadikan 'show room'. Banglo Hijau menempatkan basikal-basikal MTB dan Roadie keluarga lama. Dan Banglo Merah pula menempatkan pelbagai model-model terkini basikal TREK.

Selain daripada basikal TREK, Bikequest juga menjual basikal jenis fesyen 'chooper' yang di import khas daripada US. Basikal ini mempunyai peminat dan 'collectors' tersendiri. Menurut staf Bikequest sudah menjual hampir 16 buah basikal jenis ini sejak beberapa bulan yang lalu. Basikal jenis ini agak 'cool' dan kelihatan ranggi. Terdapat beberapa orang selebriti telivisyen tempatan memiliki basikal jenis ini.




Setiba kami disini, saya dan Jakiko disambut mesra oleh staf Bikequest. Tidak seperti layanan hambar ketika di Butik Specialized beberapa minit tadi. 

Baiklah para pembaca, saya berharap anda ikuti tulisan saya yang terakhir mengenai tips membeli basikal baru ini pada posting berikutnya. Ini kerana saya ada urusan lain untuk dibuat sekarang ini. Saya mohon maaf walaupun saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman dengan saudara/i. Pastikan esok bersama dengan saya pukul 2 petang.


Selain itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, menurunkan berat badan atau ingin mengetahui bagaimana kecergasan mampu meningkatkan prestasi kayuhan anda bolehlah menghubungi saya atau watsapp/ sms di talian 0182523474.




No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019