blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Ceramah Kesihatan, Nutrisi dan Kecergasan

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Saya mohon maaf kerana kali terakhir saya menulis blog iaitu pada 17 Jun 2014 yang lalu. Ia sudah 4 bulan lamanya. Bukan kerana kehabisan idea tetapi tugasan hakiki yang agak mencemburui masa saya sehingga tiada ruang untuk menulis sedangkan banyak isu berkaitan kecergasan dan nutrisi untuk kita bincangkan di sini.


Saudara/i pembaca yang saya hormati, beberapa bulan ini terutama selepas musim raya aidilfitri yang lalu, saya telah mendapat undangan mengadakan ceramah kesihatan dan kecergasan, seminar, forum kesihatan, nutrisi dan kecergasan daripada kalangan jabatan-jabatan tertentu serata negara.



Daripada jabatan dan agensi kerajaan sehingga beberapa syarikat konglomerat nasional dan antarabangsa mahu saya berkongsi pengalaman dan idea untuk menggalakkan para staf dan pegawai mereka memahami kepentingan menjaga kesihatan dan program nutrisi dan menurunkan berat badan. Mereka percaya bahawa dengan program-program seumpama ini mampu mengubah persepsi dan amalan cara hidup para pegawai dan staf jabatan masing-masing dengan harapan selepas mengikuti program setiap peserta akan lebih cergas dan produktif.

Program dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 
1. Ceramah Kesihatan, Nutrisi dan Kecergasan
2. Program Kecergasan Berkumpulan

Ceramah Kesihatan, Nutrisi dan Kecergasan
Program ini adalah berbentuk ceramah (seperti ceramah kesihatan dan kecergasan) yang akan mengupas 3 tajuk utama iaitu kesihatan, nutrisi dan kecergasan. Setiap tajuk akan memberikan pendedahan kepada peserta untuk memahami bahawa kepentingan menjaga kesihatan supaya kehidupan lebih teratur dan lebih produktif.


Selain itu, program ceramah ini akan memastikan peserta memahami dengan cara paling mudah mengenai penyakit-penyakit yang berisiko jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dan ia juga akan mengajar bagaimana untuk mengatur diet yang baik dan sesuai untuk diamalkan dengan kesesuaian sumber makanan yang ada di Malaysia.

Sebagai tambahan, kelebihan program ini juga mampu memberikan pendedahan awal kepada peserta tentang cara senaman yang mudah dilakukan walau di mana sahaja mereka berada. 


Program Kecergasan Berkumpulan
Program ini pula diadakan seminggu sekali untuk tempoh minimum 12 minggu. Program akan dimulakan ujian kesihatan dan kecergasan. Kemudian, peserta (minimum 20 orang) akan mengikuti program yang akan diatur mengikut kesesuaian peserta, persekitaran dan fasiliti yang ada, 


Diantara program yang akan diatur adalah seperti berikut:
1. Jogging, slow jog
2. Cross Country
3. Boot Camp
4. Station Fitness 
5. Cycling
6. Aerobic Dance
7. Gymansium Workout
8. Circuit Aerobic Training
dan sebagainya.

Ujian kesihatan dan kecergasan akan dilakukan sekali lagi selepas tamat 12 sesi. Keputusan setiap peserta akan dibandingkan samada mereka memperolehi perubahan positif atau negatif.



Justeru, sekiranya anda juga ingin menjemput saya untuk ceramah kesihatan dan kecergasan dan ingin turut bersama menjayakan program seumpama ini boleh terus menghubungi / sms /whatsapp 0184689947.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019