blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Sejarah Malaysia dalam Sukan Olimpik oleh Zack Zaihan Zainal

Sejarah Sukan Olimpik negara ini bermula pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Ketika itu negara masih menggunakan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya. Kita memerlukan lebih 30 tahun sebelum memenangi pingat pertama. Sepanjang penglibatan negara dalam Sukan Olimpik sejak 1956, hanya pada 1992 semasa temasya Sukan Olimpik Barcelona, Spain barulah Malaysia memenangi 3 pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa. 

Saat manis itu masih segar dalam ingatan saya. Sejarah sukan olimpik itu berlaku ketika umur saya 12 tahun. Masih tidak dapat dilupa apabila pasangan adik beradik Sidek dengan acara badminton regu Razif-Jailani. Merekalah yang membuka jalan bagaimanakah rasanya menaiki podium Sukan Olimpik iaitu temasya sukan yang paling tinggi sekali herarkinya. Meskipun hanya berdiri di atas papan podium yang tertera no 2. Tetapi merekalah yang pertama dikalungkan pingat Sukan Olimpik di leher anak Malaysia!!



Untuk makluman pembaca Sejarah Sukan Olimpik tahun 1992 itulah tahun pertama sukan Badminton memulakan debutnya sebagai sebahagian sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Dan anak-anak Haji Sidek dari Kanchong Darat ini tidak menunggu lama untuk menghadiahkan bumi bertuah yang namanya Malaysia ini dengan pingat Sukan Olimpik. Mereka tewas di perlawanan akhir ditangan pasangan Korea Selatan yang juga seteru utama mereka zaman itu iaitu Park Joo-boong-Kim Moon-soo 11-15, 13-15. Perlawanan penuh dramatik itu tidak berat kepada pasangan negara ini. Namun, atas jasa merangka sejarah itu saya ucapkan terima kasih kepada mereka!!

4 tahun kemudian di Sukan Olimpik Atlanta, US sekali lagi sukan Badminton membawa bendera Malaysia atau Jalur Gemilang menghiasi podium Sukan Olimpik. Kali ini dianugerahkan oleh Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock. Walaupun, perlawanan semasa set pertama menampakkan bahawa kita bakal membawa pulang pingat Emas. Namun, Ricky Subdja-Rexy Mainaky dari Indonesia berjaya membawa mereka ke set ke 3. Keputusan 15-5, 13-15,12-15 terpaksa ditelan pasangan beregu ini. Walaupun mereka mengerah keringat sehingga ke titis-titis akhir, tetapi belum dibuka pintu syurga emas itu lagi buat Malaysia.


2 hari sebelum itu, kita juga telah melalui situasi getir dan debar-debar apabila menonton perlawanan separuh akhir perseorangan Badminton Sukan Olimpik 1996 Atlanta diantara Rashid Sidek menentang Dong Jiong (Juara Dunia ketika itu). Prestasi Rashid Sidek ketika itu cukup membanggakan. Membawa harapan negara walaupun tergolong sebagai 'underdog', tidak mengecewakan. Namun, Rashid akhirnya membalas kepercayaan rakyat Malaysia dengan menewaskan Hariyanto Arbi dari Indonesia dengan keputusan 5-15, 15-11, 15-6 dan memenangi pingat gangsa. Ini maknanya, Rashid telah membawa pulang pingat ke 3 negara dalam sejarah Sukan Olimpik.


Kemudian, 2 temasya Sukan Olimpik di Sydney dan Athens iaitu tahun 2000 dan 2004, Malaysia langsung tidak memenangi sebarang pingat!!

Siapa Menteri Belia dan Sukan ketika itu???

Datuk Seri Hishamudin Hussein, Menteri Belia dan Sukan, 2000-2004

(Datuk Azalina Othman Said, Menteri Belia & Sukan, 2004-2008

4 tahun selepas itu iaitu pada 2008, semasa Sukan Olimpik di Beijing, seorang lagi jagoan Badminton negara hampir merealisasikan impian rakyat Malaysia memiliki pingat emas. Kali ini Lee Chong Wei terpaksa bertemu Juara Dunia Lin Dan di bumi kelahiran Lin Dan. Gemuruhnya Lee Chong Wei bukan kepalang. Selain Lin Dan, Chong Wei terpaksa mengharungi ribuan penyokong China. Lin Dan bagai dipasak kakinya di gelanggan. Pergerakannya tampak terbatas. Lin Dan menang mudah dengan format baru 12-21, 8-21.


Kemudian, mereka bertemu sekali lagi di perlawanan akhir Sukan Olimpik di London. Dan sekali lagi Lin Dan mengecewakan Chong Wei dan Jutaan rakyat Malaysia yang menantikan saat-saat akhir itu. Perlawanan itu sangat mendebarkan. Masih segar dan terngiang-ngiang bilamana jiran-jiran turut bersorak ketika perlawanan akhir itu. Tidak sepertimana di China 4 tahun sebelumnya. Lee Chong Wei berkeras mahukan pingat Emas London. Lin Dan dipaksa separa mati untuk memenangi perlawanan itu. Lihat sahaja keputusan 21-15, 10-21, 19-21. 

Dalam temasya sama di Pusat Akuatik London, Pandalela Rinong berjaya menghadirkan pingat Gangsa buat negara. Anak jati Sarawak itu menjadi atlet pertama dari Malaysia yang memenangi pingat di Sukan Olimpik selain daripada sukan badminton.


Selain itu, pelari pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan yang menyertai 3 Sukan Olimpik iaitu di Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico City 1968 menjadi Lagenda apabila lariannya di Mexico City acara 200 meter dengan pencapaian 20.92 saat merupakan Rekod Kebangsaan sehingga hari ini (di saat artikel ini ditulis). Setakat ini, ia adalah Rekod Kebangsaan paling lama tidak dipecahkan!!


Saya pernah berkhidmat di Institut Sukan Negara pada awal kerjaya saya dahulu. Dan pada hemat saya negara mempunyai aset-aset fizikal sukan yang bertaraf antarabangsa. Bukan sekadar stadium, malahan pusat kecergasan atau gimnasium, pusat latihan sukan masing-masing, pusat nutrisi sukan, pusat biomekanik sukan dan lain-lain lagi. Tempat-tempat ini tarafnya ANTARABANGSA!!

Peralatannya bukan 'made in China'!! Kalau boleh semuanya 'made in US' atau 'Europe' sahaja asalnya!!

Akan tetapi mengapa sukar mendapat pingat Sukan Olimpik dan peringkat dunia??

Zack Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019