KESAN PIL PELANGSING TERHADAP TUBUH MANUSIA : Part 2
Salam sejahtera kepada sekalian pembaca blog saya yang budiman.
Minggu lepas saya menulis mengenai tajuk kesan pil pelangsing dan saya mengkhususkan penulisan kepada jenis-jenis bahan yang digunakan dalam banyak pil-pil pelangsing yang ada dipasaran.
Hari ini, saya akan meneruskan sesi kupasan mengenai pil pelangsing atau pil diet ini.
UMUR YANG SESUAI MENGAMBIL
UBAT PELANGSING
Saya
bersetuju dengan pendapat Dr. Fred Pescatore, seorang pakar nutrisi dan diet
yang merupakan Presiden kepada ‘International and
American Associations of Clinical Nutrition’ pernah menyatakan dalam satu temubual rancangan
televisyen dan beliau menyatakan bahawa tidak ada kerangka umur atau kumpulan
umur tertentu yang dibolehkan untuk mengambil ubat pelangsing.
Sebaliknya, Dr. Fred menegaskan bahawa
kesihatan adalah konsiderasi utama sebelum doktor atau pakar pemakanan
memberikan nasihat dan presripsi kepada pengguna. Sebagai contoh seorang
berumur 60 tahun yang mengalami masalah obesity dan berat badan tidak mempunyai
masalah kesihatan lain terutama masalah jantung dibolehkan untuk mengambil ubat
pelangsing. Manakala jika ada seorang anak muda lingkungan 24 tahun tetapi
mempunyai masalah jantung tidak dibenarkan untuk mengambil ubat pelangsing.
BAGAIMANA BERAT
BADAN NAIK WALAU SUDAH MENGAMBIL UBAT PELANGSING
Kebanyakan nasihat pengamal perubatan adalah
untuk menghentikan pengambilan pil pelangsing apabila berat badan tidak turun
ataupun turun pada kadar yang minima pada tempoh tertentu.
Pada pendapat saya ia mungkin berlaku kerana
beberapa faktor seperti kesesuaian fisiologi badan pengguna atau pun mungkin
disebabkan kesan daripada pengambilan ubatan lain dalam masa yang sama.
Justeru, saya menasihatkan agar pengguna ubat
pelangsing segera mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya berat badan
tidak turun dalam tempoh tertentu. Dan apatah lagi sekiranya berat badan anda
semakin bertambah.
KEBAIKAN PENGAMBILAN
PIL PELANGSING
Sebenarnya, kesan pil pelangsing memang memberikan
manfaat kepada sesetengah manusia khususnya kepada mereka yang mempunyai
masalah berat badan dan obesity.
Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai
Indeks Berat Badan atau BMI melebihi 30. Anda perlu sihat tubuh badan, tidak
mempunyai sebarang masalah jantung atau masalah kesihatan berkaitan jantung,
tiada masalah diabetic dan seumpamanya.
Dan saya secara profesionalnya bersetuju dengan
pengambilan pil pelangsing ini sebagai pemankin ataupun jalan pantas untuk
menurunkan berat badan. Hal ini kerana ia mampu mengurangkan risiko penyakit
lain selepas mendapat obesity melampau dan sebagainya. Kombinasi pengambilan
ubat pelangsing dan pemakanan yang sihat dan senaman secara berterusan.
Namun begitu, saya menasihatkan agar pembaca
mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan atau nutrisi jika mahukan kesan pil pelangsing menjadi positif. Segeralah
mendapatkan presripsi daripada doktor anda sebelum mengambil sebarang pil
pelangsing.
KEBURUKAN PIL PELANGSING
Peningkatan
tekanan darah (hypertension)
Heart
palpitation
Anxiety/gemuruh
Insomnia
Stroke
Serangan
jantung
Berikut dibawah saya berkongsi tentang
beberapa kes melibatkan pil pelangsing yang popular:
2002
Seorang pelakon warga Singapura, Andrea De Cruz,
nyaris maut garagara mengambil pil pelangsing keluaran syarikat dari China.
Penggunaan pil pelangsing menyebabkan hatinya rosak dan gagal berfungsi secara
tiba-tiba. Andrea terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan
nyawanya. Andrea memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti
rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi Singapura.
2007
Seorang suri rumah berusia 33 tahun meninggal
dunia di Hospital Alor Setar, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dan
teh herba buatan China. Mangsa dilaporkan tidak berpuas hati dengan berat
badannya yang naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga. Dia membeli sekotak
ubat pelangsing mengandungi 60 kapsul dan teh herba mengandungi 30 sachet yang
berharga RM350. Selepas hampir tiga bulan, berat badannya menurun namun dia
mula mengadu sakit pinggang dan menjalani rawatan di HAS sebelum doktor
mengesahkan buah pinggangnya rosak.
Ikuti tulisan saya pada 'part 3' atau yang terakhir mengenai tajuk ini pada hari Isnin akan datang. Saya akan menulis mengenai siapakah golongan yang tidak boleh mengambil pil diet dan tips nasihat khas untuk pengguna-pengguna dan bakal pengguna pil pelangsing.
Anda juga boleh mendapatkan info mengenai nutrisi, kesihatan dan kecergasan di www.zackzaihan.com atau sebarang pertanyaan boleh terus email ke zackfisio@gmail.com
Post a Comment