blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Cycling Speedometer

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Apa khabar semua?

Hari ini adalah hari terakhir kebanyakan mereka yang bekerja sebelum mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina 2018. Ada diantara kita yang berkerja di syarikat yang dimiliki oleh bos-bos Cina barangkali dah mula bercuti hari ini.

Manakala, sebahagian lagi mungkin bekerja separuh hari. Jadi, berkemungkinan besar ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, bercuti / holiday ke pusat-pusat percutian di dalam dan di luar negara.

Justeru, doa saya agar kawan-kawan memandu dengan berhati-hati. Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk merapatkan hubungan kekeluarga sesama kita.

Amboi panjangnya intro entri kali ini. Okay hari ini saya ingin membincangakan mengenai cycling speedometer.


Bagi peminat-peminat sukan berbasikal tidak kira MTB, Roadbike, Dirtbike dan seumpamanya, hatta, basikal lipat (foldingbike) pun memerlukan cycling speedometer. Ia juga dipanggil sebagai ........ (bersambung)
(disambung)...... cycling computer.

cycling speedometer ini digunakan sebagai wadah pembacaan kelajuan basikal seseorang ketika berkayuh. Bacaan ini dibaca samada dalam kiraan unit metrik ataupun imperial.

Mari saya ingatkan pembaca-pembaca sekalian apa itu bacaan metrik dan imperial.

Selalunya di Malaysia kita menggunakan unit metrik. Kiraan dalam speedometer selalunya KM/H atau nama panjangnya "kilometer per hour" atau dalam bahasa ibunda "kilometer se jam'.


JENIS-JENIS CYCLING SPEEDOMETER

Hari ini untuk memudahkan pembaca-pembaca sekalian, eloklah kalau saya kelaskan speedometer ini supaya kita boleh membezakannya. Sayakan akan mengkelaskan ia mengikut spesifikasi dan harga.

1. Speedometer Biasa
Ia membaca kelajuan dalam km per hour (km/h) dan seumpamanya. Ia tiada GPS. Dan ia tiada Heart Rate Sensor. Dan ia sesuai untuk pengguna-pengguna yang baru menceburkan diri dalam sukan berbasikal a.k.a. beginners.

Speedometer biasa ni ada yang berwayar dan tidak berwayar.

Speedometer Berwayar :

Sambungan diantara meter dan sensor menggunakan wayar.

Maknanya bacaan kelajuan dihantar daripada sensor ke meter melalui wayar.

Harga : RM50 ke RM110 (bergantung kepada brand dan spek)


Speedometer Wireless :

Jenis ini tidak menggunakan wayar untuk menyambungkan (connect) diantara meter dan sensor.

Ia menggunakan infrared atau yang lebih canggih menggunakan bluetooth.

Harga : RM100 ke RM350 (bergantung kepada brand dan spek)



Kedua-dua jenis speedometer ini membaca kelajuan basikal berdasarkan pusingan tayar dan rim yang dikenali sebagai "wheelset". Sensor diikat di fork. Dan magnet untuk membaca diikat di lidi (spokes) wheelset seperti gambar di bawah:


Kemudian, bacaan kelajuan dihantar samada menggunakan wayar atau tidak ke meter di handle basikal.


2. Speedometer Intermediate (pertengahan)

Bagi kategori kedua ini saya kelaskan kepada cycling computer yang mempunyai nilai tambahan berbanding kategori yang pertama tadi.

Tambahannya apa? Speknya sama seperti apa yang ada pada yang biasa iaitu ianya membaca kelajuan dalam nilai metrik atau imperial serta lain-lain bacaan yang berkaitan. Tetapi, ia sudah tidak menggunakan sensor untuk membaca kelajuan daripada pusingan wheelset atau tayar.

Atau bahasa mudahnya, jenis yang kedua ini tidak membaca kelajuan menggunakan sensor. Ini kerana jenis ini membaca kelajuan menggunakan GPS.

Jenis yang kedua ini selalunya boleh juga membaca "cadence" iaitu putaran kayuhan. Maknanya nak tau berapa kali kita berkayuh atau memusingkan paddle. Seandainya dalam 1KM anda hanya kayuh 100 kali, maka akan direkodkan sebagai CAD 100. Sebab mungkin masa tu anda hanya kayuh sejauh 800 meter. Baki lagi 200 meter ialah menurun bukit dan anda tak kayuh.

Jenis ini sesuai untuk mereka yang sudah serius dengan sukan berbasikal ini kerana ia dapat membaca banyak data-data penting ketika kayuhan. Jadi, dengan data-data ini, pengguna dapat menggunakan ia untuk meningkatkan prestasi ketika kayuhan di masa depan.

Jenis ini berharga diantara RM400 ke RM700.

Kalau yang ada Heart Rate sensor pula berharga RM500 ke RM1000.


3. Speedometer Advance (High End)

Manakala, jenis yang terakhir ini saya kelaskan khusus buat mereka yang dah jadikan sukan berbasikal ini sebagai jalan cari makan melalui kemenangan di acara-acara tempatan atau pun antara bangsa.

Sudah tentu mereka yang berstatus atlet memerlukan speedometer jenis yang ini.


                 
                 











Selain daripada membaca kelajuan, pusingan/lap, heart rate dan berkaitan juga penting dalam kita memahami kedudukan fizikal kita ketika berkayuh. Apatahlagi kalau kayuhan melibatkan 100 ke 200KM setiap sesi.

Dulu, saya pernah menulis mengenai kepentingan mengetahui kadar denyutan nadi atau heart rate semasa latihan. Ini kerana melalui kiraan ini sahaja memudahkan kita mengetahui tahap kecergasan ketika melakukan senaman.

Baca lagi berkaitan HEART RATE SENSOR klik gambar di bawah :

Klik Gambar Untuk Baca Lanjut Mengenai Bagaimana Kira Tahap Kecergasan
Selalunya pekej jenis ini melibatkan cycling computer, heart rate monitor dan cadence sensor.




Walaubagaimanapun, ia tidak terbatas kepada mereka yang saya sebut di atas sahaja. Sekiranya, anda berkemampuan dan mementingkan prestasi kayuhan sudah tentu jenis ini perlu anda miliki.

Cycling Computer kategori advance ini mempunyai spek yang tinggi. Selain membaca kelajuan menggunakan GPS, ia juga boleh membaca degupan jantung dengan pekej Heart Rate Monitor yang disediakan bersama atau berasingan (maknanya kena beli lain lah)

Ada banyak brand yang khusus membina cycling computer di dalam kategori ini seperti Polar, Garmin, Wahoo dan lain-lain.

Yang best nya, jenis ini boleh mengeluarkan data terus ke apps yang ada di Iphone dan Android. Dan dah tentu ianya boleh di'sync' ke PC atau laptop anda untuk mengeluarkan data lebih detail.


Dan ia berharga diantara RM1500 ke RM4000.


PILIHAN ZACK ZAIHAN

Selepas membikin basikal Roadbike pada awal oktober dulu, saya menggunkan hanya speedometer jenis kategori pertama iaitu brand CATEYE model PADRONE.

Memang tidak berniat nak beli speedometer yang spek tinggi sebab sebelum tu saya pernah menggunakan jenis polar yang masih boleh dipakai. Masa beli tu tahun 2013 dulu.

Anda boleh baca di sini : http://www.zackzaihan.com.my/2013/10/pengalaman-menggunakan-polar-rc3-gps.html

Akan tetapi tak sampai 4 hari guna Cateye Padrone ini dah jatuh masa kali pertama pakai. Sekali kena lenyek dengan lori terus rosak.

Dan selepas saya membuat perbandingan diantara jenama Garmin dan Polar akhirnya saya memilih Polar.

Sebab utama saya membuat keputusan untuk membeli model Polar V650 ialah saya dah terbiasa menggunakan polar sejak pengajian saya semasa Diploma Kesihatan dan Kecergasan (1998-2000). Masa itu saya menggunakan model Polar F3.

Kemudian, selepas menyambung pengajian ke peringat Ijazah Sarjana Muda (BSc), saya mendapatkan model lebih upgred iaitu F5 kalau tak silap.

Begitulah revolusi Polar ini saya terus ikut semasa di Institut Sukan Negara, Celebrity Fitness, Fitness First, PKNS FC dan semasa di Persatuan Bolasepak Selangor.

Jadi, keyakinan saya menggunakan jenama Polar sudah tidak dapat di atasi walaupun dengan kepopularan jenama Garmin sekarang. Kebanyakan daripada rakan-rakan berbasikal menggunkan Garmin kerana pada hemat mereka Garmin yang terbaik.

Setakat ini tidak pada saya. Kepercayaan saya hanya pada Polar dalam industri kesihatan dan kecergasan. Manakala GPS boleh lah diberikan kepercayaan kepada Garmin.

Oleh itu, beberapa hari lalu saya mendapatkan Polar V650 untuk menjadi komputer basikal saya.

Anda bole klik play (HD) pada video di bawah ini:



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019