blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar
Salam sejahtera kepada pembaca dan penyokong blog saya yang budiman. Sokongan anda selama ini memberikan sejuta kekuatan buat saya.

Melalui suasana yang cukup harmoni diantara kaum-kaum di Malaysia cukup mengujakan saya. Di kampong saya di Johor ramai kenalan saya berbangsa cina suka masakan Melayu sehinggakan ada diantaranya boleh pula bertutur bahasa Jawa dengan fasih. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baharu cina kepada semua pembaca khususnya yang berbangsa cina.
Tahun monyet menyingkap banyak nostalgia dan mitos. Misalnya cerita "Journey to The West". Hanuman atau Raja Monyet atau Monkey King menjadi cerita utama. Perjalanan hidupnya daripada daripada kehidupan di syurga (heaven) sehingga diusir ke dunia sebagai seekor monyet. Kemudian, menjadi sangat berkuasa sehingga lupa maksud sebenar kenapa dia harus hidup di dunia. Selepas bertahun tahun hidup sebagai raja yang tidak mudah dikalahkan Raja Monyet akhirnya kembali ke jalan kebenaran.

Jadi, daripada kisah ini dapatlah kita simpulkan (summarized) bahawa kuasa dan kehebatan yang dimiliki mestilah digunakan ke jalan yang betul.

Semoga semangat Raja Monyet akan memberikan kekuatan kepada anda sepanjang tahun yang mencabar ini. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan juga harus dilalui dengan mencontohi kebijaksanaan Raja Monyet.


"Selamat Tahun Baru Cina"

Sekian, terima kasih.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019