MAJALAH DUNIA SUKAN, Artikel Januari 2015 : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Assalamualaikum WBKT kepada pembaca blog yang budiman dan sentiasa menyokong blog saya tidak henti-henti.
Untuk makluman semua, mulai 1 Januari 2015 saya akan menulis di kolum 'DUNIA SUKAN CERGAS' yang akan memaparkan pelbagai info menarik mengenai KECERGASAN DALAM SUKAN.
Gambar: Saya bersama Fadzlie Ahmad atau pun dikenali sebagai Fadzlie Deto yang merupakan Editor Majalah DUNIA SUKAN.
Majalah ini adalah majalah sukan berbahasa Melayu nombor 1 ketika ini. Para pembaca boleh mendapatkan majalah ini di kedai-kedai dan toko-toko buku dan majalah sekitar negara. Diantara kedai yang anda boleh dapati adalah seperti berikut:
1. MyNEWS.com
2. MPH
3. POPULAR
4. BORDERS
5. KINOKUNIYA
6. NEWSNOW
7. Kedai Buku Terpilih
Anda juga boleh terus menghubungi Central Papaer Agencies di talian 03-5636 1278 untuk sebarang pertanyaan.
Ikuti tulisan saya seperti berikut:
"Salam sejahtera buat pembaca setia Majalah Dunia Sukan.
Tahniah kepada keluarga besar editorial diketuai Saudara Fadzlie Deto dan
rakan-rakan yang bertungkus lumus menaikkan nama majalah sukan nombor 1
berbahasa Melayu ini. Sebenarnya, pada bulan Mac 2013 saya dan tim Majalah
Dunia Sukan telah pun mengadakan perbincangan untuk saya mulai berkongsi
pengetahuan dan pengalaman dalam majalah ini. Namun, akibat komitmen lain dan
kesibukan tim Majalah Dunia Sukan yang sedang berpencak mempromosikan majalah
ini waktu itu telah menyebabkan niat saya untuk menyumbang nukilan terhenti.
Akan tetapi, atas rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan
peminat sukan tanah air serta janji saya kepada Saudara Fadzlie telah
membuatkan saya memulakan langkah awal dengan menghubungi beliau bagi
menyatakan hasrat dan niat saya untuk menyumbang artikel berkaitan KECERGASAN
SUKAN dalam majalah Dunia Sukan bermula keluaran Januari 2015. Saudara Fadzlie
segera memberikan maklum balas dan bersetuju dengan keikhlasan saya.
Justeru, mulai keluaran Januari 2015 ini saya akan menulis di
kolum yang dinamakan sebarai DUNIA SUKAN CERGAS bersama Zack Zaihan. Dan topik
utama yang akan saya kupas adalah berkaitan dengan kecergasan..................."
....sambung baca di Majalah DUNIA SUKAN.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kecergasan, kesihatan dan nutrisi boleh terus whatsapp saya di talian 0182523474 atau emailkan ke zackfisio@gmail.com
Post a Comment