blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

IPAD atau Aktiviti Fizikal : untuk Anak Semasa Cuti Sekolah

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan gembira disamping keluarga hendaknya.
Kini menjelang cuti sekolah hujung tahun sudah pasti semua pembaca telahpun membuat perancangan percutian bersama ahli keluarga khususnya anak-anak begitu juga dengan saya.

Beberapa lokasi pilihan sudah dikenalpasti. Cuma belom membuat 'booking' sahaja lagi. Insya Allah sehari dua ini akan membuatnya. Saya juga berharap agar saudara-saudari pembaca juga akan berbuat demikian. Ini kerana diwaktu zaman serba canggih ini ikatan kekeluargaan atau 'family bonding' semakin berkurangan. 


Gajet adalah unsur utama yang menyebabkan ikatan kekeluargaan ini semakin berkurang. Ibu bapa sering beranggapan dengan memberikan gajet-geajet seperti IPAD, Tablet atau pon talifon pintar sebagai galang ganti kepada kehadiran kita sebagai ibubapa. Ada diantara ibu bapa beranggapan dengan memberikan gajet-gajet ini akan menyebabkan anak lebih sayang dengan kita. Tetapi sebenarnya ada beberapa kekurangan daripada sudut kesihatan dan kecergasan anak-anak akan terjejas.






Berikut adalah kekurangan yang dihadapi anak-anak yang terlebih bermain Ipad atau tablet

1. Kadar pembakaran kalori yang minimum.
Kadar kolori yang dibakar oleh anak-anak yang bermain Ipad atau tablet didapati lebih rendah berbanding dengan anak-anak yang bermain permainan yang melibatkan aktiviti fizikal seperti bermain bolasepak, berbasikal atau bermain permainan-permainan tradisi seperti galah panjang, konda-kondi dan seumpamanya.

Menurut 'California Department of Education' yang melakukan kajian pada 2001 mendapati murid-murid yang mempunyai kondisi fizikal yang baik dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan dan bersenam mempunyai keputusan prestasi sekolah lebih baik khususnya dalam bidang matematik daripada mereka yang tidak melakukan aktiviti fizikal.
( http://www.sparkpe.org/blog/study-physically-active-kids-perform-better-academically/#sthash.beDjiarH.dpuf )


RM40 untuk 215 Channels. Hubungi / whatsapp 01128004545

2. Tiada aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal adalah lebih daik daripada gajet seperti Ipad atau tablet berdasarkan kajian oleh New South Wales Ministry of Health, NSW Department of Education and Communities and the Heart Founcdation. Kajian ini mendapati bahawa anak-anak yang sering melakukan aktiviti fizikal mendatangkan banyak kebaikan seperti:

  • Berat badan yang sihat dan sesuai dengan ketinggian 
  • Otot dan tulang lebih kuat
  • Mempunyai daya keseimbangan badan dan fleksibiliti yang baik
  • Mempunyai postur atau lenturan badan yang bersesuaian dengan fizikalnya
  • Mempunyai daya kecergasan kardiovascular yang baik
  • Tiada tekanan darah, kolestrol berlebihan dan masalah sensitif (faktor risiko coronary heart disease and type 2 diabetes).
  • Anak-anak yang melakukan aktiviti fizikal lebih mudah untuk bertenang dan relaksasi.
  • Keyakinan diri (self esteem) lebih baik
  • Mempunyai kemahiran bersosial (social skills) dan jaringan sosial yang lebih baik.

3. Terdedah kepada unsur pornografi dan keganasan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bahan-bahan pornografi adalah sangat mudah didapati melalui internet. Dan Ipad dan Tablet merupakan medium yang sangat mudah untuk mengakses segala lawan-laman sesawang berkaitan. 

Anak-anak boleh sahaja tertekan laman-laman tersebut sekiranya anda tidak 

4. Kekurangan pendedahan aktiviti pendidikan motor atau 'motor learning'.
Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

klik link di bawah untuk artikel penuh mengenai Perkembangan Motor Halus
http://www.zackzaihan.com/2015/11/perkembangan-motor-halus.html

5. Menghadkan tahap kreativiti anak-anak
Sekiranya anak-anak terlalu asyik bermain permainan di skrin Ipad atau tablet yang anda berikan, ramai pakar-pakar pembangunan dan pedagogi kanak-kanak mempercayai ia akan menyebabkan kreativiti anak-anak akan semakin berkurang. Hal ini kerana penerapan dan permainan video di dalam gajet-gajet tersebut hanya menerapkan nilai-nilai yang terlalu objektif misalnya permainan lumba motor atau kereta hanya memerlukan 2 hasil samada menang atau kalah. 

Iya, saya tidak akan pernah menafikan yang permainan ini juga akan menguji daya kretiviti anak-anak. Akan tetapi, tahap kreativiti itu akan terhad kepada mahu menang.

6. Menyebabkan anak-anak mengalami masalah perhubungan sosial.
Anak-anak yang terlalu asyi dengan gajet berhadapan dengan masalah bersosial. Ada diantara mereka akan menyorok dan duduk didalam bilik apabila ada saudara mara yang datang ke rumahnya. Anda sendiri barangkali mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi anak yang begitu. Kalau pun bukan anak anda mungkin sahaja anak saudara atau anak kenalan anda.

KESIMPULAN
Justeru, sama ada anda ingin memberikan gajet seperti ipad atau tablet mudah alih anda atau menggalakkan anak-anak anda menyertai perlbagai aktiviti fizikal adalah berdasarkan kehendak anda. Hal ini kerana itu adalah anak anda. Keputusan di tangan anda sendiri.

Tetapi, sekiranya saya diminta untuk memberikan pandangan secara peribadinya saya akan menjawab yang saya membenarkan anak-anak saya bermain Ipad atau Tablet mudah alih. Akan tetapi, dalam masa yang sama jumlah waktu bermain gajet tersebut mestilah mempunyai limitasi. Kemudian, anak-anak wajip bermain secara fizikal sama ada di dalam atau di luar rumah.

Dan saya sendiri mengamalkan 1:2 iaitu 1 jam Ipad atau tablet dan 2 jam minimum wajip untuk beraktiviti secara fizikal.

Semoga saudara-saudari membuat keputusan yang bijak kepada anak anda selepas ini.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019