blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Lee Chong Wei Digantung? Part 2


Salam sejahtera, saya mengucapkan sejuta penghargaan buat saudara/i yang terus-terus menyokong blog ini. Pada posting yang lalu saya menulis mengenai Lee Chong Wei dengan segala kejayaan dan anugerah yang beliau perolehi. 


Kejayaan beliau memenangi lebih daripada 50 kejohanan dunia dan telah bermain di peringkat akhir (final) pertandingan dunia sebanyak lebih 80 kali dengan membawa 'Jalur Gemilang' bersama mengiringi sepanjang perjalanan itu mesti dihargai walaupun kini beliau berdepan dengan hukuman berat BWF (Badminton of World Federation) akibat kegagalan ujian doping. 

Keputusan ujian doping itu membuktikan bahawa Dato' Lee Chong Wei adalah positif menggunakan dadah terlarang mengikut aturan yang ditetapkan oleh IBF Medical Board.

Jadi, untuk memudahkan pembaca memahami masalah yang dihadapi oleh wira badminton negara ini eloklah kalau saya beri sedikit informasi berkenaan apa itu Doping?

DOPING TEST
Dalam sukan, doping merujuk pada penggunaan ubat meningkat prestasi oleh para atlet agar dapat meningkatkan prestasi mereka. Akibatnya, doping dilarang oleh banyak organisasi sukan dan olahraga seluruh dunia.
Menurut International Olympic Comitee (IOC - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) pada tahun 1990, doping adalah upaya meningkatkan prestasi dengan menggunakan zat atau metode yang dilarang dalam olahraga dan tidak terkait dengan indikasi medikal. Alasannya pengharaman doping ini adalah disebabkan oleh efek perbuatan doping itu mampu mengancam kesihatan sekiranya aturan pengambilannya tidak mengikut prosedur atau pengambilan berlebihan. 

Selain itu, perlakuan doping juga menjadikan seseorang atlet itu menjadi lebih kuat dan hebat secara fizikalnya berbanding berbanding atlet lain yang bertarung di padang yang sama bukan disebabkan oleh perubahan natural badan. Akan tetapi, ia disebabkan oleh kemasukan 'substance' atau bahan lain daripada luar yang kebiasaannya mengubah struktur kimia dalam badan. Sepatutnya, perubahan fizikal badan seseorang itu adalah disebabkan oleh latihan dan cara penjagaan badan seseorang atlet itu. Justeru, ia adalah tidak adil bagi atlet lain yang tidak mengamalkan 'doping' untuk meningkatkan prestasi.

Selain ubat-ubatan, bentuk lain dari doping ialah doping darah, baik melalui transfusi darah mahupun penggunaan hormon eritropoietin atau steroid anabolik tetrahidrogestrinon

Pelumba basikal tersohor Lance Armstrong yang pernah memenangi 7 kali Juara Le Tour de France selama 7 tahun berturut-turut sejak 1999 dituduh menggunakan kaedah transfusi darah dengan memasukkan hormon eritropoietin (EPO). 
Antara atlet-atlet lain yang terkenal atas penggunaan doping adalah medalis emas dari Kanada Ben Johnson, olahragawan Rusia Anton Galkin, pelontar peluru Irina Korzhanenko, petinju asal Kenya David Munyasia, pemain sepak bola Diego Armando Maradona dan Claudio dari Argentina, Rodrigo Lara, Paulo César Chávez, Aarón Galindo dan Salvador Carmona dari Meksiko, Clarence Acuña dan Fabián Guevara dari Chili, Josep Guardiola dari Spanyol, petenis Pjetr Korda, olahragawan Maroko Yunus al-'Ainawi, Bohdan Ulihrach dari Republik Ceko, Guillermo Coria, Mariano Puerta, Juan Ignacio Chela, Guillermo Cañas, Martín Rodríguez dan Mariano Hood dari Argentina, Viktor Chisleann dari Moldavia serta pembalap sepeda Roberto Heras dan Tyler Hamilton.
(klik untuk ke laman web rasmi World Anti-Doping Agency)
Jadi, banyak organisasi-organisasi sukan lain yang mewujudkan badan doping mereka sendiri. Ini termasuk IBF untuk tujuan mengawal aktiviti doping ini. Selain itu, mereka juga menjalankan kempen-kempen anti-doping ini.

Amalan ujian doping (doping test) biasanya dijalankan secara rambang selepas perlawanan atau apabila badan anti-doping yang dilantik ini mensyaki seseorang atlet itu menggunakan dadah untuk tujuan meningkatkan prestasi.

LEE CHONG WEI DAN DOPING
Pemain badminton no 1 negara ini telah didapati gagal dalam ujian doping peringkat pertama pada Oktober 2014. Sampel 'A' ujian doping Lee Chong Wei didapati positif menggunakan 'dexamathasone' selepas air kencing atau 'urine' beliau diuji. Sampel air kencing tersebut diambil semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Kanada pada akhir Ogos 2014 yang lalu.

Kemudian pada 5 November 2014, Dato' Lee Chong Wei diiringi delegasi Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi saksi kepada 'Ujian Sampel B' di Oslo University Hospital, Norway. Pada 8 November 2014, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bahawa keputusan ujian sampel B juga sama dengan keputusan ujian sebelum ini.

Badminton of World Federation (BWF) telah mengumumkan bahawa Dato' Lee Chong Wei digantung sementara (temporary banned) pada 11 November 2014. Beliau berkemungkinan berhadapan dengan penggantungan selama maksimum 2 tahun, perlucutan pingat perak yang dimenangi semasa Kejohanan Dunia dan dibatalkan kemenangan pingat gangsa Asean Games di Incheon yang dimenangi baru-baru ini. 

Namunbegitu, Menteri Belia dan Sukan telah berjanji untuk mendapatkan peguam yang terbaik di Eropah untuk mewakili Dato' Lee Chong Wei semasa perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan tidak lama lagi.

LEE CHONG WEI DAN DEXAMATHASONE
'Dexamathasone' merupakan sejenis bahan untuk tujuan merawat kecederaan. Ia tergolong dalam kategori 'anti-inflammatory corticosteroid' atau pun ubat atau dadah jenis steroid untuk tujuan menggurangkan kebengkakan pada tisu lembut atau 'soft tissue' sama ada otot, ligamen ataupun tendon. 

Dexamathasone adalah sejenis dadah yang dibenarkan penggunaan kepada atlet-atlet sukan untuk tujuan perubatan. Akan tetapi ia hanya dibenarkan pada musim rehat (off-season). Dan menurut Agensi Anti Doping Dunia (WADA-World Anti Doping Agency) menetapkan adalah menjadi kesalahan sekiranya sampel air kencing atlet didapati mengandungi dexamathasone semasa musim kejohanan.

Jadi, Dato' Lee Chong Wei didapati bersalah apabila sampel air kencing beliau didapati mengandungi 'dexamathasone' sama Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos lalu.


Persoalan saya; 
1. Sebagai seorang pemain badminton no 1 negara dan dunia, bagaimana bahan terlarang tersebut boleh ada dalam sampel air kencing Dato' Lee Chong Wei?
2. Kenapa BAM atau ISN tidak mengatur pra-ujian untuk mana-mana atlet yang bertanding diperingkat tertinggi?
3. Apakah tidak ada pakar perubatan sukan dan paka pemakanan yang mengawal segala ubatan dan pemakanan Dato' Lee Chong Wei?
4. Siapakah yang patut dipersalahkan apabila kes sebegini berlaku?

Semua persoalan ini akan saya jawap pada posting terakhir mengenai isu ini pada penulisan akan datang.


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan, kecergasan, pemakanan dan kecederaan sukan boleh terus email saya di zackfisio@gmail.com atau organisasi anda ingin menjemput saya untuk program berkaitan kesihatan, pemakanan dan kecergasan boleh terus menghubungi / sms / whatsapp 018 468 9947


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019