blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Splash Boom Berhulu Camp

Salam sejahtera, petang tadi saya dan keluarga baru sahaja sampai di rumah di Selangor selepas mengambil masa untuk lari dari kekalutan hidup kota sempena cuti Tahun Baru Cina.

Lokasi kami kali ini adalah di Berhulu Camp yang terletak di Hutan Lipur Jeram Kg Serting Ulu Jempol, Simpang Pertang Negeri Sembilan.

Perjalanan mengambil masa 1  jam 45 minit daripada Putrajaya. Manakala, kalau anda datang dari Seremban ia hanya memakan masa 45 minit sahaja.

Kedudukannya yang tidak jauh dari Pekan Batu Kikir dan Pekan Simpang Pertang memudahkan sesiapa yang mahu bertandang ke sini.


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Berhulu Camp ini. Dan diantara yang pelbagai itu, saya rasa yang paling best sekali adalah aktiviti Splash Boom.

Acara 'splash boom' ini sangat popular di negara mat salleh yang gemar dengan aktivti-aktiviti lasak dan menyeronokkan seperti ini. Splash Boom di Berhulu Camp memberikan ......bersambung
.................kegembiraan yang sangat tidak dapat dilupakan oleh sesiapa pun.

Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya datang ke sini:

1. Splash Boom
2. Berakit
3. Obstacle Course (Halangan Berlumpur)
4. Water Confidance
5. Aktiviti-aktiviti berkumpulan
6. Perkhemahan
7. Family Day
8. Kurus dan seminar
9. Program bina semangan dan motivasi
10. Junggle Trackking
11. Mandi Jeram
12. Mandi kolam
13. ATV 
14. Pelbagai lagi aktiviti lain

Dan terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan di sini. Diantaranya
1. Gelungsur Splash Boom
2. Tasik buatan untuk aktiviti air.
3. Trek Obstacle Course
4. Kawasan perkhemahan.
5. Chalet Family
6. Chalet Bajet.
7. Kolam Renang.
8. Dewan 'indoor' untuk aktiviti dalaman.
9. Cafe
10. Surau
11. Tandas
12. Dan lain-lain.

Justeru, sekiranya anda di kalangan mereka yang sedang mencari tempat untuk latihan kumpulan, Berhulu Camp juga menyediakan modul dan jurulatih rekreasi dan motivasi yang berpengalaman sehingga 15 ke 20 tahun.

Selain itu, mereka turut menerima penganjuran persendirian seperti Family Day, Gathering Day dan seumpamanya.

Walaupun mereka mengkhususkan servis untuk latihan-latihan seperti apa yang saya sebut di atas, akan tetapi mereka masih lagi menerima kemasukan pengunjung yang bukan datang daripada mana-mana organisasi.

Sepanjang berada di sini, saya telah mencuba hampir kesemua aktiviti yang ada di sini. Daripada Splash Boom hingga ke ATV dan aktiviti obstacle coursenya yang berlumpur. Dan sangat menyeronokkan.

Ini pengalaman yang tak dapat saya dan anak-anak lupakan.

Dengan kosnya yang bajet, escape kami kali ini benar-benar menyegarkan.

Sekiranya anda turut berminat untuk menghubungi Berhulu Camp anda bole klik link di bawah ini :


Di akhir kalam saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengurusan dan staff Berhulu Camp yang menyediakan hospitality yang baik dan sangat mesra dan sentiasa membantu pengunjung-pengunjung.

Insya Allah seandainya kami mempunyai peluang lagi sudah tentu lokasi ini akan saya tekan di carian applikasi WAZE saya.

Terima kasih daun keladi, ada masa kami datang lagi.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019