blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Berbasikal: Bukan Lagi Hobi

Salam sejahtera semua pembaca yang budiman. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman pastikan memandu dengan berhati-hati. Jangan cuai. Pastikan rumah berkunci dan maklum pada jiran tetangga yang tidak balik kampung.

Hari ini saya akan menulis mengenai mengenai aktiviti berbasikal bukan hanya sekadar hobi kerna ia lebih daripada itu.


Kehidupan masyarakat moden yang semakin terancam dengan kehadiran gajet elektronik seperti komputer tablet, ipad, smart phone, remote control dan lain-lain menjadikan manusia semakin kurang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Ini secara tidak langsung mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit berkaitan jantung (heart related diseases) antaranya penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Apabila penyakit-penyakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kematian, maka, selepas itu sahaja ahli dalam masyarakat mula mencari penawar dan mujarobat. Klinik-klinik dan farmasi bagaikan kedai serbaneka. Pelbagai dadah diperlukan untuk memenuhi tuntutan dan keperluan mereka yang mula bergelar pesakit.

Selepas berdekad orang Malaysia terikat dengan obatan farmaseutikal mahupun jampian tradisional, akhirnya mereka baru nampak bahawa segala penyakit itu lebih mudah untuk menghindari daripada mengubatinya. "prevention is better than cure"

Ungkapan tersebut menjadi ayat paling popular walaupun di klinik-klinik swasta yang membuat keuntungan daripada jualan ubat dan servis dokternya. Atas kesedaran itu juga, masyarakat mula menyelidiki bahawa cara terbaik untuk 'prevention' adalah dengan melaksanakan 2 perkara iaitu amalan pemakanan yang sihat dan senaman berterusan.

Pemakanan Sihat (Healthy Nutrition)

Sebagaimana semua sedia maklum bahawa makanan berlebihan merupakan punca utama pelbagai jenis penyakit. Sakit jantung, tekanan darah tinggi, gout/ sendi, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya adalah berpunca daripada cara pemakanan tidak sihat. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan makanan atau sumber nutrisi yang baik dan tidak berlebihan. Kurangkan makanan yang berlemak dan manis. Makan makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin yang seimbang. Tetapi, saya selalu mendapat soalan-soalan berkaitannya iaitu "bagaimana mahu pastikan sesebuah hidangan itu seimbang dan mengikut keperluan badan?"



Jawapan untuk menjawab soalan itu adalah sangat subjektif dan agak susah untuk dijawab secara umum kerana setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza mengikut fisiologi individu. Setiap individu memerlukan kalori-kalori daripada makanan tersebut berdasarkan kepada tahap penggunaan tenaga harian mereka. Dan tenaga yang digunakan setiap hari pula bergantung kepada cara hidup dan kerja setiap individu-individu ini. Sama ada mereka menggunakan susuk fizikal untuk bekerja seperti buruh binaan dan berkaitan memerlukan kalori yang banyak setiap hari kerana dasar pekerjaan mereka. Atau ada diantara mereka yang memerlukan kalori yang banyak juga walaupun mereka bekerja sebagai eksekutif. Ini kerana mereka melakukan senaman.

Justeru, sebagai seorang yang berpengalaman berhadapan dengan pelbagai individu, pasukan, produk-produk kesihatan di pasaran; saya secara ikhlas mencadangkan saudara/i hanya 2 cara untuk mendapatkan kalori daripada makanan mengikut keperluan
1. Makan mengikut jadual pemakanan (rujuk aritkel
2. Mengambil set nutrisi HERBALIFE (bagi saya ia cukup mudah disediakan dan terbukti berkesan dalam membekalkan kalori dan tenaga kepada saya tanpa perlu mengambil berlebihan). Pengambilannya boleh dipelbagai mengikut keperluan seperti untuk menurunkan berat badan atau untuk menjadi pembekal tenaga untuk acara sukan seperti futsal, berbasikal, 'jogging', senaman bebanan di gimnasium dsb.

 (sila hubungi / sms / watsapp 0182523474 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana HERBALIFE boleh membantu anda)

Senaman Berterusan (Frequent Exercise)




Aturlah jadual anda dengan sekurang-kurangnya 2-3 kali senaman seminggu. Anda boleh pilih acara apa yang anda suka sama ada berbasikal, futsal, badminton, 'jogging', senaman bebanan di gimnasium dan sebagainya. Setiap sesi sekurang-kurangnya 30 minit ke 2 jam.

Dimasa ini pelbagai acara sukan dan fasiliti ada di serata Malaysia yang boleh anda pilih. Dan saya rasa sukan berbasikal adalah yang paling popular masa ini. Lebih kurang 10 tahun lepas masyarakat mula mendekati sukan berbasikal. Dan ia menjadi semakin digemari pada 3 tahun lalu. Dan sukan berbasikal ini semakin menjadi 'trend' dalam masyarakat di bandar-bandar besar. Sebuah basikal di setiap 10 rumah cukup untuk membuktikan purata 10% masyarakat Malaysia sudah mula berbasikal.

Selain itu, kebanjiran kedai-kedai basikal yang mula beroperasi di taman-taman perumahan atau di pekan-pekan membuktikan permintaan terhadap basikal juga meningkat.



Masyarakat Malaysia yang dahulunya menganggap bahawa berbasikal merupakan sekadar hobi kini sudah bertukar kepada 'lifestyle'.

Misalnya, sebahagian besar masyarakat merasakan sesiapa yang tidak berbasikal 'tak cool'. Bila menziarahi rumah sahabat handai dan mendapati rumah rakan itu ada basikal maka tuan rumah dilihat sebagai mengikut 'trend' semasa.

Jadi, bolehlah saya simpulkan bahawa di zaman moden ini berbasikal bukan sekadar hobi tetapi ia sudah menjadi 'trend' dan 'lifestyle'.






No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019