blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Jamboree: GEMPAK HYPERTREX RAMPAGE Bakal Gegar Dengkil



Salam sejahtera, minggu lepas saya agak sibuk lantaran itu tidak ada posting dalam blog ini. 

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menyertai TEST TRAIL untuk jamboree akan datang iaitu GEMPAK HYPERTREX RAMPAGE yang akan berlangsung pada 22 September 2013.

Mula awal pagi itu kami berkumpul di Pekan Dengkil. 

Setibanya saya di situ masih ada yang baru sampai dan tidak kurang pula yang sudah siap siaga lengkap berpakaian. Kelihatan beberapa sahabat yang sedang menyiapkan basikal. Ada yang sedang 'pump' angin, ada juga yang mengambil kesempatan memperbaiki rantai dan sebaginya.

Suasana di Medan Selera Pekan Dengkil ketika itu dingin dan tidak panas. Jam hampir 9.00 pagi. Hampir 30 orang 'riders' semuanya. Ada beberapa orang teman yang bersarapan. Untuk peserta dan ahli keluarga pada hari jamboree nanti bukanlah suatu masalah untuk makanan sebab memang banyak gerai dan restoran halal di pekan Dengkil ini.

Setelah semuanya bersedia kami memulakan kayuhan. Ada 'riders expert dan beginners'. Ada yang tua dan yang muda. Ada 'Opah' dan cucu turut berkayuh.

Trail GEMPAK HYPERTREX RAMPAGE kayuhan cukup cantik. Permandangan merangkumi pelbagai keindahan alam. Memasuki Wetland Dengkil memang mengujakan apabila melihat kelibat ibu 'hyppo' dan anaknya. Lebih mengasyikkan apabila buaya-buaya berenang-renang dalam kolam yang besar. Diberitakan buaya ini diberi makan seminggu sekali iaitu setiap hari Ahad jam 10.00pg hingga 12 tgh hari. Jadi, sesuailah kalau peserta-peserta yang ingin membawa ahli keluarga. Mereka boleh berpiknik sambil menyaksikan buaya dan pelbagai haiwan lain.

Kemudian seteah itu peserta akan berkayuh pula memasuki denai-denai yang bersebelahan dengan tasik-tasik besar dan kecil. Kemudian, kayuhan di tanah merah rata cukup mengembirakan bagi mereka yang gemar berkayuh di muka bumi landai. Bagi rider yang kuat pastinya kayuhan di peringkat kelajuannya sekitar 38-45 km/h.

Selepas itu, peserta akan mula melalui jalan-jalan sukar dan mencabar. Ada bukit kecil dan tinggi. Ada mendaki jalan raya dan banyak juga mendaki di 'single trail'. Di 40% terakhir adalah jalan-jalan yang semakin mencabar.

Justeru, saya membuat keputusan untuk menyertai kayuhan ini walaupun pada mulanya saya tidak ingin menyertai mana-mana jamboree lantaran sudah hampir 4 bulan tidak berkayuh sejak sebelum PRU13 yang lalu. Dan saya menggalakkan kawan-kawan untuk turut serta jamboree GEMPAK HYPERTREX RAMPAGE ini. 

Berikut adalah butiran mengenai Jamboree:

BERMULA/TAMAT 

Ruang Legar Medan Selera MPSp Dengkil, Sepang

Pada : 22 September 2013
Jam : 8.30 (Flag Off)

KATEGORI/HADIAH

(A) JUNIOR 12 tahun – 18 tahun
1st – RM200.00; 2nd – RM100.00;
3rd – RM50.00; 4th - 10th RM20.00


(B) WOMEN OPEN 18tahun keatas
1st – RM300.00; 2nd RM200.00;
3rd RM100.00; 4th – 10th – RM50.00


(C) MEN OPEN 19 tahun – 29 tahun
1st – RM300.00; 2nd – RM200.00;
3rd – RM150.00; 4th – RM100;
5th - 10th - RM50.00

(D) MEN JUNIOR MASTER 30 tahun - 39 tahun
1st - RM300.00; 2nd - RM200.00;
3rd - RM150.00; 4th - RM100.00;
5th - 10th - RM50.00.

(E) MEN SENIOR MASTER 40 tahun keatas
1st – RM300.00. 2nd – RM200.00.
3rd – RM150.00. 4th – RM100.00
5th-10th – RM50.00.




CABUTAN BERTUAH
Akan dikemaskini dari semasa kesemasa

JANGKAAN PENYERTAAN

1,000 peserta untuk semua kategori

Peserta disertakan T-shirt , Medal & Lain2 lagi.

LALUAN

(tentatif)
Sepanjang 40KM++
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
SHAMSUDIN HJ ITHNIN 0102117755 (Uncle Sam)
ZAM MOHAMAD 01126282670
HISHAM AHMAD BADRI 0173226961
ANNUAR SALEHAN 0129783978
MARZUKI MUSTAFFA 0173314589
HAITSAN KNR 0172478532


Tarikh Tutup : 1st September 2013
Yuran Penyertaan RM50.00
Akaun No CIMB : Rezada Flora 12560000295102

Untuk 'Register' sila ke :-
Link ke blogspot > http://www.hypertraxmalaysia.blogspot.com/

Sila email gambar 'Payment Slip' selepas bayaran ke:-
Email Add : gempakhypertrax@yahoo.com.my

HOTEL DAN CHALET UNTUK PESERTA LUAR KAWASAN
PESERTA-PESERTA DARI LUAR KAWASAN PROGRAM ADALAH DINASIHATKAN MENGHUBUNGI HOTEL SERTA CHALET BERIKUT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN:

HOTEL DALAM LINGKUNGAN 1 KM DARI TAPAK PROGRAM

LANGIT-LANGI HOTELS SDN BHD.,
No.7A, 7B & 7C Jakan Deluxe,
Pusat Perdagangan Deluxe,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor.
Tel: 03-87680542/03-87680659.
WEB: www.kss.kom.my
Kadar: RM69.00 – RM97.00 satu malam.

HOTEL SEPANG
No.60 Jalan Cyber Vallley 1B/3,
Cyber Valley Commercial Centre,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor.
Tel: 03-87686088. Fax 03-87686069. Email: hotelsepang@yahoo.com
Kadar : RM60.00 – 95.00 satu malam.

HOTEL FOONG INN,
29A Jalan Timah 1, Taman Timah,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor.
Tel: 03 – 87689877. Fax: 03-87687833.
Kadar: RM48.00 satu malam.

SAI HOLIDAY HOTEL,
NO. 32 Tingkat 1, Jalan Cyber Valley 1B/1.
Cyber Valley Commercial Centre,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor.
Tel: 016-6082888/016-6088887 FaX: 03-8500406.
Kadar: RM65.00 – RM120.00 satu malam.

D BOUTIQUE HOTEL
G08 Jalan Dengkil Centre Poimt, Taman Dengkil Centre Point,
43800 Dengkil, Sepang, Selangor.
Tel: 03-87687188. Fax 03-87686288. Email: reserve@dboutiquehotel.com.www.dboutiquehotel.com
Kadar: RM98.00 – RM148.00 satu malam.

CHALET 5 KM DARI TAPAK PROGRAM

PAYA INDAH WETLAND

Difahamkan kemudahan chalet dan asrama disini tinggal beberapa buah sahaja lagi. Yang memerlukan sila tempah awal.

Sila klik disini untuk maklumat:

http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/aktiviti/ekopelancongan/96-paya-indah-wetlands-dengkil-selangor
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/aktiviti/ekopelancongan/96-paya-indah-wetlands-dengkil-selangor - See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.85so5MyA.dpufhttp://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/aktiviti/ekopelancongan/96-paya-indah-wetlands-dengkil-selangor - See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.85so5MyA.dpuf
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/aktiviti/ekopelancongan/96-paya-indah-wetlands-dengkil-selangor

- See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.gapT6IeD.dpuf
http://www.kss.kom.my/
www.kss.kom.my




Memang menyeronokkan dan mengujakan. Ada jalan yang senang dan ada yang mencabar.

Trail ini sesuai untuk 'begginers sehingga expert'.

Trail bertambah mencabar selepas 60% menuju penamat.

kepada kawan-kawan yang belum mendaftar saya nasehatkan segerakan daftar kerana ianya terhad.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019