blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Membeli Basikal (Part 10) : Upgred Groupset Dura Ace vs Sram Red?

Salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips membeli basikal baru yang berikutnya iaitu upgrade groupset.


Sebagaimana semua sedia maklum pada coretan beberapa posting yang lalu saya sudah berkongsi dengan saudara/i pembaca bagaimana saya upgred basikal roadbike saya buat kali pertama.

Anda boleh klik link di bawah ni:


Di dalam tulisan ini saya telah berkongsi dengan anda semua bagaimana saya mengaplikasikan tips membeli basikal baru dalam kontek upgred basikal roadbike.

Justerus, selepas beberapa minggu saya menggunakan basikal roadbike baru ini dengan wheelset baru selama 2 minggu. Saya mengambil keputusan untuk melakukan upgred seterusnya iaitu upgred groupset pula.

Shimano Dura Ace

Persoalannya, Sram Red 22 atau Shimano Dura Ace???

Sram Red 22

Semasa membeli basikal Scoot Foil 20, model ini adalah model tahun 2017.

Ia didatangkan dengan groupset Shimano Ultegra 2 x 11.

Saya membuat keputusan sedemikian selepas mencuba beberapa basikal sahabat sahabat yang menggunakan Sram Red 2 x 11 dan Shimano Dura Ace (chrome) lama dan merasakan ada sikit perbezaan diantara kedua-dua model ini.

Namunbegitu, menyedari bahawa saya pernah berpengalaman menggunakan Sram Red, maka, kali ini saya bertekad untuk upgred kepada Shimano Dura Ace 2 x 11 model 9000 yang baru (warna hitam).


Walaupun harganya agak keras iaitu RM5900 ke RM6200, saya bertekad untuk dapatkan ia juga!!

Waktu ini duit sudah tidak bermakna lagi kalau tak dapat kayuh menggunakan groupset pujaan hati ku ini dalam masa terdekat dan segera.

Tanpa melenggahkan kerja saya pun terus mendapatkan deal yang paling baik dan terus pasangnya.


Tips membeli basikal baru seterusnya adalah mengenai mekanik yang ada pengalaman untuk siapkan proses upgred basikal saya. Kali ini saya menggunakan khidmat Abg Azlisham yang mengusahakan Kedai Basikal nya yang lokasi diantara Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai.





Selepas selesai siap pasang, esok paginya saya terus mencuba ride ke KLIA 2 dan merasa sangat berbeza prestasinya berbanding dengan hari-hari sebelumnya ketika menggunakan Shimano Ultegra.

Selain daripada buatannya yang lebih ringan dan menggunakan material yang lebih baik, design serta kedudukannya juga memberi impak maksima kepada kayuhan saya pagi itu.

Justeru, perjudian saya terhadap groupset ini sangat berbaloi walaupun terpaksa menggeluarkan dekat RM6000 hanya untuk mengupgred groupset ini.


Selepas upgred groupset ini, tidur saya lebih lena daripada malam-malam yang lain. Natijahnya, isteri terpaksa tidur di bilik tamu!!



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019