blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

TRAGEDI SUKAN SEA 2017 : Menteri Main Polo, Bendera Salah, Myanmar Dibelasah

Assalamualaikum WBKT dan salam sejahtera.

.
Hampir lebih 6 minggu saya tidak menulis di blog ini disebabkan masalah domain pada www.zackzaihan.com bermasalah.
.
Sehingga minggu lepas ia masih tidak dapat diselesaikan dan saya ambil keputusan untuk membeli domain baru sahaja demi utk menyediakan platform untuk saya menukilkan apa sahaja mahunya di blog ini.
.
Jadi, selepas ini segala penulisan saya adalah di address baru iaitu www.zackzaihan.com.my
.
Apatahlagi, disaat Sukan Sea 2017 telah pun bermula.
.
Memang hilang sabar kalau tidak dapat mem'blogging' khususnya isu berkaitan sukan dan seumpamanya.
.
Setakat hari ini 22hb Ogos 2017, Malaysia sudah mengutip 32 pingat Emas, 23 Perak dan 13 gangsa untuk menduduki tangga teratas carta pungutan pingat meninggalkan Singapura yang hanya memiliki 13 emas.
.

Dan menjelang malam ini, beberapa pingat emas akan dikalungkan dileher pemenang-pemenangnya lagi.
.
Dalam soal prestasi pengutan pingat pula, saya fikir ini kali pertama atlet negara mempunyai potensi untuk menang lebih banyak acara dan paling dasyat adalah negara sedang mengungguli carta pungutan pingat.
.
Dalam banyak temasya Sukan Sea, kali ini peserta dan atlet kebangsaan membawa cabaran dan semangat yang luar biasa. Saya saksikan sendiri di depan mata untuk beberapa acara.
.
Saya mengimpikan pengajuran kali ini adalah yang paling 'PERFECT' di dalam banyak tahun ia diadakan. Ini berdasarkan iltizam, kos belanja dan perancangan yang lama tidak mungkin akan berlaku sebarang kekhilafan.
.
Bahkan dengan tenaga dan sumber yang dialirkan, saya sanggah kalau ada cacat walaupun kesilapan sekecil kesilapan ejaan di dalam tandas sekali pun.
.
.
Namunbegitu, ada 4 peristiwa yang sudah pun mencacatkan #kl2017 ini iaitu ......
.
1. Bendera Indonesia terbalik di dalam buku / katalog perasmian.
.
2. Bendera Brunei yang salah.
.
3. Penyokong Myanmar dibelasah separuh mati.
.
4. Nyanyian "Singapore Anjing" yang dinyanyikan penyokong bolasepak kebangsaan.
.
.
.
NATIJAH PERISTIWA
.
1. Bendera Indonesia Terbalik
Kelalaian pihak pengurusan perasmian Sukan Sea 2017 yang telah dengan sengaja print gambar bendera Indonesia secara terbalik. Sebagaimana, semua maklum bendera negara jiran ini hanya ada 2 warna dengan laras yang sama.
.
Satu jalurnya Merah (di sebelah atas) dan jalur kedua adalah putih yang diletakkan dibawahnya dengan kapasiti ruang yang sama.
.
.
Justeru, kesilapan teknikal ini menaikkan darah Menteri Sukan Indonesia dengan memuatnaik gambar keratan bahagian bendera negara-negara yang pernah menganjurkan Sukan Sea.
.
Bagi saya penganjuran acara sukan sebesar Sukan Sea ini perlukan dilakukan dengan profesional tanpa ada masalah-masalah kecil seperti ini dan ia harus dilakukan tanpa sambil lewa. Membiarkan syarikat kontraktor 'printing' buat kerja tanpa penelitian pihak kementerian, ia sangat memalukan.
.
Ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat Sdr Khairy Jamaludin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan merangkap menteri yang bertanggungjawab menganjurkan Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur ini.
.
Kalau menteri ini di Jepun sudah pasti beliau akan mengambil keputusan untuk meletak jawatan serta merta demi mengambil tanggungjawab kesalahan tersebut.
.
Tapi, inikan Malaysia!!
.
.
Malah KJ tanpa segan silu menyertai pasukan Polo Kebangsaan.
.
Saya kira beliau betul-betul menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Sukan untuk menyertai sukan yang tidak begitu popular ini.
.
Sehingga hari ini ramai diantara kita yang masih tak begitu faham dengan permainan polo berkuda ini.
.
Kalau polo dalam kolam renang tu tahulah kan???
.
.
Okayy, kalau benar beliau berkelayakan dengan skil dan komitmennya dalam acara tersebut beliau mestilah meninggalkan kerja-kerja lain untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sukan yang akan dia mewakili negara nanti.
.
Sudah pasti, semua atlet yang mewakili negara turut mengambil keputusan yang sama.
.
Bagi mereka yang bekerja, mereka mengambil cuti tanpa gaji. Ini disebabkan menggalas cabaran dan menyarung jersey negara itu sangat penting bagi mereka. Sebab memang atlet dilatih begitu. Untuk menang anda perlukan komitmen 100%.
.
Jadi, bagaimana bisa anda memberikan komitmen 100% untuk menjadi atlet, bahkan anda juga menjadi menteri, itu belum lagi saya menyenaraikan komitmen lain beliau.
.
Walaupun saya tiada masalah peribadi dengan beliau, namun saya melihat Menteri harus mengambil tanggungjawab penuh penganjuran Sukan SEA 2017.
.
Jika tanggungjawab diambil acuh tak acuh, baik minta Ayahanda Rani Kulop jer jadi Menteri. Dah tentu setiap hari akan ada atlet yang lawan atlet negara akan direpotnya!!
.
Saya agak barangkali ini diantara puncanya kegagalan beliau membuat delegasi tugas yang betul kepada pegawai-pegawainya sehingga menyebabkan bendera Indonesia di print terbalik.
.
Memang nampak ianya kesalah kecil dan tidaklah perlu dibesar-besarkan, namun kehangatkan isu ini sangat membahang terutama di negara jiran itu sendiri. Kalau-kalau anda ada saudara mara yang bekerja di Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia sudah pasti anda boleh tanya bagaimana marahnya anak-anak Indon di sana.
.
.
Bahkan sudah 2 hari mereka yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Kuning membuat demonstrasi di hadapan kedutaan.
.
Selain Jalur Gemilang di terbalikkan sebagai serangan balas, tidak kurang juga aksi membakar bendera Malaysia itu dimuatnaik ke media sosial.
.
Itupun sudah disabarkan oleh Tuan Presiden Jokowi lebih 30 jam sbelum ini tidak bisa meredakan kemarahan rakyat mereka. Bapak Jokowi minta usah dibesarkan isu tersebut.
.

.
2. Kesalahan Bendera Brunei semasa acara berlangsung

Kesalahan melukis bendera bukan sekadar print di katalog perasmian, malah 1 lagi kes berlaki di salah satu acara Sukan Sea yang dipertandingkan. Kali ini mangsa adalah Brunei pula.
.
Nasib baiklah negara Brunei ini orangnya tak ramai dan media di sana tidaklah sesensasi media di Indonesia. Namun, sedikit sebanyak ia juga mengguris hati peserta negara ini mahupun rakyatnya di Bandar Seri Begawan dan kawasan lain.
.
Bagaimana, pegawai-pegawai teknikal ini melakukan kesilapan-kesilapan yang agak mengaibkan negara penganjur iaitu Malaysia???
.
Adakah ini disebabkan mereka tidak ke kelas Geografi atau mereka sendiri tidak pernah mencuba mendapatkan kesahihan daripada wakil negara-negara terbabit bila berlaku kemysukilan.
.

3. Penyokong Myanmar dibelasah separuh mati.




Banyak versi cerita yang kita dengar. Dan berita mengenai kononnya ia bermula apabila rakyat Myanmar ini semasa menunggu bas berhampiran Stadium untuk pulang, mereka telah didatangi sekumpulan penyokong Malaysia yang memukul mereka.
.
Rakyat Myanmar ini hanya ada 4 orang manakala kumpulan penyokong Malaysia yang jahat itu lebih ramai sedikit. Dikatakan rakyat Myanmar ini juga telah dirompak ini berdasarkan kepada mereka turut kehilangan talifon bimbit dan juga dompet.
.
Ketikan mereka sedang bergelumang bergaduh, datang pula sekumpulan penyokong Malaysia yang baik cuba membela rakyat Myanmar yang dizalami ini.
.
Mendengar berita itu ia sedikit melegakan saya sebab sekurang-kurangnya masih ada lagi rakyat Malaysia yang baik. Dan setakat saya tahu rakyat Malaysia yang baik ini lebih ramai daripada mereka yang jahat.
.
Ikuti chat seorang saksi yang ada di tempat kejadian ini:
.
.
Saya masih berharap agar tidak lagi berlaku perkara-perkara begini di masa akan datang. Saya sangat berharap akan lebih ramai penyokong Malaysia yang baik-baik muncul di stadium untuk perlawanan bolasepak akan datang.
.
.
4. Nyanyian "Singapore Anjing" mencacatkan kejiranan
.
Sebenarnya, setakat pengetahuan saya nyanyian itu tidak langsung kedengaran sepanjang Sukan Sea 2017 ini. Video yang belegar-legar sekarang ini adalah 'chanting' ketika Piala AFF2012.
.
Ia video lama yang digemburkan semula atas niat tidak baik.
.

Dan saya sangat berharap yang pihak penyokong khususnya mereka yang menggelarkan diri sebagai #ultrasmalaya tidak bertindak begitu lagi.
.
Cukuplah mempunyai seorang Menteri Belia dan Sukan yang gagal menjadikan Sukan SEA 2017 ini perfect janganlah pula ditambah dengan penyokong yang memaki negara lain.
.
Atau mungkin sahaja mereka harus diberikan kelas "Introduction to Sports Sociology". Kalau mengaji Diploma Sains Sukan subjek ini akan diajarkan semasa semester 1 program.
.
.
KESIMPULAN

Justeru, saya berpendapat bahawa Sdr Khairy sepatutnya membuat pilihan samada nak jadi Pak Menteri atau nak jadi atlet Polo.
.
.
Sebab bagi penulis belum pun habis Sukan SEA 2017 ini, beliau ternyata gagal bila memilih kedua-duanya!!
.
.
.
Zack Zaihan
-peminat sukan 
-penyokong Malaysia

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019