blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal (Part 9) : Upgred Wheelset Roadbike Scott Foil

.

Salam sejahtera. Selepas membeli basikal Roadbike terkini semasa cuti perayaan Deepavali tempoh hari, saya sekali lagi ke Kota Tinggi untuk ke Pusat Basikal Lim untuk upgred Wheelset pula.

Wheelset atau "set roda" dalam bahasa kebangsaan ini melibatkan rim, lidi (spokes) dan juga Hub.

Basikal dan Wheelset Asal iaitu Wheelset "Vuelta Alu"
Selalunya kalau motor atau kereta kita sebut rim sahaja. Tapi disebabkan set roda untuk basikal ini melibatkan beberapa komponen maka ia dipanggil sebagai WHEELSET.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi siri tips membeli basikal seterusnya iaitu bagaimana saya memilih wheelset yang sesuai untuk roadbike saya.

Maka, apa yang bezanya wheelset yang sedia ada dengan yang saya nak beli ini?

Sudah tentu banyak bezanya. Wheelset yang asal adalah diperbuat daripada aluminium. Maka ianya lebih berat dan hub nya tidaklah begitu berteknologi sangat.

Sebelum membuat keputusan untuk upgred wheelset ini saya ada membuat tinjauan beberapa pilihan. Dan akhirnya saya mempunyai 2 pilihan iaitu Fulcrum Racing Quattro 40mm dan Mavic Cosmic Exalith.

 
PILIHAN 1 : FULCRUM RACING QUATTRO



PILIHAN 2 : MAVIC COSMIC PRO CARBON EXALITH

Bajet untuk kedua-dua wheelset ini adalah diantara RM4800 ke RM5800.

Ramai juga otai-otai memberikan tips membeli basikal supaya upgred wheelset dulu sebelum upgred groupset. Dan melalui pengalaman menyiapkan basikal roadbike pada tahun 2013 dulu iaitu Trek Madone 5.2 mengajar saya.


Gambar kenangan ketika saya menggunakan Trek Madone 5.2, 2013 dulu. Masa ini saya masih ingin yang saya upgred groupset daripada Shimano Ultegra kepada Sram Red. Memang ringan sangat basikal ni iaitu 6.5 kg sahaja. Dan wheelset guna standard Racing Bontrager sahaja. Shifting memang sangat lembut akan tetapi dari segi rolling tidak membantu.

Dan disebabkan itu, saya bertekad kali ini saya nak upgred wheelset dulu. Dan jika anda tanya saya tips membeli basikal baru seterusnya samada untuk upgred groupset dulu atau wheelset dulu?

Sudah pasti saya akan jawap upgred wheelset dulu.

Kedua-dua model ini adalah diperbuat daripada carbon. Dan mempunyai hub yang khas untuk membantu melancarkan dan melajukan "rolling" wheelset tersebut.

HUB FULCRUM RACING QUATTRO

Lebih canggih hub lebih laju rolling basikal tersebut.
.
VIDEO FULCRUM RACING QUATTRO CARBON


VIDEO FULCRUM RACING QUATTRO CARBON

Selepas membuat analisis dan perbandingan, akhirnya saya membuat keputusan untuk mendapatkan Fulcrum Racing Quattro Carbon 40mm.

Dan harga di sekitar ibukota adalah RM4800 ke RM5200 siap pasang.

Kemudian, semasa saya mencari-cari deal yang baik, saya ada upload dalam salah 1 posting saya di media sosial. Dan Sdr Daniel, Pengurus Pusat Basikal Lim dari Kota TInggi tempat dimana saya membeli basikal tersebut terus menghubungi saya.

Dan saya terkejut dengan tawaran beliau dan terus nyatakan "confirm". Pada mulanya saya meminta beliau untuk menghantarkan wheelset tersebut menggunakan servis kurier sahaja.

Tapi, disebabkan minggu lepas saya terpaksa pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor untuk ke Ladang Projek Tanaman Cili Fertigasi kami, maka saya mengambil kesempatan untuk ke Kota Tinggi dan terus siap pasang di sana.

Seterusnya sila baca bagaimana saya upgred basikal roadbike ini daripada groupset shimano ultegra kepada apa???

Dalam pilihan saya adalah Shimano Dura Ace baru (9000) atau Sram Red???

Agak-agak saya pilih yang mana??


Baca di sini:

http://www.zackzaihan.com.my/2018/02/tips-membeli-basikal-part-10-upgred.html#more


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019