blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Kayuhan Wakaf : Demi Sebuah Harapan

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera.

Kiyai Ustaz Mohd Anwar Yusof Al Hafiz yang merupakan Pengetua Sekolah Tahfiz Intergrasi Al Anwar, Putra Height Puchong telah bertemu dengan saya beberapa bulan yang lalu menyatakan hasrat dan hajat beliau untuk mengajak saya bersama untuk mendirikan sebuah sekolah tahfiz intergrasi menggabungkan pengajian tahfiz dan agama, silibus kementerian pendidikan, silibus KAFA negeri Selangor dan juga silibus Cambridge, UK dalam masa yang sama.

Selepas Kiyai Ustaz mengajukan soalan samada saya berminat untuk turut serta dalam perjuangan membina sekolah tahfiz ini, langsung saya tidak berfikir panjang atau meminta masa untuk berfikir dahulu. Saya terus katakan ia. Saya akan bersama!!
Saya percaya dengan sumbangan saya yang tidak seberapa ini mampu menghadirkan mimpi Kiyai Ustaz Mohd Anwar Yusof Al Hafiz menjadi kenyataan. 

Sekolah Tahfiz ini kami usahakan secara sendirian dan masih memerlukan sokongan dan bantuan daripada sahabat-sahabat. Ia dijangka akan beroperasi pada sesi pengambilan Januari 2016. Sebagai sekolah yang baru dengan jaminan kualiti kepada pelajar-pelajar kami mensasarkan maksimum 200 orang peajar dari umur 4 tahun sehingga 8 tahun. 

Selain daripada akademik, sekolah juga akan menjadikan sukan prestasi tinggi sebagai acara utama. Kami mensasarkan anak-anak ini akan cemerlang dalam arena sukan dengan menyediakan jurulatih-jurulatih profesional.

Lantaran itu, saya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada sahabat-sahabat untuk merealisasikan impian dan usaha saya, Ustaz Anwar, Sdr Hakim dan Ustaz Zahid untuk mendirikan sekolah tersebut.

Kami amat terharu dan berterima kasih buat Sdr Hasmi Hashim atau dikenali juga sebagai Buddhi Hekayat dalam bidang penulisan untuk turut membantu kempen mendapatkan dana sekolah. Hasmi Hashim adalah seorang karyawan seni yang juga penulis lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF yang memenangi Juara Lagu Muzik-Muzik 2012 kerana sudi mengayuh basikal demi sebuah harapan.



Sdr. Hasmi Hashim akan berkayuh basikal lipat selama 3 hari secara solo dari 16 September 2016 hingga 18 September 2015. Kalau ikut perancangan awal laluan adalah sekitar Selangor. Kayuhan bermula dari Sg Pelek hingga ke Putra Height. 


Justeru, sokongan sahabat-sahabat untuk menginfak atau berzakat untuk menjayakan misi sekolah ini amat saya perlukan. Sesiapa yang bersedia untuk membantu boleh terus membuat sumbangan ke akaun Bank Hong Leong atas nama Sekolah Rendah Islam Al-Anwar (221 0000 3950). Sila hubungi atau whatsapp saya selepas membuat sumbangan.


Selain itu, kami juga bersedia kerjasama dengan teman-teman yang mempunyai idea untuk membantu mendapatkan lebih banyak dana.

Hubungi saya secara terus atau whatsapp 0182523474.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019