blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PCC Specialize Presidential Ride 2013: Suatu Derita Part 2

Bersambung
(klik link ini untuk baca part 1 www.zackzaihan.com/2013/12/pcc-specialize-presidential-ride-2013.html#more)


Saya meneruskan kayuhan walaupun sudah hampir tidak boleh kayuh langsung setiap kali mendaki bukit. Dan saya membuat keputusan untuk menolak basikal setiap kali mendaki bukit. Ketika itu hanya jalan rata atau 'downhill' sahaja yang mampu naik basikal dan berkayuh. 



Sepanjang kayuhan ini saya menggunakan 'water bag' 2 liter dan memang ianya berbaloi walaupun sikit bebanan dibelakang badan. Saya setikit pun tidak mengalami masalah kekurangan air. Apatah lagi petanda mahu 'cramp'.


Selain itu, 3 cokelat Protein Bar Herbalife cukup memberikan tenaga saya sepanjang kayuhan. Walaupun berada didalam trek sejak pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.30 petang (6 jam 30 minit) saya lagsung tidak merasa lapar. Setiap 10 km saya makan separuh bar. Jadi, kalau ada dikalangan kawan-kawan yang bertanya kepada saya makanan apa yang perlu dibawa semasa kayuhan; memang saya akan cadangkan HERBALIFE PROTEIN BAR.

Rasanya sedap, kurang kadungan gula, tidak melekit dan yang paling penting ianya mudah dihadam.


Kemudian, saya meneruskan kayuhan ke CP 3. Sepanjang kayuhan diantara CP2 ke CP3 dianggarkan sejauh 18 km dengan berhadapan dengan anak-anak bukit yang tidak tahu akan berapa jumlahnya seta beberapa bukit mencanak tinggi. Semasa dalam perjalanan ke CP3 dengan peha yang masih terasa akan kesakitannya, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kayuhan dan mahu 'chicken loop' di CP3.

Hal ini kerana kesakitan kaki saya semakin terasa dan CP3 masih lagi tidak nampak bayangannya. Soal perut lapar langsung tidak ada dalam minda saya. Sebab saya masih ada 2 lagi protein bar HERBALIFE yang saya bawa. Soal tenaga juga saya tidak risau dan gusar kerana saya tahu tenaga saya masih banyak. Pagi itu sebelum memulakan kayuhan saya telah mengambil sarapan bernutrisi tinggi yang membekalkan lebih 55 nutrien yang diperlukan badan dengan penuh khasiat tanpa lemak.

Saya masih merasakan kekenyangannya walaupun mengambil hidangan sarapan pagi itu pada jam 7 pagi tadi. Jam ketika itu pukul 10.30 pagi. Saya meneruskan kayuhan.


Setibanya di CP3 saya terus ke 'sick bay' yang ada dikendalikan rekrut-rekrut 'St. John Ambulance'. Saya terus mendapatka air batu (ais) kemudian saya masukkan ke dalam plastik dan terus tuam di peha saya sambil makan beberapa buah pisang yang disediakan.


Saya mengmbil masa hampir 30 minit berada di situ memastikan otot saya benar-benar segar sebelum meneruskan kayuhan kembali.

Walaupun sejam yang lalu semasa perjalanan daripada CP2 ke CP3 saya telahpun membuat keputusan untuk 'chicken loop di CP3 namun ketika melihat rakan-rakan lain yang meneruskan kayuhan mereka untuk menghabiskan trek dwi tahunan ini saya gagahkan juga untuk menghabiskan trek ini.

Akhirnya, saya membuat pilihan tepat untuk menghabiskan lagi 10 km kayuhan daripada CP3 ke CP4 dan ke belon penamat. Ia melibatkan pendakian 2 bukit maut dan tinggi. Yang rupa-rupanya mengmbil masa hampir 2 jam setengah untuk dihabiskan. 


Pendakian bukit pertama telahpun berjaya walaupun azabnya memang terasa. Dan ketika di puncak bukit itu, saya dan rakan-rakan lain yang baru berkenalan sudah terpancar keceriaan kerana menjangkakan itulah bukit terakhir. Kemudian, kami dengan girangnya menuruni bukit tersebut dengan kelajuan 35-40 km/sejam. Memang asyik ketika melayan 'downhill' itu. Dan ketika hampir di penghujung 'downhill' saya melihat meter di basikal sudah pun 47.4 km. Dan saya menjangkakan perjalanan makin dekat ke garisan penamat kerana tidak menjadi kesilapan seorang rakan pernah memaklumkan saya kayuhan ini sekitar 50 km sahaja. Berdasarkan ingatan tersebut saya ingat kayuhan masih ada baki 2.6 km sahaja lagi dan berharap hanya akan melalui jalan mendatar. Dan senyuman diwajah saya semakin lebar. "Akhirnya aku sampai di penghujung juga...", kata saya dalam hati dengan riak dan bangga.

Senyuman manis itu rupa-rupanya seketika sebab rupa-rupanya ada 1 lagi bukit paling maut dalam sejarah penganjuran PCC ini. Saya terkejut....rakan-rakan lain menjerit "adoiiiii....." Saya ingatkan ada yang cedera. Rupa-rupanya mereka menjerit kerana melihat lagi bukit mencanak!!

Saya dan teman-teman lain terus menolak untuk ke puncak bukit terakhir itu. Memang tinggi dan ada yang menyesal kerana cubaan meneruskan kayuhan untuk menghabiskan PCC 2013 ini.

Saya rasa setiap 20 langkah menolak basikal 5 minit duduk dan rehat dengan peha yang cedera. Kayuhan PCC 2013 ini bukan saya berlawan dengan tenaga yang kehabisan. Tetapi, ia lebih kepada perang mental dengan diri sendiri.

Pendakian dengan menolak basikal ini betul-betul buat peha saya seperti mahu cedera kembali. Apabila sedikit rasa sakit saya berhenti. Daripada mula pendakian bukit terakhir ini saya kira lebih 20 kali saya berhenti. Memang bukit ini MAUT!!

Akhirnya, sejak mula pendakian ini yang mengambil masa hampir 70 minit saya sampai juga di kemuncak bukit. Kami mengambil kesempatan berehat seketika. Ketika itu, saya jam sudah pukul 2.05 petang. Saya teringat yang saya masih ada 1 lagi cokelat Protein Bar HERBALIFE yang saya bawa tadi. Jadi, saya makan dan berkongsi dengan beberapa rakan lain. 

Kemudian, sesi menurun bukit 'Downhill' terakhir bermula.

Saya menikmati 'downhill' ini dengan nyaman sekali. Ada yang turunnya memerlukan skill dan ada yang teknikal. Memang enak!!

Akhirnya, saya berjaya menamatkan kayuhan PCC ini dengan masa hampir 6 jam 30 minit. Masa yang paling lama yang pernah saya buat untuk kayuhan JAMBOREE selama saya aktif dalam sukan MTB. Ini sejarah.

Selepas tamat, dengan keadaan penat dan kotor berlumpur, tiada lain yang saya fokus selain daripada mahu basuh basikal dan mandi.

Sesudah basikal dibasuh dan membersihkan badan, saya lebih segar dan kembali ke pusat acara untuk sesi 'Lucky Draw'. 

Alhamdulillah mujur menang Minoura Bike Stand yang berharga RM360 di pasaran. Ia mungubat segala keperitan dan duka kayuhan ini.


KESIMPULAN
Kayuhan PCC Presidential Ride 2013 sejauh 55 km memang sangat mencabar fizikal dan mental. Setiap 'riders' mesti membawa air secukupnya. Saya cadangkan agar anda mengambil Nutrisi Herbelife sejam sebelum mula kayuhan dan mengambil separuh Protein Bar HERBALIFE setiap 10 km. Saya memberikan jaminan anda tidak akan lapar sepanjang kayuhan.

Pada pendapat saya marshall di sepanjang trek tidak mencukupi terutama di sepanjang CP2 ke CP3.

Saya merasakan jarak dan tahap halangan dan cabaran bukit perjalanan daripada CP2 ke CP3 terlalu panjang dan tidak ada 'water station' sepanjang perjalanan tersebut. Selain itu, saya berpendapat keperluan tim medikal juga kurang.

Sebagai seorang yang pernah bertugas sebagai Ketua Unit Fisioterapi dan Rehabbilitasi Sukan di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan berhadapan dengan tugas-tugas menyelamatkan atlit sukan, saya berpendapat bahawa pihak penganjur perlu menyediakan lebih banyak 'medical station' sepanjang trek ini.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa penyediaan makanan adalah tidak memadai dengan kos yuran penyertaan RM60 itu. Tidak seperti penganjur-penganjur jamboree lain yang mengambil yuran RM50 siap dengan godie termasuk T-Shirt, makanan berat (nasi berlauk) dan dapat medal juga. Tetapi penganjur PCC 2013 ini hanya memberikan 1 karipap besar, air tin dan snek 'cikedis' yang saya anggarkan hanya membekalkan 300 kalori adalah tidak berpatutan. Hal ini kerana jumlah kalori yang dibakar sepanjang kayuhan ini saya anggarkan diantara 2500-3000 kalori. Justeru, saya mengharapkan pihak penganjur mempertimbangkan untuk menyediakan makanan yang lebih sesuai dengan kalori yang dibakar sekiranya mereka menganjurkan lagi acara ini 2 tahun lagi.

Sekiranya, acara ini diadakan lagi adakah saya akan sertai?
Ya. Sudah pasti saya akan sertai. Tetapi, sebelum bayar yuran saya akan tanya adakah makanan berat disediakan? 

Sekiranya, rakan-rakan ingin berkongsi masalah kayuhan, kecederaan, atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana meningkatkan prestasi kayuhan anda jangan malu dan segan untuk menghubungi / sms / watsapp saya di talian 018 2523474.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019