blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

AKU PILEH PKNS FC

Malam ini Final FA Cup diantara PKNFC vs JDT. Perlawanan dijangka berat ke JDT.

PKNSFC datang sebagai sebuah pasukan underdog. Meskipon ada pimpinan di negeri induknya mendakwa Piala FA ini adalah piala kelas bawahan. Cuma persoalan aku kalau benar piala ini kelas bawah, kenapa tim negeri tak lepas final??

Namun, bukanlah yang itu aku mahu komen tentang #finalpialafa2016 tapi lebih kepada tunduk dan rasa hormat aku pada pemain dan pentadbir #pknsfc kerna bisa gembling tenaga hingga ke Final FA Cup 2016.

Ketika musim 2005/06 aku juga pernah terlibat sama dengan projek khas PKNSFC. Memastikan kecergasan di tahap terbaik dan kecederaan minima adalah sasaran dalam 'job description' aku.

Ya benar tim ini adalah underdog. Tapi, ia menyimpan 1001 cerita tentang kejayaan bolasepak Selangor. Masakan tidak bila Vello, kitman pasukan pernah juga main bolasepak sepadang dengan Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. Anda juga bole bisik2 dengan otai2 di ibu pejabat PKNS ( kini di Seksyen 13 Shah Alam).

Sejak dari zaman sebelom aku menyertai pasukan ini , mereka menerapkan nilai kekeluargaan yang tinggi. Setiap ahli pasukan tidak kira pemain kesebelasan utama atau pemain simpanan atau Pegawai Kelas 1 sehinggakan tukang basuh baju dianggap sebagai ahli keluarga. Semuanya kena mainkan peranan masing masing. Jika mahu berjaya tiada siapa yang terkecuali.

Aku kira, selepas aku berhijrah ke FA Selangor setahun kemudian mereka masih mengamalkan gaya berpasukan seperti itu. Sehinggalah beberapa tahun kemudian pasukan ini menang Liga Perdana.

Pasukan ini tidaklah mempunyai nama2 besar kerana bajet pasukan tidaklah sebesar pasukan negerinya. Walaupon ramai yang tahun PKNS adalah penyumbang utama kepada hasil negeri Selangor.

Pernah sekali ia mengambil jalan kontroversi bila menandatangani pemain muda berbakat Nazmi Faiz Mansor yang baru pulang dari Jepun kerana tidak dapat menyesuaikan diri di sana. Namun, atas alasan abang-adik Nazmi Faiz berpindah ke FA Selangor dengan kadar tebus kontrak yang harganya ratusan ribu yang masih tidak berbayar sehingga sekarang (menurut orang dalam PKNSFC)

Namun, ketika mula aku menyertai PKNSFC lewat 10 tahun lepas, Pengurus En Azmi Adnan yang juga graduan Master Sports Science mahu menerapkan nilai2 sains sukan dalam pasukan. Aku diprojekkan untuk membantu meningkatkan kecergasan disamping memantau pemakanan dan cadangan nutrisi untuk pasukan. Selain itu, soal kecederaan dan rehabilitasi juga diperanankan untuk aku.

Ketika itu, En Ismail Ibrahim adalah Ketua Jurulatih yang turut memberikan peluang kepada perkembangan baru sains dalam sukan. Kini Coach Ismail Ibrahim merupakan tunjang utama JDT sejak ia dijenamakan semula beberapa tahun sudah.

PKNS FC sebenarnya lahir daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Staf PKNS. Kemudian, apabila ia mula bermain dalam liga profesional, PKNSFC telah distruktur semula ketika zaman Datuk Harun Salim menjadi Pengurus Besar.

Nah malam ini PKNSFC akan bermain di pentas FINAL walaupon banyak rintangan dan dugaan yang dilalui pasukan ini sejak awal penubuhannya. Aku mengharapkan pasukan ini mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan JDT yang dibarisi rata rata pemain bintang tempatan. Bahkan setiap pemain bolasepak di Malaysia mengimpikan bermain untuk JDT. Atau kata mudahnya JDT dianggap sebagai pencapaian tertinggi karier sebagai pemain bolasepak.

Pemain PKNS FC perlu fokus, tidak gentar dan jangan sesekali gugup berhadapan dengan ribuan penyokong di Stadium Shah Alam. Sokongan penyokong tempatan buat PKNS juga ditagih mereka. Mereka membawa obor Selangor. Mereka membawa semangat Mokhtar Dahari!!

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019