blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal (Part 4) : Cinta Pandang Pertama Trek Carbon Superfly Elite SL

<artikel part 3


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Semalam saya telah menceritakan bagaimana saya mengubah pendirian untuk memiliki sebuah basikal jenama Specialized Stumpjumper Comp 29er hanya kerana layanan tidak mesra di Kedai Konsep Specialized di Kota Damansara. 

Hari ini saya akan berkongsi pengalaman bagaimana saya akhirnya membuat keputusan membeli basikal jenama Trek pula. 

Bikequest Menghargai 'Potential Customer'
Setiba saya di Bikequest yang terletak bersebelahan dengan Stesen LRT Putra Taman Bahagia, saya disambut mesra oleh staf di sini sebagaimana setiap pelanggan yang datang. Saya lihat mereka memberikan layanan mesra tidak kira sesiapa sahaja yang datang. 

Layanan kelas A untuk semua tidak kira berseluar slack atau jeans. Bahkan ketika saya mula-mula masuk beberapa orang dilayan dengan baik sekali. Ironinya, mereka hanya berseluar pendek dan berselipar sahaja. Kemudian, saya disapa oleh En Wan Azzarudin Wan Mahmud atau lebih mesra dengan panggilan Abe Wan yang merupakan Pengurus disitu.

Beliau seorang yang peramah dan mudah memberikan pandangan mengenai keperluan dan kehendak saya serta memberikan banyak lagi tips membeli basikal baru yang lebih mendapat.



Abe Wan merupakan bekas pelumba peringkat kebangsaan semasa era 1980-90an. Beliau sezaman dengan pelumba negara M.Kumaresan dan mewakili Kelantan dalam beberapa acara. Selain itu, kehebatan Abe Wan terserlah dalam mengendalikan jentera basikal ini kerana beliau juga memiliki beberapa sijil kemahiran dan teknologi basikal daripada dalam dan luar negara.

Tidak hairanlah Abe Wan memberikan tips membeli basikal yang begitu mendalam sehinggakan beliau memperkenalkan saya mengenai beberapa anatomi part part yang lebih kecil tetapi memainkan peranan yang besar dalam kayuhan nanti.

Kepercayaan beberapa pasukan antarabangsa semasa Le Tour De Langkawi beberapa tahun dulu melantik beliau sebagai Chief of Technical untuk pasukan mereka membuatkan saya lebih yakin dengan tips yang diberinya. Bahkan kami juga berbicara mengenai Sains Sukan seperti apa itu ATP (adenosine-tri-phosphate), bagaimana otot membantu kayuhan jarak jauh dan sebagainya. Nampaknya, pengetahuan beliau dalam bidang sukan ini bukan hanya terbatas dengan basikal semata-mata. Sebaliknya, beliau juga memahami konsep Sains Sukan. 

 

Selepas saya dilayan bagaikan Raja Muda di Bikequest yang menjadi pengedar sah basikal jenama Trek keluaran U.S. di Malaysia membuatkan saya tertarik untuk membeli disini. Peringkat awal cadangan saya adalah untuk membeli basikal Trek Superfly Elite AL yang berharga RM 6+++ yang mempunya spesifikasi kurang lebih seperti Specialized Stumpjumper Comp 29er. 



Aksesori basikal Trek dibuat oleh pengeluar aksesori Bontrager. Ia adalah buatan U.S. daripada sudut geometri, saya melihat basikal ini sangat sesuai dengan ketinggian dan kekuatan saya. Setelah mengambil sedikit masa untuk melayari internet mengenai tips membeli basikal jenama Trek yang lebih baik, saya percaya pilihan ini adalah tepat untuk kayuhan.

Basikal Carbon: Cinta Pandang Pertama
Saya lihat terdapat banyak basikal jenama Trek Mountain Bike di Bikequest. Rambang mata saya dibuatnya. Pelbagai peringkat dan jenis ada. Daripada pengguna 'BEGINNERS' hingga yang paling HIGH END. Berharga dari RM2000 dan ke atas.



Semasa melihat beberapa model basikal Trek Mountain Bike saya dibawa Abe Wan untuk melihat sebuah basikal 'Carbon' model Superfly Elite SL yang katanya perlu dijual segera untuk habiskan stok. Saya jatuh cinta pandang pertama semasa melihat basikal tersebut. Kelembutan pembikinannya membuatkan hati saya tertarik. Selain itu, groupset Shimano XT termasuk sistem breknya juga menjadikannya lebih menarik. Fork Musang (Fox) menjadikan basikal ini idaman semua orang. Selepas timbang berat standardnya tanpa 'paddle' adalah 9.80 kg terus saya tanya berapa harga? Abe Wan melihat tag harga di basikal dan memaklumkan kepada saya bahawa basikal itu beharga sekian.



Kemudian, saya minta Jakiko Samito untuk memberikan pandangannya mengenai basikal jenis 'carbon' kerana beliau juga menggunakan basikal 'carbon' Scott 26er. Jakiko beritahu saya bahawa basikal jenis 'carbon' bukan mudah patah sebagaimana yang didakwa oleh ramai orang. Kecuali hentakan yang begitu kuat dan persolannya buat saya berapa laju saya sehingga punya potensi mahu jatuh sebegitu rupa?

Sebelum saya berkongsi sama ada saya beli atau tidak Trek Mountain Bike ini, mari kita lihat spesifikasi basikal dahulu.

SUPERFLY ELITE SL
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web ini http://www.trekbikes.com/us/en/bikes/mountain/cross_country/superfly/superfly_elite_sl



Frameset
Frame
OCLV Mountain Carbon, removable Carbon Armor, E2 fully integrated tapered head tube, BB95 bottom bracket, internal cable routing, MicroTruss, balanced post mount, Closed Convert dropouts
Front suspension
Fox Factory Series 32 Float Terralogic damper, rebound, E2 tapered steerer, custom G2 Geometry w/51mm offset, 15QR thru axle, 100mm travel

Sizes
15.5, 17.5, 19, 21, 23"

Wheels
Wheels
Bontrager Race Lite Tubeless Ready Disc, 15mm front hub, 142x12mm rear hub
Tires
Bontrager 29-1 Team Issue, 29x2.0"

Drivetrain
Shifters
Shimano Deore XT, 10 speed
Front derailleur
Shimano Deore XT
Rear derailleur
Shimano Deore XT Shadow Plus
Crank
Shimano Deore XT, 38/26
Cassette
Shimano XT 11-36, 10 speed

Components
Saddle
Bontrager Evoke 3, titanium rails
Seatpost
Bontrager Rhythm Elite, 27.2mm, zero offset
Handlebar
Bontrager Race X Lite Carbon Low Riser, 31.8mm, 5mm rise, 9 degree sweep
Stem
Bontrager Race X Lite, 31.8mm, 7 degree
Headset
FSA IS-2C, E2
Brakeset
Shimano Deore XT hydraulic disc brakes
Accessories
Grips
Extreme Racing Chunky
Extras
Trek fork sag meter


Weight
9.8 kg

Harga
US$ 5,089.99 (mengikut laman web rasmi TREK)

Justeru, adakah saya membeli basikal ini atau tidak? 
Ikuti finale siri ini pada pada link di bawah.


Selain itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, menurunkan berat badan atau ingin mengetahui bagaimana kecergasan mampu meningkatkan prestasi kayuhan anda bolehlah menghubungi saya atau watsapp/ sms di talian 0182523474.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019