blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

HARI KE 3 : DARI PANGKOR KE CAMERON HIGHLAND



Pada hari 3 ini kami memang dah membuat booking bermalam di sebuah banglo di Cameron Highland.

Pagi itu kami mulakan aktiviti wajib iaitu mandi manda di kolam renang di resort kami menetap iaitu Pulau Pangkor Coral Bay Resort, Pasir Bogak.










Lepas mandi manda, kami balik ke appartment untuk bersiap dan berkemas untuk menuju ke jeti tengahari tu.

Sampai di jeti terus je kami memulangkan kenderaan sewa di kawasan parkir jeti.

Tidak lama menunggu feri untuk ke Marina Island, Lumut pun tiba dan kami terus menaikinya.


Selepas sampai ke Marina Island, kami hadapi masalah iaitu kunci kereta tak jumpa pulak. Dekat 15 minit terpaksa mencari habis semua beg yang ada. Nasib baik jumpa dalam seluar yang di pakai masa nak datang aritu jer.

Jumpa jer kunci kereta kami terus memulakan perjalanan ke Cameron Highland melalui Hiway Lumut-Bt Gajah-Simpang Pulai-Cameron Highland.


Tiba di Cameron Highland hujan sudah mulai turun renyai renyai. Lokasi pertama kami singgah ialah Ladang Teh Cameron Valley, Kg Raja.

Selain daripada bergambar sakan di sini, saya juga mengambil kesempatan memperkenalkan daun teh kepada anak-anak saya.



Selepas itu, kami turut meluangkan masa untuk menikmati keindahan Ladang Teh Cameron Valley dengan menaiki truk 4 wheel. Ia dipanggil Safari. Tiket nya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.

Masa diambil untuk tour sekitar 30 minit. Sampai di puncak, truk akan berhenti dan menurunkan penumpang untuk mengambil gambar dan menikmati kesegaran di atas puncak bukit ladang teh ini.


Bersambung....








No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019