blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal Baru Part 5 (Finale) : Trek Carbon Superfly Elite SL


Salam bahagia semua pembaca. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat dan anda semua yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada laman blog ini. Ada diantara pembaca yang menghantar pelbagai soalan berkaitan kecergasan berbasikal, cadangan nutrisi sukan terbaik dan sebagainya. 

Ada juga diantara mereka yang bertanya mengenai bagaimana mahu menurunkan berat badan selepas mereka berkayuh hampir setahun tapi berat badan tidak pun turun. Dan banyak lagi persoalan lain berkaitannya. Namunbegitu, saya tidak akan menulis berkaitan perkara tersebut dalam 'posting' ini sebab sudah banyak artikel lain berkaitan saya tulis di sini : http://www.zackzaihan.com.my/p/blog-page.html

Sebaliknya, hari ini saya akan menumpukan tulisan saya kepada tips membeli basikal baru dan keputusan untuk membeli basikal Trek Carbon Superfly Elite SL di butik Trek Malaysia BIKEQUEST.

Basikal ini sangat ringan dan sesiapa sahaja akan teruja dengan kelembutan pembuatannya. 



Groupset Shimano XT adalah antara yang terbaik terutama sistem breknya. Kelembutan Trek Malaysia Trek Superfly Elite SL ini dalam menukarkan setiap pacuan 'gear' sangat memuaskan. 






Melalui tips membeli basikal yang diberikan oleh Abe Wan, fork merupakan elemen yang sangat penting dalam sukan MTB. Ini kerana faktor keselesaan ketika mengayuh MTB adalah berdasarkan kepada fork.

Fork FOX  Float 32 adalah antara pembuatan FOX yang terbaik daripada kilangnya. Justeru, saya sangat percaya fork ini mampu membantu saya mendapatkan kepuasan dalam menunggang jentera ini semasa 'offroad' nanti.



Manakala beberapa aksesori basikal ini juga didatangkan dengan material 'carbon' seperti 'handle bar', 'seat post' dan 'stem'. Kesemuanya buatan jenama 'Bontrager'. Aksesori berkaitan lain juga ada dijual di Trek Malaysia BIKEQUEST ini.




Selain itu, melalui tips membeli basikal yang diberikan oleh seorang sahabat saya yang juga bekas rider Sdr Eddie Nurshamshidi, 'wheelset' basikal ini pun adalah diantara yang terbaik buatan Bontrager. Ianya langsung tidak berat walaupun ianya masih dalam kategori 'standard'. Dan ianya kategori siap sedia untuk 'tubeless'.




Selepas membelek dan membuat analisis ketika itu saya terus bersetuju untuk membeli basikal ini. Dan pembelian ini adalah sangat berbaloi. Ia bukanlah suatu keputusan yang saya buat hanya kerana saya kecewa dengan Specialized. Tetapi, basikal Trek Superfly Elite SL yang dibeli daripada Trek Malaysia BIKEQUEST ini memang layak untuk diberikan keutamaan. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Gary Fisher yang telah bersama TREK sejak daripada awal pembuatannya dahulu.




Selepas membuat keputusan itu, Abe Wan pun terus minta stafnya untuk mempersiapkan basikal tersebut untuk saya bawa pulang. Ketika itu jam sudah hampir 6.30 ptg. Staf Bikequest memastikan basikal dalam keadaan sangat bersedia supaya tiada masalah akan saya hadapi. Kemudian, saya dibawa untuk 'fitting' supaya basikal dalam keadaan sesuai untuk dikayuh berdasarkan fizikal saya.





Selepas basikal bersedia dan 'fitting' pun sudah, saya diminta oleh staf teknikal Bikequest untuk mencuba mengayuh untuk pastikan 'setting'nya adalah yang terbaik. Selepas saya mencuba 1 pusingan sekitar Bikequest, saya dapati basikal ini memang BELIAN YANG BERBALOI dan saya berharap ia akan menjadi jentera paling baik yang pernah saya kayuh selama ini.

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memberikan pelbagai pandangan khususnya Jakiko, Hakam, Hafiz, Abe Wan, Saiful, Saari Gaateh dan lain-lain lagi. Pandangan kalian amat saya hargai.

Selepas ini, anda ikuti tulisan saya tentang pengalaman-pengalaman saya berkaitan basikal ini akan dicoretkan setiap minggu di http://www.zackzaihan.com.my/p/salam-sejahtera-kepada-pembaca.html

Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan pembaca yang budiman. Ketabahan anda dalam mengikuti tulisan saya mengenai basikal ini amat saya hargai. 

Untuk makluman anda, artikel ini ditulis pada tahun 2013.

Sekarang, tahun 2018 saya telah pun membeli sebuah lagi basikal MTB lain dengan cara customed bernilai kira-kira RM23k.


Video bagaimana saya customed MTB baru pada Julai 2016.

Selain itu, anda boleh membaca dengan klik link ini:







No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019