blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Bagaimana Kuatkan Otot Berbasikal : Siri 2 Otot Mana Dulu?

Salam sejahtera semua. Semoga saudara/i memperoleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

Saya telahpun membuat keputusan untuk menulis tentang bagaimana cara untuk menguatkan otot untuk sukan berbasikal. Ia bertujuan untuk memberikan informasi kepada para pengayuh atau 'rider' samada MTB atau 'roddie' mengenai aspek kecergasan. Ia dijangka dapat membantu pembaca untuk menguatkan kondisi fizikal supaya saudara/i tidak berhadapan dengan masalah berkayuh seperti lenguh kaki, peha tidak kuat, sakit pinggang/ belakang, kejang otot betis dan sebagainya.

Ia akan ditulis secara bersiri. 

Sebelum saya menulis dengan lebih mendalam mengenai otot dan senaman yang sesuai untuk otot tersebut, eloklah kalau saya memberikan sedikit penerangan yang saya kira penting sebelum saudara/i memulakan program menguatkan otot untuk khusus sukan berbasikal iaitu "OTOT MANA YANG PERLU DIUTAMAKAN UNTUK SUKAN BERBASIKAL?"

Kalaulah saya diambil oleh pasukan saudara/i atau dilantik menjadi penasihat kecergasan peribadi anda, sudah tentu saya akan menyediakan program kecergasan mengkhusus untuk menguatkan otot yang terlibat dalam sukan berbasikal. Dan program tersebut akan mengikut keutamaan otot yang penting dan besar 'major muscles'.

Justeru, saya mengambil kesempatan dalam SIRI2 ini untuk memudahkan para pembaca memahami tentang otot manakah yang perlu diutamakan seperti berikut:
  1. Kuatkan Otot Bahagian Tengah badan (core muscles)
  2. Kaki Atas (upper leg)
  3. Kaki Bawah (lower leg)
  4. Bahagian Atas Badan (upper body)

1. Kuatkan Otot Bahagian Tengah Badan (Core Muscles)


Otot bahagian ini sangat penting sebelum memulakan bahagian lain. Ia menjadi tunjang kepada program kecergasan mana-mana sukan. Menguatkan otot bahagian ini sangat diutamakan kerana ia dikatakan sebagai teras kepada ketkuatan badan seseorang manusia. Anda akan berhadapan dengan masalah tidak seimbang atau 'non balance' sekiranya anda menguatkan otot bahagian lain dahulu tanpa bahagian 'core' ini. Ia ibarat 'piling' sebelum membina bangunan.

Ia melibatkan bahagian depan dan belakang.

a. bahagian depan 'core muscles'

b. bahagian belakang 'core muscles'


2. Kuatkan Kaki Atas (upper leg)
Disebabkan sukan berbasikal berteraskan otot kaki, maka senaman untuk menguatkan otot di kaki mesti juga menjadi keutamaan. Akan tetapi mengikut prinsip latihan kecergasan ia mestilah selepas menguatkan otot bahagian tengah (core muslces).

Otot-otot terlibat adalah:

a. peha depan (quadriceps)  

b. peha belakang (hamstrings)


3. Kuatkan kaki bawah (lower leg)
Bahagian otot ini adalah bermula daripada lutut ke bawah. Ia melibatkan otot betis (gastrocnemeus), otot tulang keting (tibialis anterior) dan otot di bahagian pergelangan kaki (ankle) dan tapak kaki (plantar)

Walaupun otot bahagian bawah kaki ini agak kurang digunakan, namun ia masih perlu mendapat perhatian para riders. Ini kerana otot betis atau nama saintifiknya 'gastrocnemeus' adalah otot yang paling kerap mendapat kejang atau 'cramp' ketika berkayuh. 



Selain itu, otot bahagian tapak kaki (plantar) juga menjadi nadi utama dalam kayuhan jangka panjang iaitu 30km ke atas. Ini kerana jika bahagian otot ini tidak dikuatkan dengan baik boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti kejang, lenguh tapak kaki dan sebagainya. Tentu ada dikalangan anda yang pernah berhadapan dengan masalah ini? Jika ada, maknanya otot tapak kaki anda perlu perhatian!!


4. Menguatkan otot bahagian atas badan (upper body)
Selepas menguatkan otot dibahagian 'core' kemudian di bahagian kaki atas dan bawah. Seterusnya, anda digalakkan untuk memperkuatkan otot di bahagian atas badan (upper body). Ini sebagai jaminan untuk memastikan kayuhan anda kuat dan bertenaga khususnya yang berkayuh di jalanraya 50km keatas atau kayuhan di 'offroad' 20km keatas.
Ia menjadi penting sebagai membentuk keseimbangan fizikal walaupun sukan berbasikal dikatakan melibatkan kaki sahaja. Tetapi sebenarnya otot tangan, leher, bahu dan lain-lain juga berperanan dalam sukan berbasikal ini. 


Justeru, mengabaikan otot bahagian atas badan (upper body) akan menyebabkan anda kehilangan keseimbangan kekuatan dalam kayuhan.

Kesimpulan
Saya dengan tegas mengatakan sebelum anda menguatkan otot-otot lain pastikan otot bahagian tengah (core muscles) anda sedia. 

Selain itu, pastikan anda mendapatkan nutrisi Herbalife untuk membantu meningkatkan prestasi kayuhan dan menguatkan otot. Produk ini telah digunakan oleh ramai atlet-atlet bertaraf dunia termasuk Cristiano Ronaldo (pemain bolasepak). Selain itu, ramai atlet-atlet triatlon khususnya di US yang menggunakan Herbalife untuk membantu memberikan tenaga tambahan dan ketahanan tenaga jangka panjang.

Dan tidak terkecuali jaguh berbasikal yang telah mengharumkan nama negara iaitu Azizulhasni Awang juga menggunakan Herbalife.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana HERBALIFE boleh meningkatkan prestasi kayuhan dan menguatkan otot anda boleh menghubungi / watsapp / sms saya 0182523474.
(click gambar)

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019