blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

TRAVEL VLOG : DAY 1 Road To Port Dickson



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman.
.
Pada 23 hingga 25 Mac 2017 yang lalu, saya telah bercuti ke Port Dickson bersama keluarga besar saya. Ia berikutan sempena cuti persekolahan. Peluan tersebut saya guna untuk memberikan masa penuh saya kepada anak-anak.
.
Saya mengambil keputusan untuk memandu 2 buah kereta kompek perodua #kelisa yang telah diubahsuai kepada model Daihatsu #gino. Sebuah berwarna Hijau dan sebuah lagi bewarna Oren kemerahan.

.
Kami memulakan perjalanan seawal jam 8.30 pagi.
.
Kami melalui jalan lama.
.
Bermula dari Cyberjaya menuju ke Salak Tinggi dan Enstek.
.
Seterusnya ke Sungai Pelek dan melalui Pekan Lukut.
.
Setibanya di Port Dickson kami singah di Warung Teh Ais 50 sen. Juadahnya memang spesel. Pelbagai masakan ada dengan harga yang sangat berpatutan.
.

Keunikan warung ini mendapat liputan banyak media termasuk Surat Khabar Sinar Harian dan Metro. Sehari sebelum ketibaan kami, warung ini juga didatangi oleh #jalanjalancarimakan dari TV3.
.
Menu utamanya ialah Asam Pedas Johor. Memandangkan saya adalah anak kelahiran Johor. Sudah tentu lauk ini akan menarik saya untuk memakannya.
.
Memang sedap rasanya. Untuk makluman lauk asam pedas sahaja ada dekat 7 jenis. Kemudian, pelbagai lauk lain lagi.
.
Kemudiannya, menu lain yang popular adalah Coconut Shake.
.
Klik video untuk menonton video penuh perjalanan hari pertama kami percutian kali ini.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019