blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Fit Camp Sime Darby FC 2015 di Port Dickson


Salam sejahtera semua. 2 minggu lalu pada 23-25 Januari 2015 saya dan tim outdoor saya telah diberikan peluang oleh pihak Pengurusan Sime Darby FC untuk mengendalikan sesi 'team building' pasukan skuad Piala Presiden mereka.

Seramai 22 orang pemain dan 7 orang pegawai turut serta dalam program ini. Kami menyediakan 7 acara permainan efektif untuk 'team building' pasukan ini. Selain itu, terdapat juga sesi 'outdoor' iaitu acara Flying Fox dan Water Rafting dihidangkan demi mencipta peluang buat semua peserta untuk bekerjasama diantara satu sama lain.

Bagi menambahkan semangat kesukanan atau 'sportsmanship' kami juga menggalakkan perlawanan dan kompetitif yang positif dimana setiap peserta akan terpilih secara rawak untuk menyertai kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan yang memenangi 7 games tersebut akan diberikan hadiah selain refleksi oleh tim motivator bertauliah kami.


Walaupun 3 hari 2 malam sangat singkat, namun masa yang ada itu kami gunakan sepenuhnya untuk memberikan peluang buat peserta menikmati program kami yang penuh santai tetapi padat dengan pengisian. Sepanjang tempoh tersebut, tidak ada langsung program berbentuk ceramah motivasi dan kawad ala tentera yang agak cliché seperti program yang selalu mereka lalui. 

Kami menggunakan kaedah Sains Sukan sepenuhnya untuk membina pasukan berdasarkan beberapa teras dan prinsip asas. Selain itu, 1 slot Bengkel mengenai pemain bolasepak profesional juga diadakan. Bengekel tersebut mempunyai 3 tajuk ringkas untuk dibawa berbincang iaitu Nutrisi Sukan, Kecederaan Bolasepak dan Etika Bolasepak didalam dan diluar padang.

Kepuasan terpancar di wajah setiap peserta termasuk pihak pengurusan selepas tamat program. Kami, mengharapkan kejayaan pasukan ini dalam pertandingan Piala Presiden yang akan bermula pada 5hb Febuari 2015. 

Semoga segala apa yang kami curahkan tempohari memberikan kesan positif kepada pasukan.





























No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019