blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Coretan Jamboree MCC 2013 Part 1 : Mulakan dengan Sarapan Berkhasiat


Salam sejahtera semua Jamboree MCC di Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar sudah hampir hari ke 6 ia berakhir. Saya percaya saudara/i yang turut hadir pagi itu pasti memperolehi kesegaran pada minda teringatkan segala peristiwa di sana.



Begitu juga dengan saya! Dan sudah pasti tidak mahu memori itu hilang begitu sahaja lantas saya memutuskan untuk berkkongsi kenangan tersebut dalam blog ini.




Saya tiba di Bakri pada seawal jam 2.00 pagi setelah bertolak pada jam 11.30malam daripada Kuala Lumpur. Hari itu saya ingat hendak mulakan perjalanan awal. Disebabkan anak sulong saya terlibat dalam persembahan majlis konvokesyen Sekolah Tadika nya yang diadalah disebelah malam. Sebagai seorang bapa saya memutuskan untuk memberikan sokongan kepada si Sulong itu. Beliau bersama rakan-rakan sekolahnya berumur 5-6 tahun membuat persembahan nyanyian nasyid dan lagu Tegar.


Rumah 'Homestay' yang kami sewa agak berdekatan dengan lokasi pelepasan acara pagi itu. Rumah dibina dengan konsep Melayu Tradisional Johor. Rumahnya cantik. Rumah diperbuat daripada kayu. Konsep rumah atas untuk tuang tamu, ruang rehat dan menempatkan 3 bilik tidur. Manakala rumah sebelah bawah pula menempatkan ruang dapur masak, dan ruang makan serta bilik air. Mengikut pengamatan saya rumah itu adalah rumah baru yang dibina dengan konsep rumah kampung.


Setibanya saya di rumah tersebut, saya terus mengeluarkan segala barangan keperluan termasuk basikal dan peralatan berkaitannya. Sebelum masuk kamar untuk beradu, saya menyediakan basikal untuk kayuhan esok. Saya pastikan tayar cukup angin, rantai bersih dan meletakkan minyak rantai untuk situasi basah kerana menjangkakan 'trek' pagi itu basah dan berlecak. Selain itu saya juga turut memastika segala keperluan untuk bertenaga dengan Herbalife sebelum kayuhan.


Selepas itu saya dan beberapa rakan berbual-bual sambil bergelak sementara menunggu mata berat untuk tidur. Rupa-rupanya semakin menanti untuk mengantuk semakin segar pula mata. Jam di dinding berbunyi "ting....ting...ting...ting..." 4 kali jam dinding berbunuyi menandakan jam sudah pukul 4 pagi. Kayuhan akan dilepaskan jam 8 pagi. "Wah sudah lewat ni", kata salah seorang daripada kami. Dan semua mengambil tempat masing-masing untuk tidur.

Semasa nyenyak tidur sambil mimpi indah, saya dikejutkan oleh rakan. Jam sudah pukul 6.15 pagi. Kena bangun untuk siapkan diri sebab kena berada di garisan permulaan sebelum jam 7.30pagi. Sebelum ke lokasi permulaan saya kena sarapan pagi dengan Herbalife untuk memastikan saya bertenaga dengan Herbalife sebelum kayuhan.





Selepas solat subuh saya terus ke dapur untuk mendapatkan Herbalife saya untuk sarapan pagi itu.

Saya buat keputusan untuk dapatkan sarapan yang sedap dengan Herbalife. Jadi, saya telah sediakan barangan keperluan untuk penyedap tersebut.

Saya bawa Blender (pengisar), set herbalife, biskut oreo dan sedikit oat dan cokelat.

Bahan-bahan itu saya campur dan kisar bersama dengan air batu (ais). Ramuan tersebut dikisar lebih kurang 2-3 minit. Selepas siap terus saya minum. Dan ianya sangat mengenyangkan.

Hidangan segelas Herbalife dengan campuran tersebut mengandungi lebih 50 kandungan nutrisi yang diperlukan badan. Ia lengkap tanpa ada lebihan lemak atau bahan yang tidak diperlukan. Sepanjang menjadi ahli sukan (untuk makluman saya pernah mewakili negeri untuk sukan bolasepak sejak berumur 12-18 tahun) saya tidak pernah mendapat cara pemakanan yang mudah begini dan memberikan impak tenaga yang luar biasa.

Kebiasaanya, saya perlu makan nasi, lauk ikan atau ayam dan segelas jus untuk dapatkan rasa kenyang seperti segelas Herbalife itu. Selain itu, kelebihan sarapan dengan Herbalife adalah proses penghadalam hanya memerlukan hanya 30-45 minit sahaja berbanding makan nasi atau makanan lain yang memerlukan 2-4 jam.

Dalam erti kata lain, jika anda makan nasi lemak atau mee goreng dan sebaginya, anda memerlukan 2-4 jam untuk memastikan makanan anda dihadam untuk dijadikan tenaga untuk tujuan kayuhan jamboree. Jadi, kalau anda hendak makan nasi lemak dan sarapan lain yang seangkatan dengannya anda kena makan minimum 2 jam lebih awal. Sebab itu, jika anda lihat bagaimana 'professional cyclist' khususnya daripada Europe akan turun makan pada seawal jam 5.30-6.30 pagi sebelum kayuhan yang biasanya bermula pukul 8.00 pagi.



Jadi, memandangkan saya serta saudara/i pembaca mahukan sarapan pagi atau makanan yang membekalkan nutrisi yang lengkap dan mudah disediakan (memerlukan hanya 2-4 minit untuk disediakan) saya hanya kata "MULAKAN SARAPAN ANDA DENGAN HERBALIFE".

Sekiranya anda juga ingin bertenaga sepanjang kayuhan tanpa rasa lapar dan bertenaga dengan Herbalife sebelum kayuhan sila hubungi / sms / watsapp 0182523474 untuk keterangan lanjut.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019