blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

TIPS MEMBELI BASIKAL (Part 2): Memilih Basikal Mengikut Minat


(klik video untuk tonton kejadian ngeri di PCP pada 04/04/2017)


<baca Siri 1: Tips Membeli Basikal

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sudah lebih 4 bulan saya tidak menulis di blog ini lantaran daripada kesibukan terhadap kerja-kerja hakiki saya. Kemudian, ditambah pula dengan keterlupaan saya terhadap password untuk blog ini. Semalam, saya ambil masa hampir 3 jam untuk mendapatkan semula 'password' blog ini.

Topik yang saya minat untuk tulis hari ini adalah berkenaan dengan tips membeli basikal. Pada 11 Julai 2013 yang lalu saya ada menulis tentang tips tersebut beserta dengan senarai dan link kedai-kedai basikal seluruh negara yang saya tahu. Klik untuk membaca <baca Siri 1: Tips Membeli Basikal

Siri ke 2 ini saya tulis untuk memberikan pendedahan mengenai cara dan kepentingan memilih basikal yang sesuai.





1. Pilih Basikal Mengikut Minat
Sebelum anda membeli basikal idaman, pastikan anda memahami tips membeli basikal seterusnya iaitu mendalami minat anda terlebih dahulu. Ada 4 pilihan utama jenis basikal iaitu:

a. MTB (mountain bike atau basikal gunung) (hard tail / soft tail)


Basikal jenis MTB adalah jenis pelbagai guna. Ia boleh digunakan untuk tujuan menerokai 'offroad' atau jalan hutan, gunung, bukit, sungai dan lain-lain. Selain itu, MTB juga boleh digunakan untuk kayuhan santai di kawasan perumahan atau di taman-taman rekreasi.

Basikal MTB ada 2 jenis iaitu 'Hard Tail' (ekor keras) dan 'Soft Tail' (ekor lembut)

Basikal Hard Tail

Basikal Hard Tail tidak mempunyai 'suspension' bahagian belakang. Suspension hanya pada 'fork' depan sahaja. Basikal hard tail biasa digunakan untuk tujuan memanjat bukit dan 'offroad' yang tidak begitu 'extreme' laluannya. Kebanyakan 'rider' kejohan dunia banyak menggunakan jenis ini mungkin disebabkan basikal jenis ini lebih ringan 1.5-3kg.

Jika ditanya saya mengenai basikal jenis MTB yang sesuai untuk 'trail' atau laluan offroad di Malaysia adalah jenis hard tail ini. Hal ini kerana kebanyakan laluan di sini tidak begitu 'extreme'. Selain itu, suspension belakang yang beratnya hampir 1.5-3kg memberikan impak dan terhadap kayuhan.

Harga : Aluminium : RM2500-RM7000, Carbon : RM6000-25000.

Basikal Sof Tail

Basikal soft tail pula adalah basikal MTB yang mempunyai suspension di bahagian belakang basikal dan di fork depan. Kebiasaannya, basikal jenis ini adalah lebih lembut ketika downhill 'menuruni bukit' berbanding menunggang basikal hard tail. Bagi mereka yang suka menuruni bukit dengan 'trail' yang mencabar saya cadangkan dapatkan basikal jenis soft tail.


Harga : Aluminium : RM4500-RM9000, Carbon : RM8000-35000.

b. Downhill

Acara Basikal Down Hill (DH) kebiasaannya adalah acara 'time trial' atau cubaan masa. Setiap peserta akan dilepaskan seorang demi seorang dengan masa paling pantas diambil sebagai pemenang. Acara DH biasanya melibatkan laluan seperti menuruni tangga, laluan permukaan kasar, kawasan berbukit dan berbatu (rock garden) dan pelbagai halangan lain. Dan keunikan acara basikal jenis ini adalah peserta tidak perlu berkayuh menaiki bukit. Sebaliknya mereka hanya menolak dan memikul basikal jika perlu sehingga ke punca bukit sebelum memulakan kayuhan menuruni bukit.

Biasanya basikal jenis ini adalah berat sikit berbanding basikal MTB biasa. Ini meningkatkan kelajuan basikal ketika menuruni bukit. 

Basikal ini mempunyai suspension (fork depan) yang lebih panjang untuk mendapatkan kelembutan ketika menuruni bukit yang ekstreme.


Selain itu, suspension belakang juga memainkan peranan untuk membuatkan penunggang lebih selesa ketika menuruni bukit.

Jadi, kepada mereka yang sukakan cabaran dan malas untuk melenguhkan peha mendaki bukit, maka basikal jenis DH adalah sesuai untuk anda.

Harga : Aluminium : RM7000-RM15000, Carbon : RM10000-35000.

c. Roadbike atau Roadie

Basikal Road adalah jenis basikal yang digunakan untuk kegunaan dijalan raya sahaja. Tayarnya yang kecil memang sesuai untuk meluncur di jalanraya. Ia juga dipanggil basikal 'racing'. Basikal jenis ini sentiasa berubah mengikut teknologi. Saban tahun teknologi sentiasa meningkat seperti perubahan terhadap kajian aerodinamik, material dan lain-lain.

Kebiasaannya berat basikal ini semakin ringan semakin mahal harganya.
Sekiranya, anda seorang yang meminati kelajuan memang sesuai membeli basikal jenis ini. Namunbegitu, kayuhan basikal ini memerlukan masa yang agak panjang berbanding acara basikal lain. Kepuasan kayuhan basikal road biasanya memerlukan kayuhan sekitar 80-160KM dalam satu sesi kayuhan. Dan sudah pasti ia memerlukan 4-6 jam.

Harga : Aluminium : RM3500-RM8000, Carbon : RM9000-45000.

d. Basikal Trek
Basikal trek adalah basikal yang dikayuh didalam trek lumba basikal atau dipanggil 'velodrome'. Acara kayuhannya hanya dalam trek velodrome. Basikal ini tidak mempunyai brek dan ianya 'fixie' atau prewel mati.
Sekiranya anda meminati kelajuan maksimum dan pastikan juga rumah anda dekat dengan velodrome.

Harga : Aluminium : RM3000-RM7000, Carbon : RM8000-35000.

                                   
(klik gambar di atas untuk mengentahui lebih lanjut mengenai pakej IPTV)

Selepas anda memahami kehendak diri sendiri barulah anda membuat pilihan jenis basikal mana yang perlu anda beli. Nantikan tulisan saya yang berikutnya mengenai tips membeli basikal : Membeli Basikal Yang Betul.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat mengenai kesihatan dan kecergasan untuk mengelakkan daripada anda mengalami kecederaan.

Sekiranya, anda memerlukan nasihat berkaitan kecergasan dan kesihatan, serta mengenai pemakanan dan nutrisi sesuai untuk keyuhan basikal sila hubungi / sms / atau whatsapp saya ke 0182523474.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019