blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Kayuhan Maal Hijrah Mengenal Erti Pengorbanan


Salam sejahtera semua. Dan tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga permulaan tahun Hijrah 1435 ini menjadi titik tolak untuk saya, saudara dan saudari menjadi insan yang lebih bermakna buat semua yang ada disekitar kita. Lantaran peristiwa bersejarah ini saya dan beberapa teman-teman menyertai Kayuhan Maal Hijrah yang disertai oleh beberapa kelab berbasikal sekitar Putrajaya. Mereka terdiri daripada Splinter Cycling Club, Orbit Cycles & Friends dan DR2 Team yang melibatkan kira-kira 50-60 orang peserta.


Kayuhan bertujuan untuk mengingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun acara adalah tidak rasmi dan tiada pula perarakan membawa banner sambil meratib Selawat Nabi dan nyanyian seperti "....hijrah itu pengorbanan...hijrah membentuk perpaduan...", namun kami begitu tekun memahami erti hijrah tersebut.

Pagi itu saya mulakan dengan memastikan saya mendapat tenaga daripada sumber yang berkhasiat iaitu minum Herbalife campuran yang dikisar bersama bahan-bahan lain. Herbalife Formula 1 Perisa Duch Chocolate, Herbalife Formula 3(Protein soy), air 250 ml, Oat, kacang badam, susu Dutch Lady perisa cokelat, kismis dan beberapa ketul air batu. Bahan-bahan ini saya kisar dengan mesin pengisar (blender) selama 4 minit. Selepas siap terus saya minum sehingga habis. Jumlah kalori pagi itu saya perolehi adalah diantara 350-400 kalori. Kandungan kalori tersebut sangat optimum untuk keperluan kayuhan pagi ini.


1. Masukkan Air 250 ml + Herbalife F1 perisa Dutch Chocolate

2. Masukkan Herbalife F3 (Whey Protein Soy)

3. Oats

4. Kismis (raisin)

5. Kacang Badam

6. Chocolate Chip

7. Air batu / ais 

8. Kisarkan semua ramuan tersebut selama 2-4 minit.

9. Sudah siap HERBALIFE Ice Blended Duch Chocolate (350-400 kalori yang kaya dengan lebih 55 jenis nutrien yang diperlukan badan sama ada untuk kayuhan atau kehidupan biasa)





Selepas sarapan pagi yang sihat dengan Herbalife itu saya terus memandu menuju ke PCP sebagaimana dijanji sebelum pukul 8.00 pagi. Saya tiba lebih awal daripada yang dijanjikan.

Kelihatan waktu itu sudah banyak kereta di kawasan parkir.

Saya dan teman-teman lain mempersiapkan basikal. Selesai segalanya kami menuju ke Pekan Dengkil untuk bertemu rakan-rakan lain. Selepas semuanya bersedia, kami mulakan acara pagi itu dengan menjemput salah seorang sahabat untuk membacakan doa untuk memohon keselamatan semasa kayuhan nanti.

Seawal jam 8.30 pagi kami memulakan kayuhan menuju ke bukit 360. Kayuhan terus menuju bukit daripada 'Reverse 360'. Ia agak menacabar sehingga 'Heart Rate' saya mencecah hampir 175 bpm. Acara panjat bukit setakat berhenti di situ kerana ia berterusan sehingga lebih kurang 7-10 km.


Selepas di puncak, kami berehat seketika. Sebelum meneruskan dengan acara Kayuhan Hijrah 'downhill' yang sangat mengujakan.

Selepas beberapa minit berehat menantikan sahabat-sahabat lain, kami pun meneruskan perjalanan menuju downhill. Dan kami berehat sekali lagi untuk menunggu kawan-kawan lain berhampiran terowong untuk menuju ke bukit 360 pula.


Kemudian kami meneruskan perjalanan mendaki beberapa bukit dan menuruni 'downhill' yang lebih mencabar. Selesai menakhluki beberapa bukit termasuk bukit Pencawang kami singgah di gerai minum air RM1 Refill. 



Semasa di Bukit Pencawang, saya merasakan tenaga saya semakin berkurangan. Dan saya mengambil kesempatan untuk menambah tenaga dengan mendapatkan HERBALIFE Protein Bar perisa Chocolate Peanut. Selain rasanya yang sangat sedap ia juga menambah tenaga saya untuk teruskan berkayuh. Kepada kawan-kawan yang berkayuh melebihi 20km di 'offroad' saya cadangkan bawa bersama Protein Bar ini. Memang saya merasakan tenaga saya bertambah.

Gerai ini sangat popular dikalangan 'rider' sekitar Dengkil kerana setiap kali mereka mendaki bukit pasti tidak lepas untuk singgah kedai ini untuk menghilangkan dahaga dan 'refill' air mereka dengan hanya membayar RM1 setiap seorang dan boleh tambah seberapa banyak.



Sepanjang kayuhan ini saya menggunakan sistem Polar RC3 GPS untuk merekod kayuhan serta mengawal 'heart rate' saya supaya dapat memastikan kecergasan saya terkawal.








Selesai minum, kami pulang ke PCP untuk basuh basikal dan mandi.


Hubungi / sms / watsapp 0182523474 untuk sebarang pertanyaan mengenai Herbalife.





No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019