blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Liga Malaysia 2016 : Penaja atau Pe-raja??

Salam sejahtera. Selepas beberapa minggu masih ramai yang memperkatakan mengenai tajaan Datuk Seri Vida sebanyak RM20 Juta untuk pasukan Kelantan untuk tempoh 2 tahun bermula Liga Malaysia 2016. Jadi, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam memberikan komentar mengenainya.


Pertama sekali eloklah saya nyatakan pendirian saya yang.....
.......saya benar-benar menyokong syarikat-syarikat komersial mula menyumbang tajaan kepada pasukan-pasukan bolasepak tempatan. Ini menunjukkan industri sukan mulai masuk era profesional sebenar.

Saya dilahirkan daripada program bolasepak yang disusun oleh negeri ketika saya dibangku sekolah lagi. Program itu pula dipimpin oleh Persatuan Bolasepak Malaysia atau dikenali sebagai FAM sejak sekian lama. Saya mula mewakili negeri kelahiran saya sejak darjah 6 lagi untuk sukan ini. Kemudian, meneruskannya setiap tahun di setiap peringkat sehinggalah tamat persekolahan menengah.

Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sukan cukup mengujakan saya kerana di sini saya dapat belajar mengenai sukan secara keseluruhannya. Kami dididik untuk menjadi profesionalis sukan. Justeru, adalah rugi buat kelab-kelab sukan atau rekreasi yang tidak mengambil kami sebagai sebahagian daripada tim pentadbirnya.

Tamat pengajian, saya mula bekerja dalam bidang berkaitan sebagaimana dalam entri pengenalan saya <klik di sini> dan akhirnya saya mula kembali ke dunia bolasepak yang sangat saya cintai. Mula berkhidmat dengan kelab PKNS FC sebagai Jurulatih Kecergasan merangkap Pegawai Kecemasan. Kemudian, selepas setahun menabur bakti di PKNS, saya terus katakan YA tanpa berfikir panjang apabila ditawarkan berhijrah ke pasukan Selangor. Di sini saya mengentuai Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi dan berhadapan dengan pemain-pemain bintang termasuk Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy, Razman Roslan, Akmal Rizal Rakhli, Fadli Saari, Safee Sali, Amri Yahya, Shafiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan ramai lagi.

Ketika zaman itu atau zaman sebelumnya, pasukan adalah berlandaskan negeri yang ditadbir persatuan bolasepak negeri sebagaimana Selangor ditadbir oleh FAS. Kebiasaannya, pasukan-pasukan ini dibiaya oleh kerajaan negeri sejak zaman berzaman. Oleh sebab itu, pada akhir tahun 1990-an banyak persatuan-persatuan bolasepak negeri ini mengubah perlembagaan mereka dengan menjadikan Menteri Besar sebagai Presiden. Jadi, setiap kali mesyuarat agong tahunan persatuan dimana ada pertandingan ahli jawatankuasa (AJK), jawatan Presiden tidak akan dipertandingkan.

Ini pada pendapat saya adalah kerana kebanyakan persatuan ditadbir oleh orang-orang lama yang mungkin ada kepentingan tertentu. Justeru, kebanyakannya tidak kreatif atau bahasa sikit kasar "mereka malas". Meraka jadi malas untuk mendapatkan tajaan korporat dan seumpamanya. Jadi, dengan melantik Menteri Besar sebagai Presiden adalah jalan mudah untuk memperolehi dana kononnya. Walaupun begitu, ia tidak semudah disangka. Ia mungkin terjadi sekiranya prestasi pasukan baik sudah pasti pulangannya lumayan. Akan tetapi, apabila pasukan tidak berada di tahap yang dimahukan boleh sajaha orang-orang politik bersikap sentimental. Ada kes diamana mereka ini mensabotaj pasukan dengan cara melambat-lambatkan pembayaran gaji dan seumpamanya.


Saya pernah melaluinya, ketika pasukan Selangor berada ditahap terburuk selepas menang TREBEL pada 2005. Musim 2006 pasukan Selangor berada pada prestasi sangat buruk. Kebiasaannya gaji kami adalah diantara 25hb ke 28hb setiap bulan. Tetapi, waktu itu gaji ditahan sehingga kadang-kadang sampai 10hb berikutnya pon pernah. Namunbegitu, pengalaman saya itu tidaklah tragis kerana ada pasukan lain yang langsung tidak membayar gaji langsung. Ada pasukan yang masih tertunggak bayaran gaji sehingga hari ini.

Jadi, berdasarkan daripada pengalaman-pengalaman mengharapkan hasil kerajaan negeri untuk diberikan kepada pasukan sehingga 10 juta ke 30 juta setahun untuk biaya pasukan negeri sudah pasti mendatangkan pelbagai perdebatan termasuk perdebatan politik. Lantaran industri sukan bolasepak mula memasuki era profesional sebenar, pemikiran lapok serta orang-orang lama harus ditolak tepi. Pasukan-pasukan kini perlu memulakan langkah awal dengan membuka Jabatan baru dalam organisasi yang akan menguruskan perihal penajaan. Jabatan inilah yang akan menentukan segala bentuk penajaan daripada penaja utama, penaja korporat sehinggalah sekecil-kecil penaja seperti penaja makanan atau minuman ringan.


Berbalik kepada perihal Datuk Seri Dr Vida yang telahpun menandatangani perjanjian penajaan minggu lalu tidaklah menjadi pelik dan menarik untuk rakyat terbanyak mengikutinya. Beliau yang diketahui banyak menaja program-program TV sudahpun mulai menempatkan diri sebagai selebriti. Cuma yang memberikan impak dan komen negatif adalah kehendaknya yang mahu sekeras-kerasnya warna PINK atau Merah Jambu dijadikan warna jersey utama pasukan Kelantan yang digelar The Red Warrior (TRW). 

Pasukan ini menggunakan warna merah sebagai warna jersey utama. Lantaran itulah gelarannya The Red Warrior atau pun dalam Bahasa Melayu disebut Pahlawan Merah. Warna ini digunapakai sejak sekian lama. 

Apakah selepas Liga Malaysia 2016 ini bermula, gelaran ini bertukar kepada The PINK Warrior?

BIADAPKAH MENGUBAH WARNA JERSEY UTAMA KEPADA WARNA KEGEMARAN PENAJA?
Apa masalah dengan warna PINK? Pada awalnya saya juga turut terkesima dengan persoalan itu. Namun, bagi saya warna ini tiada masalah sebab banyak juga tim luar khususnya pasukan terkenal pernah menggunakan warna pink sebagai warna jersey mereka. Diantaranya seperti Juventus, Everton, Barcelona dan terkini Real Madrid juga menggunakan warna yang dikaitkan dengan unsur feminisme ini. 

Justeru, andai ditanya mengenai apakah saya bersetuju dengan perubahan warna jersey atas kehendak penaja? Ya, saya jawab sebab ia pernah dilakukan oleh Tan Sri Vencent Tan selepas membeli kelab Cardiff City beberapa tahun sudah.


Pada bulan Mei 2010, kalau anda masih ingat tycon terkenal Malaysia membeli kelab yang bermain di Liga Perdana Inggeris ini benar-benar mengemparkan berita sukan nasional ketika itu. Kelab ini dibina pada 1899 dan ketika Tan Sri Vencent Tan mengambil alih pasukan, ia berumur 120 tahun. Dan sejak daripada awal penubuhan pasukan ini dikenali sebagai The Bluebird dan mereka memakai warna biru sebagai warna jersey utama sejak awal 1900. Selepas setahun, taukeh judi ini mengambil keputusan mendadak dengan mengubah 2 perkara utama kelab sehingga mendatangkan kemarahan penyokong-penyokong setia kelab. 

Taukeh Sports TOTO ini telah mengubah logo asal kelab yang berupa seekor burung biru kepada seekor naga dan beliau juga dengan berani mengubah warna asal jersey utama kepada warna MERAH. Kerana beliau percaya dalam masyarakat Cina, warna merah sentiasa memberi 'ONG' atau berita baik. Dan penggunaan NAGA atau DRAGON lebih nampak kuat dan berani.

Jika kita analisa 2 kes ini mungkin ada sikit bezanya kerana Tan Sri Vincent Tan membeli kelab secara lahiryah manakala Datuk Seri Vida membeli pasukan Kelantan dengan cara Menaja / Sponsor dengan nilai jutaan ringgit.

PENAJA MAHU DILANTIK PENGURUS PASUKAN


Belumpun habis perbincangan mengenai warna jersey utama Kelantan, penajanya iaitu Datuk Seri Dr Vida sudahpun mengumumkan bahawa beliau mahukan jawatan Pengurus Pasukan diberikan kepadanya pada Liga Malaysia 2016 dengan harapan untuk turut duduk dibangku simpanan.

Sebagaimana amalan biasa, ahli politik yang terkait dengan kerajaan negeri selalunya mahukan jawatan ini. Mungkin ia adalah jambatan untuk mereka mendapatkan populariti. Nama-nama seperti Allahyarham Datuk Ahmad Basri mengurus Kedah juga merupakan ADUN, Dato Aini pula cukup sinonim bersama Selangor, begitu juga Dato Satim Diman dan ramai lagi nama politisi lain yang menjadikan jawatan ini sebagai batu loncatan.

Bagi saya sebenarnya jawatan Pengurus atau apapon jawatan itu tidak menjadi masalah. Akan tetapi biarlah bangku simpanan di tepi padang diisi punggung pemain simpanan dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam teknikal dan taktikal. Sepanjang berkhidmat dengan pasukan bolasepak tempohari, saya merasakan bahawa sebenarnya pasukan atau kelab tidak memerlukan orang lain atau VIP tertentu untuk turut duduk dibangku simpanan itu.Atau maksud saya yang lebih jelas adalah biarlah ruang itu diketuai KETUA JURULATIH dan semua pegawai teknikal dibawah kendaliannya. Pengurus, Presiden atau apapon jawatan yang tidak kena mengena dengan teknikal tidaklah perlu untuk duduk dibangku itu.

Dalam pengamatan saya kekadang Ketua Jurulatih berasa amat terganggu dengan kehadiran VIP ini. Mereka tidak pernah bersama pemain di padang tetapi sering mendesak Ketua Jurulatih untuk memasukkan pemain pilihan VIP ini. Sedangkan yang senantiasa bersama pemain adalah jurulatih-jurulatih ini. Mereka lebih tahu prestasi semasa pemain.

Pada hemat saya, mereka (PENGURUS-PENGURUS BOLASEPAK DI MALAYSIA) adalah keliru. Mereka fikir mereka Sir Alex Ferguson!!

Di sesetengah liga utama seperti English Premier League, Sirie A, Bundesleague dan beberapa liga lain menggunakan nama Pengurus sebagai penjawat jawatan teknikal paling tinggi. Dalam sesetengah liga lain pula seperti Liga Sepanyol, Liga Portugal dan lain-lain menggunakan nama Ketua Jurulatih seperti juga di Malaysia. Sebenarnya jawatannya sama.

Cuma di Malaysia jawatan Pengurus adalah berbeza dengan peranan yang dilakukan Luis Van Gaal di Manchester United. Pengurus di Malaysia adalah orang yang menguruskan perihal pengurusan pasukan seperti hal berkaitan gaji, makan minum di hotel, mesyuarat di FAM dan lain-lain pengurusan.

Justeru, kehadiran Datuk Seri Dr Vida di bangku simpanan pasukan Kelantan nanti saya jangkakan tidak menjanjikan apa-apa kelebihan selain daripada muncung bibirnya disamping mahkota berlian di kepalanya!!

"gomo klate gomo....muaahhh", kata Datuk Seri Vida.




No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019