blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 3

Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman.

Minggu lepas dan minggu sebelumnya saya ada menulis mengenai tajuk berkaitan dengan pil pelangsing atau pil kurus atau pil diet. Pelbagai sub topik telah saya bincangkan. 

klik link di bawah untuk baca 

KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 2


Jadi, di bahagian terakhir ini saya akan berkongsi tentang golongan manakah yang perlu mengelak daripada mengambil pil diet dan nasihat saya kepada mereka yang ingin atau sedang mengambil pil diet.


SIAPAKAH GOLONGAN YANG PERLU MENGELAKKAN DARIPADA MENGAMBIL PIL PELANGSING
1. Pesakit jantung atau penyakit yang seumpamanya








2. Pesakit Anxiety Disorder


3. Hypertension
4. Perempuan mengandung
5. Perempuan yang menyusukan bayi
6. Pesakit glaucoma
7. Pesakit sawan


APAKAH NASIHAT KEPADA PENGGUNA PIL PELANGSING
Saya menasihatkan kepada mereka yang bercadang untuk menggunakan pil  diet atau pil pelangsing agar memenuhi 3 kriteria di bawah ini terlebih dahulu.
1.      Mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan kalori daripada biasa.

2.      Melakukan senamanan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi diantara 60-90 minit. Intensiti senaman pada kadar pertengahan iaitu diantara 50-60% sahaja memadai.

3.      Mengambil air lebih banyak daripada biasa. Digalakkan diambil diantara 3-4 liter sehari.

Sekiranya berat badan anda tidak turun sekurang-kurangnya 5kg selepas melakukan 3 amalan di atas selama 6 minggu barulah anda boleh berkifir untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan anda sebelum mengambil pil diet atau pil pelangsing.

Kepada mereka yang telah atau sedang mengambil pil pelangsing, saya menasihatakan agar mereka tidak berhenti melakukan senaman dan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang disamping pengambilan pil pelangsing.

Selain itu, pastikan anda mendapatkan nasihat dan preskripsi doktor sebelum anda mengambil pil pelangsing dan pastikan segala aturan cara pengambilan diikuti dengan disiplin.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019