blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Pengalaman Menggunakan Polar RC3 GPS BIKE Sangat BERBALOI

Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman dan sentiasa 'supportive'. Saya mendapat banyak soalan daripada sahabat-sahabat semua mengenai siri BAGAIMANA KUATKAN OTOT BERBASIKAL yang terhenti seketika sejak selepas Raya Aidiladha minggu lepas. Insyaallah siri tersebut akan disambung beberapa hari lagi. Hal ini kerana bebanan kerja selepas Raya Korban tempohari. Saya mohon sejuta kemaafan kerana itu. Jadi, untuk mengubat kerinduan tersebut pagi ini saya bercadang untuk berkongsi dengan saudara/i mengenai Pengalaman Kayuh Basikal dengan jam Polar RC3 GPS.

Apa Dia Jam Polar RC3 GPS?
Polar merupakan satu jenama yang sangat terkenal sebagai pengeluar terawal jam yang dapat membaca denyutan jantung (heart rate). Sila rujuk tulisan saya mengenai 'Kadar Denyutan Nadi Latihan atau Training Heart Rate Zone'.

Mengetahui kadar denyutan nadi (heart rate) anda adalah sangat penting khususnya semasa melakukan aktiviti melibatkan 'kardiovaskular'. Hanya melalui bacaan nadi ini sahaja anda akan tahu sejauh manakah kadar intensiti latihan anda. 

Persoalan saya cukup mudah ; 
1. Bagaimanakah anda mengukur tahap prestasi kayuhan anda?

2. Apakah sekadar merasakan anda lebih hebat hari ini berbanding semalam hanya berdasarkan firasat atau ikut rasa hati sahaja?

Berdasarkan pengalaman dan pendidikan saya dalam bidang kecergasan, saya merasakan tiada jalan lain dan pintas selain daripada dapatkan bacaan degupan jantung (heart rate) anda selain daripada menggunakan POLAR SYSTEM ini.

Apa Yang Ada?

1. Jam Polar RC3 GPS (model terkini daripada POLAR yang siap sedia / build in GPS)
2. Polar Heart Rate Monitor
3. Polar Cadence W.I.N.D.

4. Polar Universal Bike Mount

**Ada pelbagai model yang boleh anda pilih untuk kegunaan sukan berbasikal. (sila ke laman web http://mypolarwatch.blogspot.com/p/blog-page.html )


PENGALAMAN MENGGUNAKAN POLAR RC3 GPS BIKE

Malam tadi tamat kayuh dengan geng PNR (Putrajaya Nite Ride) di Putrajaya dengan semangat dan menujakan.

Hari ini saya menggunakan Polar RC3 GPS & Heart Rate Monitor untuk memastikan Heart Rate saya berada di tahap sebenar prestasi kayuhan.

Penggunaan RC3 GPS sangat mudah. Cuma beberapa langkah mudah.


1. Siapkan program (dari laman web https://www.polarpersonaltrainer.com/) sebelum kayuhan. Saya buat program pada awal pagi untuk kayuhan malam ini.

2. Muat turun (download) program ke jam polar RC3 GPS selepas selesai buat program dengan langkah yang sangat mudah.

3. Terus tekan on sebelum mulakan kayuhan.

4. Tekan stop selepas tamat.

5. Balik ke rumah saya sambung jam dengan 'USB cable' yang ada ke laptop dan sycnronize.

6. Buka laman web https://www.polarpersonaltrainer.com/ lihat keputusan dan prestasi kayuhan tadi.


Kesimpulan

Saya sangat percaya dan yakin prestasi kayuhan dan kecergasan anda dapat ditingkatkan dengan mudah selepas menggunakan POLAR RC3 GPS Bike ini. Hal ini kerana anda boleh mengetahui kadar denyutan nadi anda dengan mudah. Cara paling mudah dan paling konvensional sekali adalah anda cuma set minimum heart rate dan maksimum heart rate. Kemudian berkayuh dan sekiranya heart rate rendah jam akan berbunyi dan anda perlu melajukan kayuhan. Begitu juga sebaliknya iaitu sekiranya denyutan nadi / heart rate terlalu tinggi jam juga akan berbunyi dan sudah tiba masanya untuk anda memperlahankan sedikit kayuhan.

Selain itu, anda juga dapat mengenal pasti tahap denyutan anda dan bila waktu yang sesuai untuk memecut dan sebagainya berdasarkan denyutan nadi tersebut.

Perkara pertama sekali sekiranya saudara/i melantik saya menjadi jurulatih peribadi anda dan mahu memastikan tahap kayuhan anda meningkat adalah MEMASTIKAN ANDA MEMBELI POLAR RC3 GPS BIKE.

Dengan teknologinya juga saya dapat melihat prestasi anda di laman web sahaja.

Sekiranya, anda juga berminat untuk mendapatkan Polar training system ini bolehlah menghubungi / sms / watsapp 0182523474









No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019