blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Bariani Power Batu Pahat

Beberapa hari lalu saya telah mengambil kesempatan untuk singgah ke sebuah bariani power batu pahat yang sangat disukai dan dikenali oleh orang-orang di Batu Pahat.

Sebenarnya, dalam tempoh 6 bulan ini saya sudah ke sini hampir 3 kali untuk makan Nasi Bariani Gam Kambing. Tapi, 2 kali kehadiran kami itu menghampakan. Cuma, dapat makan Nasi Bariani Kambing biasa sahaja.

Bariani Gam Kambing tak dapat!!


Sebab kami sampai sini atas jam 1 petang.

Yang pertama tu sampai lebih kurang jam 2.30 ptg. Dan waktu tu rasanya cuti "public holiday", jangan cakap bariani gam kambing dah habis, ......... (bersambung)
(sambungan)............... bariani kambing biasa pun tak dapat jamah.

Yang ada hanya bariani ayam jer...

Kemudian, kali ke 2 datang awal sikit. Sempat sampai jam 1 lebih dan akhirnya dapat menjamah bariani kambing sahaja sebab bariani gam kambing dah habis.

Jadi, kali ini saya dan isteri-isteri datang lebih awal.

Kami tiba di Restoran BP Bariani Power jam 11 lebih.

Terus kami order 4 set Nasi Bariani Gam Kambing untuk 3 orang makan.

Bariani Gam Kambing Power

Memang order lebih 1 nasi bariani power batu pahat ni untuk buat tambah!!

Memang kenyang sangat lah beb... dan puashati sangat...

Rasanya sangat sedap!!!

Memang Power Bariani Gam Kambing ni

Anda takkan dapat rasa macam ni di Kuala Lumpur yang banyak mengaku Bariani Batu Pahat tapi korang tengok kuah bariani dia cair semacam jer kan....

Lepas tu, ada pengalaman saya sendiri rajin berbual dengan owner-owner restoran nasi bariani Batu Pahat di sekitar Lembah Klang yang saya singgah dan ada diantara mereka bukan berasal daripada Batu Pahat pun!!!

Macam mana nak ada rasa Bariani Batu Pahat tu!!

Ini ibarat makan nasi kandaq orang johor yang masak!!

Atau ibarat makan nasi dagang yang dimasak orang kedah!!

Tradisi Di Batu Pahat Mesti Minum Bandung Soda Kalau Makan Nasi Bariani.

Hari itu, saya order minuman spesel yang kena minum kalau makan nasi bariani sebagaimana tradisi orang-orang Batu Pahat iaitu minuman Soda Bandung.

Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian, khususnya pada mereka yang bukan berasal daripada Batu Pahat, selalunya Nasi Bariani tak kira Bariani Gam atau Bariani biasa akan dihidangkan setiap kali kenduri kendara khususnya kenduri kahwin.

Dan para tetamu akan dihidangkan dengan minuman campuran diantara sirap, susu cair dan ais krim soda.

Ia dipanggil Bandung Soda.

Dan sukatan campuran itu bukanlah boleh dicampur asal boleh jer. Ianya mesti dicampur dengan aturan yang betul. Sirapnya tidak berlebihan. Soda nya tak terlalu banyak. Atau Susu Cair nya tak boleh sampai membuak-buak.

Kalau silap campuran ia akan rasa tak sedap.

Ada kala saya try buat sampai berbuih-buih... rasanya jangan cakap lerrr... memang ouuuttt derrr!!!

Dan kombinasi diantara Nasi Bariani dan Bandung Soda memang melengkapkan hidangan dan memang membuka selera para tetamu yang hadir.

Begitu juga di Restoran BP Bariani Power, turut menyediakan minuman ini.

Dan saya tidak mahu ketingalan dan order 1!!

Perghhh memang sedap campurannya....

Memang pengalaman makan Nasi Bariani Gam Kambing Batu Pahat di sini sangat menguirkan. Kambingnya lembut, tektur nasinya begitu padat dan beralun ketika didalam mulut semasa kita mengunyah.

Memang makan nasi bariani gam kambing ni buat saya lupa soal dunia buat seketika.

Dan ketika nasi bariani ini selesai dikunyah, ianya seakan-akan berlumba-lumba untuk masuk ke dalam perut melalu kerongkong.

Jadi, sekiranya anda bertandang ke Batu Pahat ini, pastikan anda datang ke sini.

Saksikan video penuh saya bersama Pemilik dan pewaris Restoran BP Bariani Power ni.

Okay bagi kaki kaki makan mesti kena datang ke bariani power batu pahat ni!!



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019