blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

BASIKAL LAJAK : MASALAH SOSIAL ATAU CABANG BARU SUKAN BERBASIKAL??

APAKAH NASIHAT YG BETOL UTK ANAK2 MAIN BASIKAL LAJAK??
.
Bagi sy basikal lajak bukan lah 1 masalah sosialsangat berbanding budak2 ini isap rokok, jadi bohjan atau bohsia.
.
Basikal Lajak barangkali cabang sukan berbasikal juga. Cuma ianya perlu ditangani dgn cara yg betul agar minat anak2 ini terhadap sukan berbasikal tidak putus.
.

.
Kita tahu sukan basikal begitu berkembang dan semakin popular menjelang 10 tahun kebelakangan ini.
.
Bermula dgn sukan berbasikal genre MTB atau basikal bukit. Kini sukan basikal roadie atau roadbike juga semakin menggalakkan.
.
Lebih kurang 10 tahun lepas sukan berbasikal MTB mula mewarnai jadual peminat2 sukan ini. Hampir tiap2 minggu ada shj acara berbentuk jamboree dan race diadakan diseluruh pelosok Semenanjung Malaysia dan kemudiannya....

.....perlahan2 masuk ke Sabah dan Sarawak.
.
Ramai yg bermula sbg acara hobi mula menyertai secara serius.
.

Polis : Memandang Basikal Lajak sebagai 1 masalah dan jenayah. Sedangkan sindiket pelajuran dan judi haram masih berleluasa???
.
.
Ada juga diantara mereka yg menjadikan acara2 ini sbg cari makan mereka. Maka mereka digelar pelumba profesional.
.
Jadi, utk adik2 yg berlumba basikal lajak ini kalau jalan yg ditunjukkan dgn cara yg betol sudah pasti ada diantara mereka akan menjadi the next Anuar Manan!!
.
Justeru, bg sy amatlah penting kita (peminat sukan berbasikal) dan apatahlagi badan2 atau organisasi sukan berbasikal memainkan peranan mendidik anak2 ini dgn cara yg lebih kreatif.
.
Jgn lah kita terlalu tergopoh2 utk menghukum anak2 ini.
.
Yang mereka perlukan adalah didikan dan jalan yg lurus!!
.
Dan bg sy yg mereka perlukan skrg adalah:
1. Pendedahan dan kepentingan helmet
2. Pakai blinker depan dan belakang
3. Kena ada brake juga utk emergency
4. Acara atau aktiviti melibatkan basikal lajak secara sah. Mgkn waktu itulah kita bole selitkan nilai2 positif dlm diri anak2 ini.
.
.
Lantas siapakah yg perlu mainkan peranan ini???
.
Dah tentulah organisasi sukan berbasikal yg sah.
.
Mereka ada AJK drpd Presiden sampai ke Exco lah dll.
.
Apa mereka buat??
.
Nak buat event peringkat antarabangsa jerrr???
Itu ok lahhh...
.
Tp, peringkat akar umbi begini pon penting juga. Selain mengkreatifkan sukan berbasikal itu sendiri, masyarakat juga dpt manfaat dikemudian hari.
.
Dh tentu masalah sosial dikalangan remaja ini boleh dikurangkan dgn acara2 sukan sebegini.
.
Sbgm Teori AGGRESION ataupon aggresif menyatakan bhw kenapa manusia bersifat agresif adalah disebabkan mereka mempunyai lebihan tenaga.
.
Dgn tenaga yg lebih ini mereka lebih mudah utk terangsang utk bertindak secara agresif dan ganas.
.
Justeru, dgn penglibatan mereka terhadap aktiviti2 fizikal seperti berbasikal ini akan mengurangkan lebihan tenaga.
.
Dan bila tenaga berkurang dh tentu risiko utk remaja2 ini melakukan kegiatan yg agresif dan ganas akan lebih rendah!!
.
.
.
Sayangilah remaja sekarang sbgmn org2 tua terdahulu menyayangi kita!!
.
.
-Zack Zaihan-
Cyberjaya,
12:30 am,
11 Okt 2017

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019