KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 1
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang budiman dan baik hati.
Beberapa minggu lalu saya ada 'posting' mengenai sesi temuramah Majalah Rapi keluaran Karangkraf Sdn Bhd yang meminta saya memberikan pandangan kepada tajuk utama majalah edisi 15 Januari 2015 iaitu Persona Pil Diet: Diantara realiti & mitos keliru.
Refleksi daripada pembaca-pembaca blog yang mengirim email dan whatsapp dan tidak kurang juga yang terus menghubungi saya bertanya lebih lanjut mengenai tajuk berkenaan. Justeru, memandangkan respons daripada pembaca begitu memberangsangkan mengenai tajuk ini. Maka, saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda menurut perspektif saya mengenai tajuk berkaitan.
Pada
tahun 2010, Institut Diabetis, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaan,
Amerika Syarikat telah menggariskan beberapa bahan kandungan atau ‘substance’
yang terdapat didalam kebanyakan pil pelangsing atau pil kurus boleh memberikan
kesan negative kepada tubuh badan manusia.
Di
antara bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:
Phentermine
Phentermine adalah ubat pil pelangsing atau pil kurus yang sama dengan amphetamine. Ubat ini adalah ubat penahan selera makan yang
mempengaruhi sistem saraf pusat. Phentermine diambil bersama diet dan senaman
untuk mengubati kegemukan (obesity) untu orang yang mempunyai faktor risiko
seperti tekanan darah tinggi, koleterol tinggi atau kencing manis.
Megambil
phentermine bersama-sama ubat diet lain seperti fenfluramine atau
dexfenfluramine boleh menyebabkan penyakit maut paru-paru. JANGAN ambi ubat
phetermine dengan apa-apa ubat diet lain tanpa nasihat doktor anda.
Phentermine
boleh menjejaskan pemikiran atau tindakan anda. Berhati-hati jika anda
memandu atau melakukan kerja yang memerlukan perhatian tinggi. Pengguna
phentermine tidak digalakkan untuk mengambil minuman alkohol kerana ia boleh
meningkatkan kesan sampingan ubat ini
Phentermine
juga boleh disalahgunakan kerana ubat ini hampir sama dengan pil ectassy dan
pil-pil perangsang lain. Jangan kongsi ubat ini terutamanya kepada orang yang
mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah.
Jangan
berhenti makan phentermine dengan tiba-tiba atau anda akan mengalami
tanda-tanda withdrawal.
2 Sibuteramine
Sibutramine juga merupakan pil pelangsing atau pil kurus yang digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori
diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan
berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat
badan.
Ia berada dalam kelas
ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan
merencat pusat yang mengendalikan nafsu makan. Sibutramine dikawal di
bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’
Pening kepala -
perubahan selera makan -sembelit -pedih ulu hati-mulut menjadi
kering - sakit di bahagian belakang - badan menjadi lemah -
gemuruh - kesusahan untuk tidur - selsema - simptom mirip
selsema (flu-like symptoms) - kepanasan - kesakitan semasa datang
bulan.
Selain itu,
sibutramine juga boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi laju , sakit
dada, sesak nafas, mual, sakit perut, muntah, keseronokan melampau (extreme
excitement), resah- gelisah, murung,
pening, kepala menjadi
ringan – pitam, keliru, pergerakan luar kawalan, kekejangan otot, tangan menggeletar – sawan, menggigil,
peluh berlebihan, demam, sakit
tekak, anak mata menjadi besar,
ruam dan gatal.
3 Diethylpropione
Diethylpropione
juga merupakan sejenis bahan yang terkandung dalam pil pelangsing yang
digunakan untuk menahan nafsu makan dan selera makan. Sebagaimana bahan-bahan
yang telah dinyatakan di atas, diethylpropione juga member kesan yang negative
kepada tubuh badan sekiranya tidak diambil dengan betul.
Diantara
kesan yang paling negitif disebabkan pengambilan bahan ini adalah menyebabkan
tekanan jantung meningkat dan degupan nadi menjadi semakin laju. Ada beberapa
kes melibatkan kematian akibat pengambilan diethylpropione tanpa pengawasan
professional.
4 Orlistat
Orlistat merupakan
ubat yang tergolong dalam kumpulan perencat enzim lipase. Ia berfungsi
mengurangkan penyerapan lemak ke dalam badan. Orlistat tersedia dalam 2
kekuatan iaitu, 120mg dan 60mg. Buat masa ini, terdapat 6 produk mengandungi
Orlistat yang berdaftar di Malaysia dan ianya hanya boleh diperoleh melalui
preskripsi doktor.
Orlistat adalah
untuk rawatan obesiti dan ia merupakan rawatan jangka masa panjang (maksima 2
tahun). Orlistat diberikan apabila pesakit obese gagal menurunkan berat badan
selepas 6 bulan mengamalkan diet sihat dan melakukan senaman.
Diantara kesan sampingan pengambilan ‘orlistat’ adalah seperti
najis berminyak, tidak mampu menahan untuk membuang air besar, cirit-birit,
kembung dan sakit perut, pening, penat dan resah.
Contoh kesan orlistat.
Anda
juga boleh mendapatkan info mengenai nutrisi, kesihatan dan kecergasan di www.zackzaihan.com atau sebarang
pertanyaan boleh terus email ke zackfisio@gmail.com
Post a Comment