blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

KUYUHAN AMAL BUAT JUNK BIKES

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia buat semua penggemar sukan berbasikal.
.
.
Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu insan-insan rapat untuk memikulnya. Walaupun berat untuk menganggukkan kepala tanda persetujuan untuk membuat kayuhan amal ini, namun apakan daya, demi isteri tercinta dan anak-anak tersayang, serta sokongan rakan-rakan DR2 dan GBH serta team-team lain, maka #junkbikes akur jua. Memang tidak perlu diperkenalkan lagi siapa beliau. Bukan seorang yang suka meminta-minta atau sentiasa mengharapkan orang lain. Beliau juga sentiasa menghambakan diri dengan berhadapan siang dan malam kepada basikal. #junkbikes dan basikal ibarat aur dengan tebing, ibarat isi dengan kuku begitulah diumpamakan insan yang bergelar JUNKBIKES.
.
Baru-baru ini khabar berita sedih menimpa beliau, beliau telah disahkan menghidap penyakit
cholecystitis (saluran dari hempedu ke hati tersekat) yang memerlukan kos rawatan bulanan yang tinggi bagi tujuan tersebut.
.
Sehubungan dengan itu, DR2 dan GBH dengan kerjasama dari beberapa kelab-kelab berbasikal sekitar Lembah Klang bagi menjayakan KAYUHAN AMAL BUAT #JUNKBIKES pada ketetapan berikut:
.
Tarikh: 30 September 2016 (Jumaat)
Masa: 9.30 malam
Tempat: Palace of Justice
.
Laluan kayuhan: Sariptempang Route
Route 1
Palace Of Justice (POJ) Putrajaya - Kota Warisan - LCCT - KLIA2 - Kota Warisan - Palace Of Justice (POJ) Putrajaya
.
Route 2
Shell Kota Warisan - LCCT -KLIA2- Kota Warisan
.
.
Meeting\regroup
POJ (laksa): meet 10.00pm meet roll tajam 10.30pm
regroup Kota warisan Shell 11:00pm
.
Kota Warisan: 11.00 meet roll tajam 11.05
.
Distance: 85km from POJ

40km from Kota Warisan

Intensity: Light and easy, group ride

MTB 26, 27.5, 29,29.1, RB All welcome.

BoyLefty - khidmat ikhlas untuk rakyat - 0193853026

*Helmet & Blinker
Safety precaution
Ride in group with same pace is a must between POJ - Kota Warisan.
.


Likely to hit some heavy trafic and to avoid any unforseen circumstances. Your kind Cooperation will be highly appreciated. Let enjoy the RIDE!!!
.
Moga perjalanan program malam ini dipermudahkan dan selamat berkayuh dengan santai dan tenang. Selamat berkayuh semua.
.
Semoga niat ikhlas untuk kayuhan ini dipermudahkan dan diharap semua rakan-rakan yang mengenali #junkbikes dan sahabat-sahabat basikal semua dapat turun untuk memberikan sokongan padu kepada sahabat kayuhan kita saudara #junkbikes bagi menjayakan kayuhan amal ini.

Sekian, terima kasih.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019