blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PCC Specialize Presidential Ride 2013: Suatu Derita Part 1


Kayuhan PCC Specialize Presidential Ride adalah kayuhan yang diadakan 2 tahun sekali. Ia adalah 'event' yang selalu dinantikan oleh kebanyakan 'rider tegar'. Semua mereka tahu bahawa 'trail'nya memang mantap.

Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai kayuhan ini apabila sahabat-sahabat bercerita bahawa PCC adalah sangat mencabar dan harus disertai oleh sesiapa yang ingin menduga tahap ketegarannya. Kemudian, saya terus membuat keputusan untuk menyertainya tanpa berfikir panjang. Cuma nasihat rakan agar mesti membawa 'water bag'.



Malam sebelum hari berlangsung 'event' ini saya telah mengambil sedikit masa untuk memastikan segala keperluan untuk kayuhan disediakan dengan baik. Termasuk nutrisi dan pemakanan untuk sepanjang kayuhan nanti.



Basikal saya telahpun siap di'servis' oleh Abang Wan dan keadaannya sungguh baik dan siap untuk dikayuh.


Pagi itu saya bercadang untuk keluar daripada rumah sebelum jam 5.30 pagi. Tapi, disebabkan tidur lewat sekitar 3 pagi saya bangun lewat dan hanya boleh keluar rumah pukul 6.30 pagi. Dan saya tiba dilokasi pada jam 7.00 pagi. Selepas tiba saya pun bersiap untuk ke kawasan pelepasan. Kehadiran peserta waktu itu sudah ramai. 

Adrenalin saya meningkat sekaligus debaran terasa untuk mulakan kayuhan. Ramai juga kawan-kawan yang saya temui. Rata-rata mereka kelihatan bersemangat pagi itu walaupun masing-masing tahu akan keperitan yang akan ditanggung.


Saya dimaklumkan bahawa peserta keseluruhan hampir 2000 orang. Peserta tidak hanya terhad kepada rakyat tempatan malahan ramai juga 'riders' daripada Indonesia dan Mat Salleh turut memeriahkan acara dwi-tahunan ini.


Acara ini memang ditunggu-tunggu oleh 'riders' untuk menguji ketegaran mereka mengayuh. Kayuhan ini melibatkan jarak lebih kurang 55km dengan 4 'check point'.


Sememangnya pagi itu sangat dingin macam dekat nak hujan. Ada banyak anak bukit dan bukit-bukit yang tinggi mencanak. Kalau kaki tak kuat dan kurang latihan memang ramai yang terpaksa menolak. Bukit-bukit maut ini bukan sahaja berada dalam peta di saat-saat pengakhiran 'trek', tetapi sejak daripada awal CP1 lagi.


Banyak bukit yang tinggi memaksa 'riders' menolak basikal. Ada yang mengeluh sebab terlalu banyak bukit sampai mereka lebih banyak menolak basikal daripada mengayuh.


Saya sendiri telah meletakkan sasaran untuk berada dikalangan 'TOP 100 finisher.' Namun, hajat tersebut tidak kesampaian apabila saya berhadapan dengan masalah kecederaan lama saya semasa bermain bolasepak dulu. Kecederaan peha depan atau 'Quadriceps' yang berulang kembali semasa mendaki bukit diantara CP2 ke CP3. 7 tahun dulu otot ini pernah koyak ketika masih serius bermain bolasepak. 6 bulan saya berehat ketika itu. Selepas habis rehabilitasi, saya mula kurang bermain bolasepak lagi. 


Ia berpunca daripada kurangnya latihan dan kayuhan selepas Jamboree MCC Muar 3 minggu lepas. Saya hanya sempat kayuh 1 kali sahaja selepas Jamboree Muar tersebut akibat daripada kebejatan masa dan faktor cuaca sekarang ini. Dan akibatnya ketika saya terlalu 'tekan' ketika mendaki bukit terus kena 'Quadricep Pulled'. Memang sakit dan agak derita seketika saya di tepi trek di bukit tersebut. Saya terbaring seketika sambil melihat bonjolan di antara otot peha dan kepala lutut (patella). Kemudian, saya cuba membengkokkan kaki tersebut perlahan-lahan untuk mengurangkan ketegangan otot Quadriceps itu. Dan alhamdulillah derita itu berjaya diatasi.

(bersambung.....)





No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019