blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

JADUAL AKTIVITI BASIKAL TAHUN 2017

Salam sejahtera, terima kasih kerana sokongan anda pembaca yang budiman terus menerus menyokong blog saya ini. 
.
Sejak tahun 2015 aktiviti penganjuran berbasikal meningkat secara mendadak. Hampir setiap minggu ada acara berbasikal melibatkan 2 ke 3 lokasi berasingan. Saya pula terpaksa mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam acara-acara tersebut kerana ingin menumpukan sepenuh masa dan keringat untuk syarikat "IT" yg saya tubuhkan pada awal tahun 2014.
.
Semasa awal penubuhan syarikat yang berpengkalan di Cyberjaya itu, saya memang tiada masa langsung untuk mengayuh basikal sehingga saya membuat keputusan untuk menjual basikal MTB dan Roadbike berjenama TREK yang sangat saya sayang.
.
(Klik gambar ini untuk baca coretan mengenai basikal MTB TREK SUPERFLY 2014 ini)
.
(Basikal Roadbike TREK MADONE 5.2)

Ketika itu, saya juga berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan (bersambung)


..............'cash' atau tunai dengan kadar segera untuk membiayai syarikat baru saya itu. Selain daripada kenderaan yang dibeli 'cash' sebelum itu serta hartanah lain, kedua-dua basikal ini juga menjadi mangsa untuk mendapatkan 'cash' segera.
.
Walaupun kasih dan sayang yang tinggi terhadap jentera ini, saya terpaksa melepaskan juga.
.
Kemudian, selepas syarikat mulai meraih keuntungan dan saya pula sudah ada masa senggang, satu projek "custome bike" saya mulakan pada Mei 2016 dengan membeli 'part' secara berasingan. Saya mahu basikal ringan dengan 'drive terrain' paling 'top'. Asal bajet RM15k. Tapi, akhirnya terlajak!!
.
(2016 Custome bike Project)
.
Klik link ini untuk baca artikel penuh : http://www.zackzaihan.com/2016/07/mtb-comeback.html#more
.
Sehingga hari ini, saya masih belum menyertai mana-mana aktiviti berbasikal secara event seperti jamboree atau race sejak menyiapkan basikal baru pada July 2016 yang lalu.
.
Namun, saya berharap untuk mula menyertainya tahun ini. Insyaallah.
.
Oleh sebab minat itu, saya secara pelan-pelan telah mencari 'event' ini dan rasa berbesar hati untuk dikongsi jadual aktiviti berbasikal tahun 2017 bersama rakan-rakan pembaca sekalian.
.
Berikut adalah jadual aktiviti berbasikal 2017 seluruh Malaysia seperti di bawah.

JADUAL AKTIVITI-AKTIVITI BASIKAL 2017
.🚵
.
1. Konvoi Berbasikal 2017 - Putrajaya (11.3.2017)


2. 360 Tebrau Mtb Ride 2017 - Ulu Tiram (11.3.2017)


3. Mtb Jamboree Balik Pulau - Politeknik Balik Pulau (11.3.2017)


4. Kluang Heritage Cycle Ride 2017 - Dataran Tasik Kluang (12.3.2017)


5. Karnival Jauhar 2017 (Night Funride@UniKL) - UniKL MITEC, Pasir Gudang (17.3.2017)


6. Gunung Reng Jeli Mtb Jamboree 2017 - Gunung Reng Kg.BAtu Melintang Jeli (18.3.2017)


7. Mutlaq Ipoh Night Fun ride - Ipoh (25.3.2017)


8. Lost World of Mimland - Kolej Vokasional Gomabak (26.3.2017)


9. CIMB Cycle at Seri Menanti 2017 - Seri Menanti (26.3.2017)


10. Longjack Mountain Bike Challenge 2017 - Wisma OkGroup SERKAM Melaka (26.3.2017)


11. Labis 7.0 Fun Ride - Labis (26.3.2017)


12. Meropah Fun Ride 2017 - Kg Meropah,Kuala Lipis, Pahang (1.4.2017)


13. Mtb Funride Funrace Segamat 2nd Endition 2017 - Taman Reakreasi Sungai Kapeh (1.4.2017)


14. Fun Ride SJ 25 KM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (2.4.2017)


15. NS Nature MTB Jamboree Seri Menanti - Kuala Pilah NS (8.4.2017)


16. Mpaj/tekas Cabaran Bukit Ampang Jamboree 2017 - Tmn Bkt Indah Ampang (9.4.2017)


17. D'Gators Fun Ride - Dataran Panggung Seni,UKM (15.4.2017)


18. Cabaran MTB Ulu Kinta 2017 - Ipoh (15.4.2017)


19. Felda Moutainbike Eco Challenge 2017 - Selangor (16.4.2017)


19. Chaah Bike Hash - Dewan Serbaguna Chaah (22.4.2017)


20. Dusun Tua MTB Jamboree 2017 - IKBN Dusun Tua (23.4.2017)


21. Design Village JamboRaze 2017 - Penang (30.4.2017)


22. Jasin MTB Jamboree 2017 - Stadium Mini Jasin (30.4.2017)


23. 6th Pocong Nite Ride@mutiara Gading 2017 - Sri Gading (30.4.2017)


24. Kayuhan Muhibah Fun Ride IPD Pendang - IPD Pendang (1.5.2017)


25. Galas Jamboree 2.0 - Dataran Gua Musang (6.5.2017)


26. Malaysia Airlines KW360 Extreme Jamboree - Kota Warisan, Sepang (7.5.2017)


27. Fun Ride Sihat Selangor - Tamu Hill Park,Batang Kali (13.5.2017)


28. GP'17 - Felda Panching Selatan, Pahang (13.5.2017)


29. TK Epic Ride 2017 - Tongkang Pecah Town (20.5.2017)


30. Dungun MTB Jamboree,Cabaran Pantai Timur 2017 - Dungun,Terengganu (20.5.2017)


31. Perak International Century Ride 2017 - RTC Gopeng,Perak (21.5.2017)


32. Lendu Lasak MTB Challenge 2017 - Alor Gajah, Melaka (21.5.2017)


33. Fun KOM Frazer Hill - Pajabat Pos KKB (23.7.2017)


34. International Fire X Ride Ecochallenge 2017 - Alor Gajah,Melaka (9.9.2017)


35. BP MTB Jamboree 2017 - Batu Pahat (23.9.2017)


36. 1st Iskandar Putri International MTB Jamboree 2017 (7.10.2017)


Sekiranya, ada 'event' yang saya tertinggal dalam jadual aktiviti berbasikal 2017 ini bolehlah menambahnya di ruang komen di bawah. Selepas itu saya akan masukkan lagi dalam jadual ini.
.
Selain itu, saya juga ingin berkongsi perkembangan terkini saya sekarang iaitu mulai April 2017 saya memulakan "inisiatif vlog". 
.
Saya akan cuba untuk buat video berkaitan basikal, kecergasan, nutrisi, kereta, motor dan minat lain saya yang kemudiannya akan di'upload' ke youtube. Berikut adalah link vlog saya di youtube. Saya mohon jasa baik tuan puan untuk klik link dibawah ini dan klik "SUBSCRIBE".
.


(klik link di bawah ini dan jangan lupa untuk SUBSCRIBE)
https://www.youtube.com/watch?v=z3GiOhHrW8c&feature=youtu.be 

Pelbagai video berkaitan kecergasan, kecederaan sukan mahupun terkait dengan sukan khususnya sukan berbasikal dan bolasepak akan dimuatnaik.
.
Sokongan anda amatlah saya perlukan untuk buat video-video ini. Tidak lah pula saya minta anda untuk membuat bayaran kepada video-video ini walaupun kerja-kerja untuk menyiapkan video memakan kos.
.
Disebabkan minat saya lakukan inisiatif ini tanpa bayaran.
.
Apa yang saya tagih daripada anda adalah sokongan dengan memohon agar anda klik butang SUBSCRIBE CHANNEL di youtube dan "LIKE".
.
Itu sahaja!!

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019