blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

DUGAAN 2017 : KAYUHAN MTB DI PCP DI TIMPA BENCANA



Pada 4 April 2017 lepas, saya mengambil kesempatan untuk kayuh di PCP atau Putrajaya Challenge Park.
.
Pagi itu cuaca sangat nyaman. Tidak begitu panas dan tidak pula hujan. Orang Cina cakap 'ngam ngam soii!!'. 
.
Acara pagi itu, saya mulakan dengan bersarapan di Warung Ejeap yg terletak lebih kurang 50 meter daripada PCP. Roti Canai dia memang power. Kuah dhal dan....
.... (bersambung) .....
.
....sambal memang sesuai untuk tekak Melayu macam saya.
.
Tapi, pagi itu nasib tak menyebelahi saya sebab roti canai dah habis.
.
Jadi, Sarapan pagi tu adalah Roti Bakar dan Air Suam.
.
Habis je makan, saya pon terus menuju ke PCP untuk parkir kenderaan dan bersiap-siap.
.
Bila dah selesai terus je masuk PCP.
.
Masa turun "Rock Garden" pertama tu saya ok walaupun dah lama tak masuk.
.
Kemudian, saya jatuh masa 2nd round sebab lambat buat keputusan samada nak masuk lorong kanan ker kiri. Masa itu tengah 'downhill'.
.
"Kedebukkk" macam nangka busuk jatuh daa...
.
Luka sikit di keting kaki kanan. Namun, saya teruskan juga hasrat nak habiskan pusingan.
.
Alhamdulillah saya dapat habiskan 2 pusingan.
.
Pusingan ke 3 saya bawa drone dan camera untuk merakamkan suasan nak dikongsi pulak dengan anda semua.
.
Saya juga mohon agar pembaca-pembaca blog ini memberikan sokongan kepada video-video saya ini dengan cara klik butang "LIKE'" pada video youtube tersebut.
.
Kemudian, sekiranya anda mahukan update video-video berikutnya elok lah juga anda klik butang "SUBSCRIBE" di youtube ini ya.
.
Selain itu, sekiranya anda ingin menjemput saya ride dengan anda di kawasan anda yg menarik boleh lah memberikan cadangan di ruang komen di bawah. 
.
Atau bole terus wasap saya di 0182523474
.
Akhir kata saya ucapkan, sekian terima kasih.
.
.
Video di rakam dengan menggunakan DJI OSMO (ground) dan DJI PHANTOM 4 (udara)

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019