blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

FIRE X RIDE | MENCIPTA REKOD MALAYSIA


Salam sejahtera kepada semua pembaca. 

Semoga anda dalam keadaan seihat wal afiat dan bergembira hendak Nya.

Semua sedia maklum 3 minggu lepada berlansungnya event yg telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record di Alor Gajah Melaka.

Ini kerana event tersebut adalah yg pertama membawa peserta meredah melebihi 120KM dgn basikal MTB. Ya, sudah pastinya menggunakan basikal bukit atau MTB. 
.
Kira kira lebih 80KM adalah berdasarkan jalan dalam 'trail'.
.
Seramai hampir 1500 peserta dilaporkan menyertai acara epik dan julungkalinya dan sudah tentu saya tidak terkecuali. Menyertai sukan MTB sejak tahun 2013 memang menyeronokkan.

Selain berkenalan dengan sahabat sepeda atau sahabat berbasikal yg lain, ia juga dijadikan tempat untuk kami melekakan diri dan melupakan sementara tugasan hakiki masing masing. di.....
.....kalangan kami adalah terdiri daripada CEO CEO syarikat besar sehinggalah pegawai pegawai kerajaan.

Namunbegitu, tidak disisihkan ramai juga mereka dikalangan rakyat biasa-biasa. Namun, kami ada minat yang sama. Kami lupakan pangkat dan jawatan. Kasi adalah sama. 

Bila sorang kena lumpur habis semuanya kena sama!!


Memang kami tidak takutkan cabaran. Cuma persoalannya adakah kami sempat habiskan 60KM pertama dalam tempoh 4 jam atau sebelum jam 11pg atau tidak???

Ini kerana format event ini setiap peserta diberikan "cut off time".

APA DIA "CUT OFF TIME"?
Ia adalah anggaran masa yang diberikan penganjur untuk mengawal trafik semasa dalam dan di luar trail. Jadi, setiap peserta kena berkejar jugalah untuk bersegera agar dapat tamatkan dalam tempoh di setiap check point yang disediakan.

Misalnya dalam event ini, kita diminta untuk habiskan 60KM dalam tempoh 4 jam dan seterusnya.

Jika anda gagal melepasi Cut Off Time yang disediakan maka anda anda terkeluar daripada cabaran.

Saksikan video saya dalam bentuk V-LOG atau VLOG di video yg saya sertakan dalam entry ini. Ada 2 bahagian.

Saya mohon agar tuan puan ketik butang SUBSCRIBE di channel YOUTUBE ZACK ZAIHAN serta ketik butang LIKE.

Full review saya untuk event ini dalam video tersebut.

Sekian terima kasih.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019