blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal (Part 6) MTB Comeback

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang budiman. Selepas hampir banyak minggu tidak berkayuh semalam saya mulakan langkah berani untuk berkayuh. Lebih 18 bulan lepas saya telah menjual basikal kegemaran saya dan beberapa aset untuk memulakan sebuah syarikat IT yang berpengkalan di Cyberjaya. Kami membangunkan sebuah tim untuk memberi servis siaran menggunakan protokol internet.

Tonton video ini bagaimana saya customed MTB pada 2016

Alhamdulillah usaha dan kepayahan kami telah terbalas. Kini semakin ramai yang mendapatkan khidmat kami. Selain itu, kami juga menawarkan segala jenis perkhidmatan berkaitan internet dan berkaitan IT.

Selepas semuanya berjalan lancar, kini adalah masa terbaik untuk saya memulakan kembali hobi mengayuh basikal. Tapi, mula-mula kena dapatkan basikal dulu untuk dikayuhh.

Tips membeli basikal baru yang pertama sekali saya memulakan usaha untuk mengumpulkan info berkaitan brand frame, groupset, wheelset dan lain-lain barang keperluan. Dan keputusan saya adalah seperti berikut:

(klik di bawah untuk baca lagi)


Frame : Geometric C-29er-G (frame ini adalah yang pertama di keluarkan Geometric dengan scale 29er. Beratnya hanya 1.09 Kg, diperbuat daripada material Carbon.


Groupset : Tips membeli basikal baru MTB yang kedua yang penting adalah groupset. Dan pilihan saya kali ini adalah Shimano XTR (2x11) Selepas begitu lama saya sangat selesa dengan SRAM termasuk basikal MTB dan Roddie, kali ini saya memang telah lama buat keputusan untuk mencuba barang SHIMANO ini. Dengan pengalaman puluhan tahun dalam bidang mekanikal, saya sangat pasti yang barang Jepun ini mempunyai teknologinya tersendiri.


Brakeset : Shimano XTR (memang tidak dinafikan tentang prestasi brakeset Shimano. Dan Model Shimano XTR adalah antara yang terbaik. Sebab itu ramai pelumba menggunakan brakeset ini walaupun pilihan Groupset mereka adalah Sram XX).



Wheelset : Dan tips membeli basikal baru MTB yang seterusnya adalah wheetset wajip pilih Mavic Crossmax SL Pro 29er (Saya ada penggemar Mavic sejak zaman 26er lagi dan sudah tentu produk ini menjadikan saya berusaha untuk menjadikannya pemutar basikal saya. Basikal MTB yang lalu saya menggunakan SLR (silver) memang memberikan prestasi yang baik khususnya semasa menuruni bukit (downhill). 

Ketahanan dan 'rolling' nya memang sukar untuk saya pilih wheelset lain. Produk ini dibawa masuk ke Malaysia oleh 'Paddlesport'. Ia menyediakan 2 pilihan iaitu dengan sticker tulisan CROSSMAX berwarna kuning atau hitam / kelabu di gelung rim dan hub. Dan saya memilih untuk warna hitam/ kelabu.


Fork : Lauf 29er -BERAT 980 gram (fork ini adalah fork yang paling ringan di dunia. Ia diimport daripada Iceland. Binaan dan kejuruteraan yang baik, cantik dan penggunaan tenaga yang optimum. Ia sangat sesuai untuk aktiviti marathon atau jamboree. Kelebihan ketika mendaki 'climbing' menjadikan saya memilih fork jenis ini biarpun terpaksa menunggu seminggu. Ia datang dengan saiz mengukut berat badan.

Dan tips membeli basikal MTB baru yang fork atau orang kampung sebut sepit udang.

Berdasarkan berat semasa saya, saiz Regular iaitu sesuai untuk pengguna yang berat diantara 70kg ke 110kg. Yang paling menarik ia adalah 'zero maintenance' dan ia memberikan 5 tahun warranty. Sebarang kerosakan boleh terus rujuk kepada 'pengedar sah' terus digantikan dengan yang baru. Sesiapa yang berminat sila whatsapp / hubungi 0182523474.)



(klik iklan untuk dapatkan subscription PERCUMA)

Stem & Handlebar : Controltech. Saya memilih handlebar Controltech disebabkan ianya sangat ringan berbanding produk lain. Justeru, untuk menjadikan kombinasinya baik tentulah stemnya juga daripada brand yang sama. Saya memilih saiz kepanjangan 100mm dan minus 17 degree untuk mendapatkan mood race!!


Seatpost : Thomson Masterpiece (saya memang gemar brand ini untuk seatpost sejak basikal terdahulu disebabkan ketahanan dan fizikalnya. Cuma, beza yang lepas saya gunakan model Thomson Elite dan kini Thomson Masterpiece (mahal sikit dan ringan). 


Saddle : Bontrager EVOKE RXL (carbon). Beratnya 15 gram. Saya memang sudah selesa dengan saddle (kerusi pengayuh) brand Bontrager sejak menunggang basikal Trek yang lepas.


Tempohari, selepas semua barang cukup, saya telah memberikan kepercayaan kepada tim mekanik basikal 'Speed Therapy' untuk memasang dan menyiapkan basikal ini. Lokasinya di Kulai. Kedai ini baru memulakan operasinya di sini sejak sebelum Puasa yang lepas. Walaupun kedai ini masih baru, namun pengalaman pengusaha dan timnya memang sangat dikenali oleh sekalian peminat sukan berbasikal di Johor Baharu.

Oleh kerana pengalaman mereka begitu luas dalam sukan berbasikal khususnya MTB, kerjanya sangat teliti, kemas dan begitu profesional dengan harga yang sangat minima. Jadi, tidak sia-sia saya memandu 3 jam daripada Kuala Lumpur ke Kulai. Justeru, kawan-kawan yang tinggal di JB dan sekitarnya patut menyerahkan basikal anda untuk mereka menyelesaikan segala permasalahan kesayangan anda itu. Insya Allah anda tidak akan menyesal. 
Hubungi Saudara Azhar 019 752 7378.


Selepas setahun basikal MTB ini beraksi bersama dengan saya, saya membuat keputusan untuk membeli sebuah roadbike jenama SCOTT.

Pilihan saya kali ini adalah Scott Foil 20.


Anda juga boleh membaca bagaimana saya setup roadbike baru pada Oktober 2017 yang lalu di sini:


Sekian, terima kasih.




2 comments:

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019