blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Seminar Kesihatan & Kecergasan : Pengurusan BMI

Inisiatif Seminar Kesihatan & Kecergasan ini diambil berdasarkan arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang menetapkan bahawa 16 skim perkhidmatan mesti mematuhi kadar julat Indek Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) mesti didalam lingkungan 19-30.

Seandainya, syarat ini tidak dipenuhi penjawat awam ini adalah tidak layak untuk menerima kenaikan pangkat, pembaharuan kontrak (bagi staf kontrak) dan pelbagai keistimewaan lain. 

Menurut PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 35 TAHUN 2013 dengan tajuk:
TAMBAHAN SYARAT INDEKS JISIM BADAN (BODY MASS INDEX) DALAM PERBEKALAN UKURAN FIZIKAL ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan
keputusan kerajaan menambah syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index [BMI])
dalam perbekalan ukuran fizikal bagi 16 skim perkhidmatan yang sedang berkuat
kuasa adalah seperti berikut:

i. Penguasa Penjara 
ii. Penolong Penguasa Penjara 
iii. Pegawai Penjara 
iv. Penguasa Bomba 
v. Penolong Penguasa Bomba 
vi. Pegawai Bomba 
vii. Pegawai Penguatkuasa 
viii. Penolong Pegawai Penguatkuasa 
ix. Pembantu Penguatkuasa 
x. Pegawai Keselamatan 
xi. Penolong Pegawai Keselamatan 
xii. Pembantu Keselamatan 
xiii. Pengawal Keselamatan 
xiv. Pegawai Kesatria 
xv. Penolong Pegawai Kesatria 
xvi. Pembantu Kesatria 

BMI
BMI merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan unggul.
Seseorang yang mempunyai ukuran BMI di antara julat 19 hingga 26 adalah menepati
ukuran berat badan unggul. 

Skim-skim perkhidmatan semasa yang mempunyai perbekalan syarat fizikal
adalah perkhidmatan yang melaksanakan skop tugas penguatkuasaan, pertahanan dan
keselamatan. Kerajaan telah bersetuju supaya syarat BMI dimasukkan ke dalam skim
perkhidmatan berkenaan bagi memastikan calon mempunyai kemampuan fizikal yang
sesuai untuk menjalani latihan dan tugasan yang lasak. Walau bagaimanapun,
keistimewaan ukuran BMI di antara julat 19 hingga 30 diberikan kepada pegawai yang
dilantik melalui Peningkatan Secara Lantikan setelah mengambil kira pengalaman dan
kemahiran yang dimiliki.

Tarikh Kuatkuasa Pekeliling
Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2013. 

Menurut pekeliling ini, penjawat awam Persekutuan adalah diwajibkan untuk mengikuti pekeliling ini. manakala, penjawat awam selain daripada Persekutuan adalah tertakhluk kepada badan masing-masing.

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SEMINAR KESIHATAN & KECERGASAN


Berdasarkan pekeliling ini, saya dan rakan-rakan diminta untuk membantu pihak kerajaan dengan program yang sesuai untuk memastikan penjawat awam memenuhi kadar BMI yang ditetapkan.

Selain itu, modul yang saya rangka ini dijangka dapat membantu peserta untuk memahami teknik dan cara senaman yang betul dan mudah. Dan peserta juga dijangka dapat memahami dan mampu mengamalkan cara diet dan pemakanan yang seimbang.

Progam seminar selama 3 hari ini akan memfokuskan kepada 3 topik penting iaitu:
1. kesihatan
2. kecergasan
3. nutrisi

Seminar ini mensasarkan jabatan-jabatan atau agensi-agensi khususnya yang terlibat dengan 16 skim perkhidmatan tersebut. Disamping itu, adalah digalakkan juga sekiranya jabatan atau agensi yang menganjurkan program ini untuk dibuka juga buat penjawat-penjawat lain yang ingin menyertai.

Kami menjangkakan bahawa peserta memahami cara pemakanan yang betul dan mengamalkannya bersama ahli keluarga lain. Peserta juga mampu melakukan pelbagai senaman dalam pelbagai keadaan dan waktu.

Mereka juga disasarkan untuk menurunkan sekurang-kurangnya 3-5kg 6 minggu selepas program.


Sekiranya, pihak anda mahupun jabatan mahu mengadakan program seumpama ini sila hubungi / sms / whatsapp 0184689947.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019