blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Bagaimana Kuatkan Otot Berbasikal : Siri 1 Pengenalan

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Hampir seminggu saya tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog ini. Hari ini saya begitu teruja untuk memulakan siri tulisan mengenai otot dan senaman yang sesuai untuk menambah kekuatan dan kecergasan dalam sukan tertentu khususnya berbasikal, bolasepak, badminton dan lain-lain.

Siri ini akan saya mulakan dengan otot dan senaman dalam sukan berbasikal.

Tahukah anda bahawa ada beberapa otot dan senaman dalam sukan berbasikal utama yang menjadi tunjang kepada pergerakan dalam berbasikal.

Saya suka untuk bahagikan kepada 2 kumpulan otot (otot dan senaman dalam sukan berbasikal)  iaitu otot bahagian Bawah (lower body) dan otot bahagian Atas (upper body).

Otot Bahagian Bawah (lower body)



Kumpulan 0tot ini bermula daripada bahagian pinggang ke bawah. Dalam matapelajaran anatomi (berkenaan fizikal hidupan termasuk otot, urat saraf, tulang-temulang, 'soft tissue' dan 'hard tissue'. Dalam anatomi bahagian depan badan dipanggil (anterior) dan belakang pula dipanggil (posterior).

Di bahagian depan kaki (anterior) terdapat 2 kumpulan otot utama iaitu Quadriceps (peha depan) dan Tibialis Anterior (otot tulang keting).

Manakala di bahagian belakang kaki (posterior) pula terdapat 3 kumpulan otot penting iaitu Hamstrings (peha belakang), Glutes (kumpulan otot di bontot/ punggung) dan Gastrocnemius (otot betis/ calves).

Selain itu, terdapat otot yang sangat penting dalam menggerakkan pergerakan kayuhan yang barangkali ramai yang selalu lupa kerana otot ini berada di sebelah dalam kumpulan otot-otot besar ini. Otot itu adalah 'illiopsoas'.
Otot berwarna merah seperti dalam gambarajah di atas adalah kumpulan otot 'illiopsoas' yang bermula (origin) melekat pada tulang belakang dibahagian pinggang (L2, L3) dan berakhir di kepala tulang peha (tulang femur). Otot ini menarik tulang peha (femur) untuk menggerakkan peha ke atas dan ke bawah. Bagi ramai pengkaji sains sukan percaya bahawa otot ini adalah sangat penting dalam sukan seperti berbasikal, futsal, bolasepak dan kebanyakan sukan yang berteraskan kaki. Justeru, mengetahui cara regangan otot ini serta program 'bebanan' dan kecergasan untuk otot ini akan memberikan manfaat yang baik kepada prestasi anda dan paling penting mengurangkan risiko untuk kecederaan.

Otot Bahagian Atas (Upper Body)
Kesemua otot yang bertanda denga warna biru adalah antara otot-otot besar di bahagian depan Upper body. Kebanyakan jurulatih sukan berbasikal atau bolasepak merasakan bahawa otot-otot ini tidak perlu diberi perhatian. Dan mereka mengabaikan program untuk memastikan otot-otot ini juga bersedia. Otot-otot di bahagian atas badan (upper body) juga sama penting seperti otot-otot yang khusus untuk sukan tertentu seperti bolasepak dan berbasikal. Atlet atau 'rider' basikal akan berhadapan dengan masalah seperti lenguh penggang, badan sakit ketika berkayuh jarak jauh 'long distance'.

Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa persiapan menguatkan otot bahagian bawah (lower body) dan atas (upper body) adalah sama penting. 

Jangan lupa ikuti tulisan saya berikutnya akan mengkhusus tentang otot, cara regangan (stretching) dan senaman untuk menguatkan otot tersebut. Ia akan ditulis secara bersiri mengikut otot-otot tersebut.

Untuk memastikan otot anda dalam keadaan sentiasa sedia pastikan mendapatkan makanan dan nutrisi yang baik. Manakala, sekiranya anda berhadapan dengan masalah cramp ketika berkayuh, bermain bolasepak dan seumpamanya bolehlah mendapatkan Formula 1 segera. Saya gerenti anda tidak akan lagi mendapat masalah seperti anda hadapi. 

Cuma 2 minit penyediaan. Ambil 20-30 minit sebelum kayuhan atau bersukan atau bersenam; anda dijamin bebas kejang 'cramp', kenyang, segar dan bertenaga.

Hubungi, sms/ watsapp : 0182523474 untuk maklumat lanjut.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019